Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

13/08/2013

Cerita Syawal kami.


Semua orang bercerita mengenai Syawal mereka. Oh, kami pun nak juga tumpang berkongsi cerita. Syawal yang paling rare sebab kali pertama saya celebrate di rumah kami sendiri di Putrajaya. 


Perasaan sepi dan mencengkam jiwa dah mulai kami rasa 2 hari sebelum raya bila mana semua rumah-rumah di kawasan rumah saya sudah mulai kosong tanpa jasad - yang ada, cuma tinggalan kereta-kereta sahaja di ruangan porch dan pepohon yang melambai. Seringnya, apabila saya pulang petang dari pejabat, kawasan kejiranan saya akan dipenuhi dengan jerit pekik kanak-kanak sedang berbasikal, berlari dan bergelak ketawa. Seringnya, saya memperlahankan kenderaan memberi laluan buat anak-anak ini yang keriangan bermain sesama mereka. Tapi, kali ini semuanya sepi. Ibarat bandar yang ditinggalkan dan hanya kami sekeluarga sahaja wujud.

Phew~*

Malam menjelang Syawal, FIL dan Encik Bubu ke rumah Cik Su Da menjemput Opah (FIL's mother). Dalam hati ada sedikit cuak bila tiap kali Opah datang berkunjung. Cuak jika layanan yang saya berikan tidak memuaskan hatinya. Tapi, kali ini berlainan sekali bila Opah tidak lagi berbicara ramah seperti biasa. Malah, setiap kali saya muncul di layar matanya, soalan ini akan diajukan kepada FIL mahupun kepada Kak Limah, pembantunya - "Siapa tu?" lalu FIL akan menjawab "Menantu Har - Sue" dan dia akan membalas balik " Oh, Ma ingatkan anak Har".

Dialog itu saya dengar hampir 10-15 kali pada malam itu. Nyata, memori Opah sudah semakin lupa. Saya tidak berkecil hati, jauh disudut hati terasa syahdu. Malam Syawal juga, seperti seringnya selalu di kediaman Cik, golongan ibu akan memasak hingga ke jauh malam. Begitu juga dengan saya. Selepas mendodoikan Lope tidur pada jam 11.00 malam (dan saya juga terlelap seketika) saya turun semula ke dapur pada jam 1.00 pagi. Seperti tradisinya di kediaman Cik, ralat pula rasanya menyambut Syawal tanpa juadan makaroni bakar.

Sambil menunggu makanan dibakar, saya mengisi biskut raya, membersihkan pinggan mangkuk yang akan digunakan. Jam 2.30 pagi, sekali saya terkejut melihat Opah menyandang handbag dan memegang tudungnya. Opah mahu pulang ke Jeram (rumahnya). Saya memujuk Opah untuk tidur terlebih dahulu, esokkan raya namun apa yang saya pujuk seperti tidak difahaminya. Lantas, saya mengejutkan Kak Limah. Nasib baik Kak Limah pandai memujuknya dan Opah kembali beradu.

Di pagi Syawal, bangun sedikit lambat kerana beradunya pun sudah menginjak jam 4 pagi. Encik Bubu dan FIL bersolat sunat Aidilfitri di Masjid Besi dan saya dengan gigihnya menyediakan juadah dipagi raya. Juadah simple je pun.

 Encik Bubu kat Masjid Besi :)




Setelah semua dah ready, barulah saya sempat mandikan Lope dan Phia. Last sekali, baru saya siapkan diri sendiri. Bila Encik Bubu dan FIL balik dari masjid, kami lonon-konon nak bergambar raya satu keluarga tapi dengan guna kamera handphone je pun dan Lope yang pusing sana pusing sini, saya rasa - ini ajelah yang boleh dikongsi kat sini.






Phew~* 

Paling excited, bila tetamu datang. Raya kali ni, hanya 4 keluarga sahaja tetamu kami.  Tetamu pertama yang sampai adalah Cik Su Da & family. Yeay!


Pastu, Wan Cik & family datang. Masya Allah, sangat best gear box stew yang Wan Cik buat! Lepas Wan Cik, barulah Nyoh datang. Ingatkan Nyoh dah tak nak datang sebab selepas 3 petang baru Nyoh sampai. Weeee.


Lepas Nyoh, kami ingatkan Ayah Lope dah tak datang tapi datang. Seribu kali sayang, masa ni handphone dah takde bateri. Wuuuuu. Bila Ayah Lope dah turun, saya dan Encik Bubu bersiap-siap untuk ke HKL. Ralat sangat rasanya tak sempat lagi menjenguk Nabila. Kesian sayang Mama Put beraya di hospital. Sayangnya, kami tak sempat jumpa Ina dan Nopal. Alhamdulillah, Nabila dah semakin okey. Masa kami sampai tu, Nabila dan Zul aje yang ada.



Memandangkan kami keluar HKL pun azan Maghrib dah berkumandang, kami terus ke Masjid Kg. Baru untuk solat Maghrib dan selepas solat, suddenly Encik Bubu ajak dating berdua di hari raya. Auw! So, kami berdua dating la di Pavillion. Dating means makan-makan di Tony Roma's. We are not alone sambut raya kat sini - berlambak mat-minah Arab and family dok celebrate raya. Weeee.



The happy me with lamb ribs!
 .
.
.
.
.
.
.
.


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maafkan salah dan silap kami sekeluarga
Andai ada tersalah kata, terguris rasa
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
Yang buruk itu dari kami sendiri

Ikhlas dari kami:
Mr. Megat a.k.a Encik Bubu
Mrs. Megat a.k.a Puterism
Lope Idris
Yong Sophia

Xx
Dah 10 tahun saya celebrate Aidilfitri ditemani oleh lelaki ini. 
In sha Allah, lebih banyak tahun lagi di masa hadapan :)

2 comments:

Irfa said...

selamat hari raya
meriahnya makan2.hehe

Puteri Nuur said...

Irfa,

Lamb ribs kat Tony Roma's tu dah sebulan teringin. Sebulan puasa asyik dok teringat kat dia je. Hehehe.