Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

09/07/2013

Tak nak pergi sekolah.

Kata Sophia.

*Sophia & Abg Long*

Bimbang bila anak tak nak pergi sekolah. Mulalah macam-macam yang datang dalam kepala. Sophia kena buli ke? Sophia kena marah cikgu ke? Sophia tak sempat nak catch-up belajar ke? Sophia kenapa?

Kenapa?

Selepas dah beberapa kali cakap kat Encik Bubu, dia hanya dengar dan cakap "pergilah tanya cikgu dia". Ok. Bukan tak tanya, dah tanya. Cikgu cakap semuanya okey kat sekolah. Tak ada masalah. Aigoo. Kenapa ni anak mama?


Semalam, selepas dah beberapa kali Sophia request nak Abah hantar pergi school, Abahnya turutkan aje. Nahhhhh. Rasakan. Anaknya menangis, almost guling-guling nak follow Abah balik rumah. "Phia tanak pegi school. Phia nak balik" katanya.

Respon Encik Bubu?

"Kesian giler Abang tengok tinggalkan dia kat sekolah tadi. Rasa macam, kejamnya tinggalkan dia kat school"

Hiks!

Baru dia tahu macam mana saya hadap setiap pagi setiap kali melangkah keluar selepas hantar Sophia. Itupun, dengan Mama dia tak menangis meraung macam bila Abah hantar. Mungkin sebab dia tahu, selalunya apa-apa hajat yang tak kesampaian dengan Mama, akan Abah kasi (selalunya). Well, Abah's weakness is airmata Sophia! :p

So, sebab Abahnya sendiri dah experience apa yang saya rasa, jam 11.00am semalam Encik Bubu mengajak saya jumpa Cikgu Nadia - cikgu Sophia. Menurut Cikgu Nadia, Sophia tak ada masalah di sekolah. Dia patuh pada arahan, berkawan elok dengan kawan-kawan. Dia tak dibuli dan dia sendiri tak membuli orang (itu yang penting :p). Cuma, apabila Cikgu Nadia minta dia beri kerjasama dalam pembelajaran, ada masanya Sophia buat dunno dan buat tak tahu tetapi, jika bersama kawan, dia tahu apa sepatutnya dibuat. 

Selepas bercakap semalam, saya dan Encik Bubu berpuas hati. 
Kami berdua simpulkan:

Sophia sedikit malas nak ke sekolah sebab dia perlu belajar. Buat masa sekarang, even kat rumah pun, bukan senang nak suruh dia fokus kepada sesuatu yang kita nak cakap. Sophia baru 4 tahun. Mungkin kami perlu bawa dia banyak join playgroup.


 *playgroup*

Sophia sedikit tertinggal bab-bab belajar di taska sebab masuk taska dah setengah tahun. Kena buat homework kat rumah untuk dia catch up. Mungkin flash card membantu. Bab nak terapkan Sophia menulis, melukis dan memegang pensil rasanya tak ada masalah. She is my junior artist!

 Ini Sophia lukis - Mama & Phia. Mama siap pakai high heels u olls!

Sophia nampaknya tak yakin bila nak bercakap.Mungkin sebab dia masih pelat. Saya dah pernah bawa dia refer kepada speech therapy dan Sophia tak ada masalah dalam pertuturan tapi bercakap pelat sebab nak cepat cakap. Lebih kepada habit sahaja. Oh anak. 




Ini adalah rakaman semalam. 
Mula-mula, saya suruh dia berlakon menangis.
Dalam tengah berlakon tu, saya selitkan soalan pasal sekolah. 
"Ya, best pegi sekolah?" --> "Best!"
"Ada kawan pukul Ya?" --> "tak ada!" 
"Ya nama apa?" --> "Putri Mayam Phia"
"Lope nama apa?" --> Megat Idris Uddin. (Hahaha. Uddin ko!)
"Bibik nama apa?" --> Ars-ro.

*terdengar tu suara latar Lope yang kat sebelah saya*

4 comments:

mirah said...

Put,

Khadijah 5 yrs old pun tiap2 hari menangis masa hantar dia ke sekolah. After 6 months, ya bulan Jun baru-baru ini baru ok. Not sure apa yang berlaku. Anggaplah ia keajaiban doa. Rutin tak pernah berubah.. Cikgu pun komen dia ok kat sekolah.

Walaupun sekarang masih ada sesekali cakap tak nak gi sekolah, nak balik awal, nak gi rumah babysitter, layankan je lah. Betul kot Put kena banyak bawa gi playgroup, biar dia enjoy sket agaknya kan.. :)

Irfa said...

anak kecik umur 3 tahun setengah
sibuk nak ke skolah..igt nak hantar tahun depan.awal rasanya sbb kakak dan abang dia dulu umur 5 tahun baru masuk tadika

:: puterism :: said...

Lega dgr. Ingatkan ada perkara yg buat dia not happy at school. Kalau memang perangai budak, takpe. Tambah lagi si Sophia ni is a drama queen. Lagilaaa byk akal kan.

:: puterism :: said...

Masa Sophia 3 thn pun dia happy sbb baru tahap pegi school jumpa kawan nak main2. Skrg 4 thn pegi school ada kelas kena belajar & ada exam. Pergh.