Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

15/07/2013

Selamat datang ke dunia luar, Lope.

Semenjak dua menjak ini, saya sangat senang dengan "emosi" Lope. 



Dulu, jangan haraplah kalau sesiapa sahaja mahu menyentuhnya, memeluknya, menegurnya atau apa-apa sahaja interaksi dengannya.

Bila disentuh - dia akan menepis.
Bila ditegur - dia buat tak dengar.
Bila bercakap - dia pandang ke tempat lain.
Bila mahu dipeluk - cepat-cepat dia mengelak.

Untuk makluman, salah satu ciri autistik adalah tidak suka kepada sentuhan/pelukan dan sukar untuk bergaul dan berinteraksi dengan orang. Kebanyakkan anak autistik lebih gemar "berkawan" dengan non-human seperti toys, gadget e.g tablet/computer/play station.  

Lope saya masih dalam fasa susah untuk menerima dan bergaul dengan orang luar tetapi semakin baik. Kalau dulu, bila terpandang sahaja wajah-wajah yang dia tidak kenali, dia akan tantrum, menangis. Kini, bila dibawa ke majlis keramaian sekalipun, Lope maintain cool tetapi bersyarat. Syaratnya, jangan trigger rasa kurang senang untuknya. Tak boleh panas, jangan sewaktu dia lapar atau dalam keadaan tidak selesa e.g pampers kena bersih etc. Jika dia tidak "selesa" sekalipun, Lope sudah tak tantrum, sekadar menggigiti jari sahaja - cara untuk dia mengatasi rasa tidak selesa itu.


So, the next time kalau korang jumpa Lope - jangan takut-takut untuk datang menegurnya. Lope juga manusia. Walau "sedingin" manapun layanan Lope pada orang, saya percaya Lope mengharapkan orang menerimanya seadanya. Walau saya tahu Lope tidak sukakan sentuhan atau human contact, sedikit demi sedikit Lope akan berubah.

Lope kini boleh menerima pelukan. Kalau dahulu dia menepis, kini dia macam redha sahaja bila dipeluk tambah-tambah kalau yang peluk Lope tu kenkawan Mama yang cantik dan muda. Weeeeeeee. 

Bila berjumpa Lope, berborak seperti biasa bila korang bertemu budak-budak seusianya seperti:

- Lope dah makan?
- Lope OK?
- Lope nak apa-apa ke?

Walaupun most of the time Lope akan buat dunno, tetapi ada masanya Lope akan memandang tepat ke mata orang yang bertanya dan akan "menjawab" dalam gibberish talk atau pun "apa? apa?" 

:)

Penerimaan masyarakat akan memberikan peluang kehidupan yang lebih mesra untuk Lope. Saya berterima kasih kepada keluarga dan sahabat taulan yang menerima kehadiran Lope yang berbeza dan unik dengan hati yang terbuka. Saya terharu bila orang ingin mendekati Lope, menegurnya, memeluknya dan berkenalan dengan Lope. Saya rasa, sudah tidak ada istilah anak istimewa hanya "disimpan dirumah" sahaja. Saya mahu dia kenal dengan masyarakat luar dan begitu juga sebaliknya.

Setelah 6 tahun - Selamat datang ke dunia luar, Lope. Bukan mudah untuk Lope menyesuaikan diri, tapi dalam dunia ni mana ada perkara mudah.

Fighting!

4 comments:

Alin Marlini said...

hensem Lope. Takpe pelan2 lama2 okay nanti dia. Kalau aunty jumpa aunty cium2 boleh Lope?hehhee

asmak binti rosli said...

Nanti ya lope...acik asmak pg rumah peluk kamu mcm acik buat kat phia

asmak binti rosli said...

Nanti ya lope...cik pg rumah kamu acik peluk kamu mcm acik selalu peluk phia...dulu kamu malu2 dgn acik

iAmeFie said...

yeayy!! lope mmg syg kitorg kan senanyeee sbb dlu pn xde nk tantrum sgt bila jmpa weols.. :P