Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

15/08/2013

15 Ogos 2003

Earlier today.

 

Sebelum Syawal, saya sempat berpuasa dengan Cik. Bila saya balik rumah Cik, tak ada tempat di dunia yang lebih selesa dan tak ada makanan yang paling sedap melainkan masakan Cik. Cik tiba-tiba memberikan saya sebentuk cincin. Cincin bertunang.

Apabila di sarungkan ke jari manis tangan kanan saya, seperti ada satu rasa menyelinap. Betullah kata orang, cincin itu pengikat hati. Saya tunjukkan pada Encik Bubu "ingat cincin ni?" dia pandang sekilas dan menjawab "eh, mestilah. Abang yang bagi!"

:p

Hari ini, 10 tahun yang lalu, secara rasminya cincin ini dilingkarkan ke jari manis saya disaksikan dan direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak. In sha Allah, selagi nyawa dikandung badan, tarikh 15 Ogos akan sentiasa menjadi tarikh yang istimewa untuk dikenang - tarikh bermulanya sebuah cerita cinta Nuur Iskandar.

eceh! tetiba nak jiwang. hahahahha.


In the other note - Happy 10th Birthday Kak Yaya (my niece) yang lahir pada hari yang sama ;)



No comments: