Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

14/08/2013

Mek 400 Ringgit

Ini cerita yang berlaku di malam 1 Syawal. Alkisahnya, selepas family Ayah Lope beredar dari rumah kami, saya dan Encik Bubu bersiap-siap untuk ke HKL menziarahi Nabila. Nak dipendekkan cerita, saya tak mahu membawa Lope atau Sophia. Nanti lambat pula nak ke hospital. Jadi, dengan bermurah hatinya, Encik Bubu menawarkan tabletnya kepada Sophia sebagai umpan.

Untuk makluman, selama ini Sophia memang tidak dibenarkan mengguna tablet Encik Bubu. Jadi, bila diberi lesen besar, Sophia dengan rela hati sanggup ditinggalkan dirumah bersama Lope. Maka, Mama dan Abahnya berlengganglah pergi ke hospital. Selepas hospital, sempat lagi dating berdua di Pavillion bagai dan pulang ke rumah pada hampir-hampir jam 10.00 malam.

Sewaktu kami tiba dirumah, Lope sudah lena dan Sophia masih lagi bermain tablet Encik Bubu. Lebih kurang jam 10.30 malam, saya memaksa Sophia untuk masuk tidur dan dia akur. Tetapi, beberapa minit kemudian, saya mendengar Encik Bubu terpekik. Saya biarkan sahaja kerana masih mendodoikan Sophia. Selang beberapa minit, sekali lagi Encik Bubu terpekik. Kali ini makin nyaring, makin banyak bebelnya dan mendorong dia naik ke bilik kami di atas.

Apabila pintu bilik dibuka, mukanya merah padam dan soalnya "Sophia mana?!" Saya agak kehairanan dan mengisyaratkan tangan terletak dimulut. Anak sudah hampir lena. "Kenapa?" soal saya sepatah.

"Sophia beli game! 2 kali dia purchase! USD9.99 dan USD99.99!" sambil menunjukkan notification di handphonenya. Saya terkejut. "Macam mana dia purchase?" tanya saya balik. "Kat tablet memang Abang save credit card no." saya urut dada. Kemudian, Encik Bubu sibuk buat call, call bank nak tanya macam mana statusnya.

Saya kemudian membuka tablet Encik Bubu. Ini game yang anak dara kami sedang main. My Little Poney -  Friendship is Magic kekdahnya!

http://www.watchcartoononline.com/thumbs/My-Little-Pony-Friendship-Is-Magic-Episode-1.jpg

http://img.gawkerassets.com/img/185840z3ibhv4jpg/original.jpg



Bila nak main game ni, biasalah kena ada token. Kalau kita orang tua ni main, even mamanya hantu candy crush, tak pernah terfikir pun nak beli token. Tapi, untuk budak 4 tahun yang hanya tahu klik "OK" dan "OK" sahaja, bukankan nak beli token ni sungguh senang.


http://ponyvillegazette.com/files/2012/11/my_little_pony_friendship_is_magic_mobile_game_money_for_gems.jpg

Anak dara kami memang ada taste. Dia beli yang paling mahal!


Dia memanglah ada taste, tapi meraung Abahnya :p in total almost RM400! 

FB status Encik Bubu yang tension :p

Moral of the story : jangan simpan nombor kredit kad dalam google wallet dan sila pastikan ada password untuk buat transaction. Bila Encik Bubu cakap Sophia beli game guna duit Abah 400, dia dengan muka berkerut menjawab "mana Ya ambil duit Abah" Hahahahha. Lagilah tension si Abahnya. Apalah budak 4 tahun faham, kan? Nilai RM1 dengan RM50 pun tak tahu beza :p

So, inilah nickname baru Sophia - Mek 400 Ringgit!


4 comments:

Irfa said...

aduhai anak ;)
sabar jelah ye,bukan 100 persen salah dia.kita yg dewasa silap.huhu
sy pun mmg x bg anak pegang hp sbb dia pepandai download game

eima said...

budak2 tatau pun ...yg slah abah die la ..sape suruh save CC no dlm tu ...

Puteri Nuur said...

Irfa/Eima,

Yes, kami tahu ini bukan salah Sophia. Cuai Abahnya sebab tak letak password or whatsoever. Samsung tablet by default setting memang tak provide password.

Lesson learnt.

Min Min said...

Kak, honestly org tergelak sorg2 tgh malam meng5"imagine"kan apa yg dah jadi...org baru buka blog,.tp kalau org pun, mau sakit kepala tgk...