Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/01/2013

*nangis laju-laju*

Akhirnya Bibik yang ditunggu sudah tiba. Macam-macam jadi sebelum dapat Bibik ni. 

Dia sampai hari Ahad. Malam. Namanya Yumi. Umur 38 tahun. Berkahwin. Ada 2 orang anak. 

So, saya ada masa cuma 1 hari aje untuk train dia. Nasib baik, Cik yang tak sampai hati tak jadi balik ke KB pada hari yang sama. Kata Cik, extend lagi seminggu. Cik tu hatinya berbelah bahagi, antara Lope & Aus. Tapi, bila dah bercakap dengan CC, Lope lebih memerlukan Cik disini. Macam mana nak tinggalkan Lope dalam jagaan Bibik.

Ini kali pertama saya dapat bibik yang bukannya dari agensi. Saya memang dah mentally prepared dah, maid yang datang ni tak di latih terlebih dahulu. Masa tu, saya cuma bayangkan mungkin dia tak pandai iron baju, sapu sampah atau pun tak pandai nak lipat kain cantik-cantik macam kita harapkan. Itu yang saya simpan dalam fikiran.

Sekali yang datang ni lebih jaaaaaaaaaauuuuuhhhhhhhhh dari anggapan saya tu. 

*nangis laju-laju* 

Banyak sangat yang dia tak tahu. Saya tak nak la tulis kat sini, nanti buka aib dia pula. Tapi, saya stress giler. Dia datangnya dari sebuah pulau kecil yang takde kemudahan asas seperti elektrik dan kemudahan air paip. Memasak menggunakan dapur arang. 

So, can you imagine? >.<

*nangis laju-laju*

Alhamdulillah, untuk 3 hari pertama ni, saya tengok dia mahu belajar. Ada masanya, saya kesian melihat Bibik yang sungguh-sungguh belajar. Definasi kemas dan bersih antara kami sememangnya jauuuuhhh berbeza. Untuk 3 hari pertama ini, saya sangat letih. Letih jadi trainer. Ajar untuk dia buat, kemudian check apa yang dia buat betul atau tak. Ada masanya, tak menepati piawaian e.g basuh pinggan pun berminyak, lap meja pun tak bersih - maka dia terpaksa ulang buat sampai betul-betul menjadi apa yang saya mahu.

*nangis laju-laju*

Rasanya, minggu ni dia kena khatam untuk perkara asas sahaja. Saya siap sediakan jadual waktu lagi untuk dia. Jam 5.30 pagi, saya sendiri kunci jam. Bangun untuk monitor dia buat kerja rumah. Dia perlu mencuci rumah sebelum subuh sebab Lope akan turun ke bawah selepas itu. Hari pertama & kedua - gagal. Semalam dan hari ini, alhamdulillah. Dia buat kira okeylah.

Yumi - bukan wajah sebenar sebab dah diedit sana sini :p

Saya headache sebab kena train banyak perkara dalam masa yang singkat. Dari sekecil-kecil perkara e.g buka tutup pintu hinggalah perkara yang lebih besar seperti menguruskan Lope. Apapun, bila tengok Yumi buat saya bersyukur dengan kehidupan yang saya ada hari ini. Sekurang-kurangnya, saya syukur dengan kemudahan asas di negara Malaysia ini. 

*nangis laju-laju*


29/01/2013

Ambil Iktibar dari kes William Yau Zhen Zong.



Terbaru, kita digemparkan dengan kehilangan dan seterusnya kematian William Yau Zhen Zhong semalam selepas pihak polis mengumumkan laporan DNA yang dijalankan. Saya baca banyak komen di Facebook dan ramai parents yang mengecam "kecuaian" ibubapa William. Ada juga spekulasi mengatakan beliau diculik dan dibunuh. Wallahuaklam.

Bagi saya, buat sesiapa yang menyalahkan ibubapanya - berhentilah.

Kesiannya mereka kehilangan anak. Menemui anak yang sudah tidak bernyawa dalam keadaan begitu - lebih menyayat hati. 

:(

Saya yakin, TIDAK ada ibubapa yang inginkan hidup anaknya berakhir seperti William. Saya sebagai ibu, sangat mengambil iktibar akan kejadian ini. Meninggalkan anak-anak di dalam kereta adalah sangat merbahaya.

Saya juga selalu buat macam tu. Tapi, saya terpaksa. 

Setiap kali singgah di petrol station, saya gusar. Lebih-lebih lagi, kalau saya travelling bersama Lope & Obiya. Seringnya, Lope berada di kerusi co-pilot di hadapan - memakai tali pinggang & duduk didalam booster seat. Manakala, Obiya duduk di belakang - memakai tali pinggang. Kedua-dua pintu belakang, saya setkan kepada child-lock. Sekurang-kurangnya, saya tahu dia tidak mampu membuka pintu sendiri.

Masalahnya, setiap kali turun dari kereta dan saya perlu membayar harga petrol di kaunter, hati saya cuak. Mata tidak akan lepas memandang ke arah kereta. Kadang-kadang, saya terfikir, apa fungsi petrol attendant yang ada itu kalau dia tak boleh membantu pelanggan seperti saya ini yang tidak boleh meninggalkan kereta dengan anak-anak kecil? 

Saya pernah meminta bantuan dari petrol attendant. Ada yang OK, dan mengambil wang dari saya. Dialah menjadi runner, berlari ke kaunter dan membayar harga petrol saya. Ada pula yang simply menjawab "tak boleh" walaupun sudah melihat saya bersama anak-anak kecil. Saya sememangnya akan pastikan minyak full tank sebelum berjalan dengan Lope & Obiya sebab saya tidak mahu kes seumpama William berlaku kepada saya.

Mungkin..
Lope tidak tahu bagaimana membuka pintu kereta.

Mungkin..
Obiya tidak boleh membuka pintu kereta kerana telah di-child lock.

Tetapi, kemungkinan lain banyak lagi.

Orang curi kereta.
Culik anak-anak.

Nauzubillah! 

Jauhilah perkara-perkara seumapa ini dari menimpa saya. Ambil iktibar dari kes William ini. Berhenti mencari kesalahan orang. Jaga anak-anak kita. Sedih tapi benar, Malaysia bukan negara yang selamat untuk anak-anak kita. Beringat sebelum kena. 


Salam takziah buat kedua ibubapa William.
Saya bersimpati dengan kehilangan ini.


:(

25/01/2013

Baik Boss!



Sejak akhir-akhir ni, saya rasa macam jadi boss besar bila..

"Phia, tolong mama ambilkan remote, boleh?"
"Baik boss!" jawab Obiya sambil mengambil remote.

:D

"Phia, kalau nak ikut Mama, pegi kosongkan blader dulu kat toilet."
"Baik boss!" sambil berlari ke toilet.

:D

Oh! Indah sungguh. 

Sebenarnya, saya tak pasti kat mana dia dengar term "baik boss" ni. Kata Encik Bubu, pengaruh cerita Boboi Boy yang ada karekter nama "Encik Boss" tuh. Macam comel pulak bila dia bangun sambil tabik pastu cakap "Baik Bossss!" Hehehehe.

Takde pun karekter nama Encik Boss. Eh?

Bila Encik Bubu tanya siapa Boss? Dia jawab "Mama." Lepas tuh, Encik Bubu tanya lagi "Habis tu Abah ni sape?" then dia jawab "Abah ni, Abah la.." sambil muka tak puas hati sebab soalan macam tu pun mahu tanya lagi ;P

Sepanjang saya bercuti, saya dah hafal hampir semua siri kartun yang Obiya akan tonton setiap hari. Jadualnya, dari jam 2 petang ke 7 petang TV adalah kepunyaan sepenuhnya Obiya, Lama-lama,saya sendiri pun sama syok tengok kartun (Yeah! The kid in me :P) 

Pastu, ada satu lagi watak kartun yang Obiya kaitkan dengan saya.
Bila saya tanya "kanapa Mama sama dengan Kak Ros? Mama "kurus" macam Kak Ros ke?" ;P

Ini jawapan Obiya.

"Takkkkkkkkk. Mama sama macam Kak Ros sebab Mama garang, marah Phia. Phia! Phia!" sambil tiru action Kak Ros dok jerit-jerit panggil nama Upin Ipin.

*LOL*

Masha Allah. Geramnya dengan budak yang sorang ni. Especially muka naughty macam ni!

Bam Bam Girl ;)

23/01/2013

Anak Jannah.

Saya teringat perbualan saya dan Encik Bubu, selepas perut kenyang di malam meraikan saya semakin tua. Waktu itu, Lope & Obiya sudah terlelap. Saya pada mulanya mengucapkan terima kasih kerana belanja makan sedap dan mulalah cakap tentang usia yang semakin bertambah.

"Umur dah banyak. Takut nak mati." kata saya. Encik Bubu tenang sahaja sambil memandu. "Semua orang akan mati." jawabnya sepatah. 

"Kalau Sue (nama panggilan saya dikalangan keluarga) mati, Abang sedih tak?" saje je tanya soalan-soalan emo di malam hari.

"Kalau Sue mati abang tanam." jawab Encik Bubu. Memang potong mood la nak ber-emo. Saya gelak, sambil cubit dia di lengan. Haish! Rasa macam kucing plak. Mati dan tanam ;p

"Dalam bab ni, Cik dan Aboh beruntung. Cik ada 3 orang anak lelaki yang boleh hantar amalan dan "makanan" (refer to amalan e.g doa) setiap hari untuk Cik dan Aboh. Tapi, Abang cuma ada sorang je anak lelaki.." eheh. Isu sudah bermula. 

Saya sedar. Encik Bubu kepingan mahukan anak lagi. Siapa tidak mahu? Saya sendiri teringin mengandung lagi. Melahirkan lagi. Mencium bau baby lagi. Indahnya. Tetapi, saya harus realistik. Lope perlu berjalan sendiri dahulu sebelum saya mengandung lagi. 

"Abang lagi beruntung tau.." jawab saya sepatah. "Apa yang beruntungnya Abang?" tanya Encik Bubu sambil pandang wajah saya sekilas. 

"Kalau Cik dan Aboh ada anak 8 orang. 4 orang Megat dan 4 0rang Puteri, masih belum pasti seorang dari mereka adalah ahli syurga. Tapi, untuk Abang, untuk kita, memang Allah dah kurniakan seorang anak syurga. Walau sebanyak mana pun amalan yang anak-anak Cik & Aboh ni buat, masih belum dapat menjanjikan mereka ini adalah ahli syurga, tapi Lope.." saya berhenti. Sedikit sebak tapi bersyukur.

Bersyukur kerana Allah memilih saya menjadi seorang ibu kepada anak jannah. 



Jannah bererti kebun atau laman. Di dalam Al-Quran selain bererti kebun atau taman, jannah bererti syurga, tempat penuh kenikmatan yang belum pernah dilihat mata, belum didengar telinga dan belum boleh digambarkan dalam fikiran atau diimagine oleh walau sesiapun di dunia ini.

Selepas itu Encik Bubu terdiam sebentar. Mungkin bermuhasabah. Dia sendiri membiarkan saya melayan perasaan. Mungkin, isu ini membunuh sedikit mood kami di malam istimewa saya. Namun, saya tidak kisah. Lope adalah keutamaan saya dalam hidup. 

"Tapi, kita perlukan anak lagi.. tak kan anak 2 je kot. At least, seorang lagi Megat. Untuk Lope juga. Kita tak tahu, apa akan jadi kat kita nanti.." sambung Encik Bubu setelah lama terdiam. 

Ok, game on Encik Bubu. Tahun 2013 adalah tahun untuk kita "pulun" usaha gigih untuk Lope berterapi dan in sha Allah, tahun hadapan kita akan pulun untuk menambah bilangan keluarga kita :)

Anak jannah.

Ulang suara untuk Encik Bubu, tahun hadapan ye (read: 2014) nak tambah bilangan keluarga, bukan tahun ni. Sila jangan twist janji ini. :p

Welcome back, working life!

Dah 2 hari bekerja semula selepas hampir 5 bulan bercuti. Malam sebelum tu, rasa macam berdebar je. Macam bersemangat sangat. Rasa macam first posting pun ada. Hehehe.

Flash back sket. 

Sebelum tu, dah banyak kali pesan pada Lope & Obiya, mama akan kembali ke office. Bercakap dengan Obiya pastinya tiada masalah. Dia siap demand nak minta pergi school lagi. So, in sha Allah. Start bulan Februari dia akan ke tadika. Start awal bulan, senang mama nak bayar fees. ;p

Tapi, lain bila bercakap dengan Lope. Setiap kali saya buka topik "lepas ni Mama pegi office.." Lope akan cuba 'menjauhkan' diri dari saya. Merajuk mungkin. Perangainya ibarat tersuntik lebih dos ke-manja-an. Pantang saya hilang dari penglihatannya, mulalah dia menangis dan merengek. Bila terdengar aje suara saya di dapur mahupun dimana-mana sahaja, dia mula diam. Mungkin yakin dia masih belum ditinggalkan mama.

Bila mama betul-betul ke office.

Obiya cool macam biasa. 3 perkara wajib Obiya lakukan salam.kiss.hug. Rasa kekok dan sedikit rasa serba salah untuk meninggalkan anak yang melambai dimuka pintu. *syahdu* Ini Mama yang lebih emo ;p

Lope pula, kelihatan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Namun, hakikatnya selera makan dan minumnya tiada. Kalau selalunya, Lope akan habis semangkuk chicken porridge, tapi dihari pertama mama bekerja Lope hanya makan separuh sahaja. Minum susu pun tak habis ;p Itu tak tambah dengan masalah poopoo Lope lagi. Lope hanya berselera makan & minum serta poopoo dengan jayanya bila saya pulang waktu rehat jam 1 petang. Kesian Lope.


Hari ni, hari ke 3. Slowly dia menerima perubahan ini. Masalah sekarang ni, maid yang dijanjikan nak sampai Jumaat lepas tak sampai-sampai lagi. Katanya, Jumaat ni baru dapat. Harap sangat, memang dapatlah hari Jumaat ni. Harap sangat dapatlah maid yang 'berjenis' sebab nak amanahkan dia menjaga Lope. Semoga dipermudahkan.

Lihat aje gambar ni, hati jadi berbunga riang. Rindu pun ada. Gambar ini diambil di malam birthday saya. Dua-dua beradik ni sporting je. Dalam gambar ni, saya cakap kat Obiya, pandang Lope. Tapi, saya tak sangka, Lope juga pandang Obiya. Mungkin dia pun heran, kenapa Mama kasi arahan untuk Obiya memandangnya. Comelnya (bagi saya) bila Obiya sedaya upaya buat muka lucu untuk buat Lope tersenyum sama.



Pelengkap erti hidup. 
Siang dan malamku. 

Amanah dari Allah untuk dijaga, disayang dan dibentuk. 
Pinjaman dari Allah untuk dijadikan kesayangan hati.
Rezeki dari Allah mengangkat darjat seorang wanita kepada seorang ibu.


21/01/2013

Setapak melangkah ke alam barzakh.

Hello 2013! Tajuk entri tak menahan. Macam entri misteri nusantara nih :P

Lama tak update puterism

Sepatutnya entri ini ditulis pada malam 18 Januari 2013, tapi sebab blogger tak dapat diaccess dirumah, maka hari ini baru mampu nak publish.

18 Januari akan menjadi tarikh yang sangat istimewa untuk saya sampai bila-bila sebab birthday saya ;p Kalau tahun-tahun sebelum ini saya akan bersungguh-sungguh nak redeem hadiah dari Encik Bubu, excited bila setiap kali buka FB, Twitter atau SMS ada orang-orang wish.

Tahun ni pun masih semangat macam tu (terima kasih u olls) tapi macam ada satu perasaan takut. Bila umur bertambah ni, saya takut mati.

Janji Allah, mati itu pasti. Bila sampai masanya, tidak akan terlambat sesaat pun. Saya takut mati sebab saya tahu saya banyak dosa. Banyak tanggungjawab yang masih belum diselesaikan terutamanya tanggungjawab saya kepada Lope dan banyak juga hutang piutang disekeliling untuk dijelaskan. 

Setahun umur meningkat, setahun lagi saya menghampiri alam barzakh. Ini adalah peringatan untuk diri sendiri. Bila saya tulis macam ni, ada beberapa teman yang panggil saya Ustazah Put ;p Alhamdulillah. Manalah tahu, berkat disebut-sebut saya akan menjadi ustazah nanti.

Wishlist untuk tahun 2013.

- menjadi anak/isteri/ibu yang baik untuk Cik/Encik Bubu dan Lope & Obiya.

- solat diawal waktunya terutamanya subuh dan fardhu zohor (kalau kat office asyik lewat memanjang.

- belajar menjadi lebih sabar terutamanya dalam mendidik anak-anak.

- dikurniakan rezeki yang melimpah ruah agar tidak mempunyai halangan untuk memberikan pendidikan/rawatan terbaik untuk Lope & Obiya.

- usaha perlu dilipat gandakan untuk melihat Lope berjalan sendiri. 
(wish ni berada dalam list since tahun 2008. In sha Allah dengan izinNya Lope mampu).

Untuk meraikan saya bertambah umur setahun, saya hanya minta Encik Bubu bawa saya ke mana-mana chinese restaurant aje. Tekak asyik teringin nak makan chinese food ajo. Terbayang-bayang dim sum yang sedap tu. *meleleh air liur*


Terima kasih Encik Bubu.
Terima kasih family & friends yang wish birthday.
Terima kasih kerana mengingatkan saya, alam barzakh itu semakin menghampiri.

Terima kasih. 
Much obliged.
Syukran.

Version 3.1 successfully installed!

:)