Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

31/07/2013

Seorang adik.

Seorang adik sifatnya manja.
Seorang adik seringnya akan meniru perilaku yang tua.
Seorang adik biasanya dia yang ingin dibantu.

Tapi tidak bagi Sophia.

Dia seorang adik yang menjiwai seorang kakak. Di usia baru 4 tahun, Sophia peka dan tahu Lope adalah seorang abang yang berbeza. Mungkin kerana seluruh ahli keluarga memberikan tumpuan yang khusus buat Lope memberikan Sophia pendedahan bahawa Lope perlu diutamakan. 

Setiap pagi, saya sering tersentuh dengan dialog-dialog Sophia dengan Lope sebelum dia berangkat ke taska bersama saya. Mungkin juga meniru perilaku saya - walau ke mana saya ingin pergi, saya akan berpesan pada Lope. Saya akan mencium pipi/kepalanya dan memeluk erat sang anak sebelum ke luar dari rumah.

"Abang, adik nak gi skul. Abang dok umah ngan bibik. Abang be good ye" lepas tu dia akan mencium dan memeluk Lope. Dalam hati saya, ianya meninggalkan satu rasa yang cukup besar. Terkesan dengan perilaku adik yang sangat prihatin. 

Begitu juga dengan dialognya setiba pulang dari taska. Lope adalah orang yang pertama dicari. Dialog-dialog ringkas seperti "Ya dah balik" atau "Jom tengok Dora dengan adik" adalah antara bait-bait yang meruntun hati saya. Malah, Sophia tidak kisah jika setiap kali dia memeluk Lope dan rambutnya ditarik atau ada penolakan dari sang abang. Dia sudah lali. Dia sudah menerima sang abang seadanya dia.

Touching.

Tidur berbantalkan lengan si adik. Si adik yang menjiwai watak sang kakak. Seorang pelindung, penghibur dan satu-satunya teman buat Lope. Dari usianya sehari, dia dah tahu perlu tolak ansur dgn Lope. Sama juga tiap kali saya perlu dukung Lope naik ke kamar beradu, ‪#‎sophia‬ akan berulang kali cakap "ya jalan, mama dukung ‪#‎lope‬. ya dah pandai jalan. Lope tak boleh lagi. Cian lope" dan, tiap kali itu hati mama menangis & bersyukur. ‪#‎Alhamdulillah‬ ‪#‎proudparent‬

Gambar di atas adalah scene biasa adik dan abang. Si adik manjanya bukan main, namun dalam manjanya masih bersifat pelindung. Pernah satu malam, Sophia terjaga dari tidur kerana mahu ke tandas, saya menemaninya. Selesai urusan di tandas, apabila dia kembali ke katil dan Lope tidak berselimut, si adik sibuk menarik selimut - menutupi badan abangnya. Tidak cukup dengan itu, dia akan memeluk Lope bila mahu tidurnya. Dia mengambil risiko sekiranya Lope menolak atau menarik rambutnya. Tak mengapa, sebab yang buat itu Lope.

Terima kasih Ya Allah atas kurniaan 2 nyawa ini untukku. Mereka berbeza namun kasih sayang adalah sesuatu yang hadir tanpa batasan dan syarat.

Yes, I am the proud parent.
:')

2 comments:

deelira@deeliraz said...

Ya ALLAH, kurnia dari Mu adalah sentiasa yang TERBAIK. Sophia yang awesome!

Norazo Aslan said...

Phia HEBAT!!