Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

29/08/2013

Sekiranya anda adalah ibu kepada anak istimewa...

I think you should read this.

Saya tak pernah terfikir, jalinan ukhwah sesama ibu yang mempunyai anak-anak istimewa ini sungguh istimewa bonding-nya. Mungkin meletakkan diri sendiri dalam keadaan yang sama dengan teman sekasut menjadikan kami (ibu-ibu kepada anak istimewa) satu "kekuatan" tersendiri.

Betul kata orang, bersatu kita teguh. 

Bila  saya menerima diagnosis dari doktor mengenai Lope, saya tidak tahu apa itu Autism & Global Developmental Delay. Saudara dan teman-teman rapat tidak mempunyai anak yang didiagnos mengenainya. Apa yang saya tahu mengenai kelainan upaya adalah Down Syndrome dan mungkin yang melibatkan kelainan fizikal. Itupun saya tak tahu apa jenisnya.

Saya masih ingat macam mana saya mengambil masa untuk menghadam lumat apa itu Autism dan Global Developmental Delay. Kesannya, terapinya.

Dimana saya harus bermula? 
Dengan siapa harus bertanya? 
Bagaimana nak buat?  

Percayalah, jika anda berada di tempat saya waktu itu, anda tak akan tahu dimana harus bermula. Bila bertanya kepada doktor, hanya satu yang diberitahu - isi borang OKU. Kemudian, saya dirujuk menghadiri terapi cara kerja, fisioterapi dan terapi pertuturan.

Itu sahaja.

Saya bernasib baik kerana saya hidup di zaman "google-adalah-teman-baik-anda" jadi, saya mendapat banyak ilmu dari pembacaan. Lagi banyak saya membaca, lagi lemah saya dibuatnya. Lemah kerana saya tahu, jalan yang terbentang dihadapan saya adalah berliku yang mana saya perlu bersabar, kuat dan perlu yakin bahawa kasih sayang seorang ibu kepada anak adalah tanpa syarat.

Disinilah para ibubapa/penjaga perlukan satu kumpulan sokongan yang mana menyokong diantara satu sama lain. Orang pertama yang memberikan saya impak yang besar adalah Jiey. Saya berhutang budi dengan dia. Semangatnya. Kegigihannya. Dari Jiey, saya bertemu Ina dan kemudiannya Kak Jue. Namun, anak-anak mereka bukanlah didiagnos sama seperti Lope.

Satu perlu kita tahu, autism adalah satu spectrum yang mana ianya satu keadaan yang tidak tertakluk kepada satu ciri sahaja. Kerana Lope didiagnos sebagai autism, maka disinilah saya berkenalan pula dengan kumpulan sokongan Autism Malaysia. Masa itu, saya kenal Dato' ZT kita dan selepas itulah barulah Autisme Malaysia ditubuhkan. 

Penting buat ibu.

Jika anak anda memang dah disahkan oleh doktor sebagai Celebral Palsy, Down Syndrome yang memang nampak pada fizikalnya, itu tidak memberikan satu tanda tanya yang besar sangat. Seperti Lope, semuanya sempurna pada pandangan mata saya.



This is Lope in his day 1 age. 
I was the happiest mother back then without knowing the difference he has.

- sejak dari dalam pantang, perhatikan milestone bayi anda
- jika perkembangannya terlambat, tanya doktor anda
- dapatkan pemeriksaan seawal usianya. Early intervention helps a LOT.

Mengikut Forbes, setiap 1:50 adalah kanak-kanak autism. Itu di USA. Tak mustahil ianya boleh berlaku terhadap anak anda. Jadilah ibubapa yang lebih peka. Kadang-kadang, bila terlihat anak-anak yang lost, saya terfikir autism, kah dia? Bila ditanya pada orang, katanya budak itu lembab, tak pandai bergaul dan selalu kena buli di sekolah.

Kesian, kan? 

Dalam membesarkan Lope, tidak ada istilah berhenti untuk berterapi. Lope memulakan terapi pertamanya pada Januari 2008. Terus menerus. Kadang-kadang, kami stop jugak, berhenti berehat bernafas. etiap kali saya berhenti dan faktor kewangan yang menjadi puncanya, saya akan rasa yang bersalah yang teramat sangat.
 
 
 
 
 






Saya dah menyaksikanpelbagai jenis tangisan. Ada menangis sebab sakit, tak mahu buat dan menangis kerana tidak selesa. Tidak ada istilah berhenti. Harapnya saya istiqamah. Orang sebut je rawatan itu ini bagus, saya akan pergi mencuba. Harapnya, terapi yang terbaru saya intai-intai ini boleh juga dicuba untuk Lope. Jika diizinkan Allah dan peruntukan kewangan kami ;)
 
 Hang in there, my strong boy!

3 comments:

smsaroni said...

Terus tabah Put!

ICAZIESYIRA said...

you go greatest mom!

ily♥ said...

Allahuakbar. Handsome sungguh Lope...