Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

03/10/2013

Daging oh daging.

Start your day with NESCAFE!

Saya memang suka daging. Semalam, sebelum pulang dari pejabat, bukan main lagi call Encik Bubu tanya nak dinner apa kat rumah. Kononnya, terasa nak makan Keow Teow Kerang tapi memandangkan Encik Bubu tak boleh makan, saya sendiri hilang idea nak masak apa semalam. Sehinggalah, saya ternampak si cantik ini.


Daging ni nampak fresh.
RM19 untuk 1.2kg.

Bila congak-congak balik, dah lama tak masak daging goreng kunyit. Selalunya musim raya qurban la kami banyak goreng daging, makan daging kan. Tapi, sebab nampak cantik sangat daging merah ni, saya pun potonglah nipis-nipis. Gaulkan dengan kunyit dan garam. Lepas tu, biarkan seketika. Potong 2 labu bawang besar (dipotong bulat), sebiji tomato dan 4 batang cili serta asam jawa.

Pastu, keringkan daging ini dalam kuali. Panaskan kuali. Masukkan daging. Kecilkan api. Biar keluar semua air-air dalam daging yang dah diperap ni. Bila dah nampak kering, baru masukkan sedikit minyak. Goreng lagi. Gaul lagi sampai nampak kering. Lepas tu masukkan asam jawa. Gaul rata. Last sekali, baru masuk tomato buah diikuti dengan cili dan bawang.Tunggu sampai semua bahan dan garing, mengikut citarasa selera masing-masing.

Tadaaaaa! Dah siap.


Kita kasi close-up sikit.


Menu makan malam kami semalam simple je.

Daging goreng kunyit | Sup cendawan dan bebola ikan | Ulam timun & sambal

Ini muka 2 beranak yang kenyang selepas makan. Alhamdulillah :)

Si Sophia ni memang photostat muka Encik Bubu sungguh. Seketul eh.



6 comments:

Eta said...

sedapnya put... baru nak komen kat fb minta resepi.. hehe
itu daging batang pinang eh? if daging biasa liat la kot eh?

Puteri Nuur said...

Kak,
Daging batang pinang la kak sebab tak banyak urat. Put pun tak gheti sangat nak potong, akak kena tengok urat kat daging tu. Put rasa macam murah je 1kg = RM15. Daging batang pinang kot kan. Heheheh.

Rai Ourkizuna said...

boleh bagi tips supaya daging tak liat dan keras tak..? daging tu nampak juicy sangat..

Puteri Nuur said...

Rai Ourkizuna

Kena pilih daging betul-betul semasa beli. Tips pilih daging, pilih yang nampak merah pekat, urat-urat putih tu ada sikit-sikit je.

ZalinZalina said...

Salam Puteri..kak ina kalau beli daging siap suruh orang jual tu tolong potong nipis-nipis... tak pandai nak potong ikut urat tu :)

aSmiDar said...

sedapnyer....
terlur tgk..lame tak masak dging goreng kunyit