Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

22/08/2013

Saya mahu mengandung lagi!

Special shout out to my other half gituw!

Hahahahha.

Rasanya, sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk saya cuba untuk bagi adik kepada Lope dan Sophia. Lope dah 6 tahun, Phia pun dah 4 tahun. Masalahnya, saya ni memang jenis orang yang susah nak lekat perutnya. Sekarang ni, lelemak yang senang menempel kat perut. Wuuuu.

Dulu, masa nak dapatkan Lope - macam-macam usaha saya buat. Jumpa doktor, jumpa bidan, try urut sana sini, makan ubat macam-macam. Bila saya dah give-up dan berserah pada takdir, waktu itulah Allah kurniakan saya hadiah terindah ini dalam rahim. Sama juga bila turn Phia. Sebab memang tahu saya jenis susah nak mengandung, selepas lahirkan Lope, saya memang tak merancang atau apa pun. Alih-alih, disebabkan pergi klinik nak dapatkan MC (sebab masa tu memang badan cepat penat) rupanya sudah 12 minggu Phia berada dalam rahim saya.

Auuwww. Sweetnya bila ingat cerita macam mana mengandung, perasaan dan pengalaman masa mengandung dan yang paling  mengujakan bila anak yang kita kandung tu lahir. Nak-nak plak, dalam minggu ni ada 2 orang sepupu saya lahirkan baby. Masya Allah. Sorang boy, sorang girl. Dua-dua comel. Lagilah gene keibuan saya terlompat-lompat nak mengandung, nak baby dan nak cium bau baby.

Eeeeiii. Tu yang bila jumpa anak Alang yang umur 3 bulan tu teruk dia kena buli dengan Wansue dia. Haish. Si Megat Umar tu comel plak orangnya. Super gerams!

Ini saya jumpa di FB fan page Dr. Hamid Arshat. Dia adalah salah seorang doktor yang saya jumpa sebelum dapat Lope. Jumpa 2 kali je, terus lekat (dengan izin Allah) Dr. Hamid Arshat ni memang otai la. So, kalau kawan-kawan yang masih mencuba, cer try jumpa. In sha Allah.
Bagi mereka yg masih berusaha mendapat zuriatan toiba.

1. Jangan putus asa terus berdoa kpd Allah dan berusaha dapatkan rawatan.

2. Turunkan berat dan kawal disekitar 60 kg. (long way to go!)

3. Kurangkan gula dan karbihaidret dalam minuman dan makanan.

4. Minum teh hijau dan fresh juice . Jauhkan fizzy/soft drnik dan juice dalam botol atau kotak. Minum air kelapa atau buat juice buah-buahan.

5. Makan lebih sayur-sayuran hijau, ulam-ulam, sup sayur, salad, pecal atau rojak.

6. Makan lebih buah-buahan. Mulakan setiap sajian makanan dengan buah-buahan, diikuti sayur-sayuran.

7. Kurangkan nasi , masak lauk-pauk seperti daging , ayam dan ikan yg fresh/segar. Gunakan lebih kunyit, halia, serai dan bawang dalam masakan.

8. Jauhkan fast dan junk foods dan makanan2 yg diperoses yg mengandungi pengawet, perisa dan pemanis.

9. Rehat dan relaks. Ambil cuti bila isteri subur. Bolih kesan kesuburan dengan ujian ovulation. (attention to my other half. hahahaha)

10. Lakukan exercise dgn berjalan kaki, jogging, tredmill atau berenang 30 minit setiap hari.

11. Supplemen2 - multivtamins, folic, vitamin E dan C, logam2 zinc dan selenium. Fish oil, habbatus sauda.

12. Berbagai2 kaedah rawatan menambah peluang hamil - xray HSG, hydrotubation , D&C, Laparoscopy, IUI, IVF ICSI dan lain2.

13. Setiap pasangan kelamin perlu bersungguh2 dan disiplin untuk mematuhi garis panduan.
 
 Masa ni majlis pertunangan Along in Januari, 2009. Tengah sarat mengandungkan Phia. Bila tengok orang-orang dalam gambar ni, semua dah bergelar Mrs. dah.

Berharap, akan ada rezeki untuk saya dan keluarga dan merealisasikan panggilan Yong Sophia buat Phia. 

Tolong doakan secare berjemaah ye. Amin!

:)

7 comments:

Bitt (double IS) said...

amin...selamat hari raya, maaf zahir dan batin ya

mama ila said...

aminn..semoga impian awak tercapai..hehehe..saya pun tgh fikir2 nak tambah ahli keluarga jugeksss..

Syahida said...

Amiinn Ya Rabb :)

deelira@deeliraz said...

insyaALLAH kak put.. AMIN

ICAZIESYIRA said...

aminnnn :)

Azie Suhaimi said...

semoga tercapai..amin..sudi2lah ke teratak blog saya ye :)

nak hamil said...

Dekat blog saya www.nakhamil.com ada jual buah zuriat. tapi bukan dlm bentuk raw. tak payah belah n rebus dan sebagainya. buah zuriat kami ialah 'Kapsul Buah Zuriat Rezeki Ilahi', dlm bentuk kapsul, sng nak makan n amal bersama suami :) selain tu sesiapa yg tengah usaha nak hamil boleh amalkan bersama serbuk debunga kurma, pati delima, zinc (pekatkan air mani suami, tambah sperma), b complex (sbg asid folik) ovulation test kit (check waktu subur) n pregnancy test kit. Sesiapa yang tengah cuba untuk hamil boleh sms/wasup sy 013-3699505 (Puan Ila) :)