Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

20/06/2013

Temujanji dengan Pakar Rehabilitasi, Hospital Kuala Lumpur

Entry tertunda.

Semalam saya terpaksa EL. Bawa Lope ke HKL untuk temujanji pertama dengan pakar rehab. Bertabah jugaklah nak cari kat mana Jabatan Rehab HKL. Lagi bertabah bila tang parking. Nasib baik Encik Bubu pun datang sekali. Jadi, dia drop kami kat depan Jabatan Rehab dan dia pergi cari parking. Tak tahu kat mana, tapi lamaaa baru jumpa kami semula di Jabatan Rehab. Maksudnya, parking jauh.

Kes Lope memang asalnya dirujuk ke HKL di bawah Institut Paedtrik.Kat HKL ni, Lope dirujuk ke 3 klinik sebelum ni -- Neurology, Dermatology, Metabolic & terbaru Rehabilitasi. Phew! So, semalam adalah klinik ke-4 Lope di HKL.

Saya pada mulanya memang tak apply cuti, sekadar meminta kebenaran keluar pejabat untuk membawa Lope ke HKL. Sebelum ke HKL, singgah di P5 menghantar Obiya ke taskanya. Sedikit mudah bila Obiya tak ada bersama. Bukan apa, kalau tak Bibik hanya perlu mengikut setiap jejak langkah eksplorasi Obiya aje nanti. Kami tiba di HKL jam 9pagi setelah mengharungi jalan sesak yang panjang.

Penerokaan mencari Jabatan Rehabilitasi memang susah. Rupanya, Jabatan Rehab berpindah. Nun sayup-sayup dalam bangunan. Beberapa kali Encik Bubu call Rehab, setelah salah dan betul, baru berjumpa. Lope ceria sepanjang hari. Dia bergelak, dia menyanyi. Memandangkan Lope ni kes baru, kami berjumpa dengan Dr. Ang Yan Lee. 

Saya menerangkan sedikit latar belakang Lope. Sebelum ini, memang Lope dirujuk untuk rehab di Hospital Putrajaya bagi kes Physiotherapy, Occupational Therapy & Speech Therapy tetapi semenjak 1.5 tahun lepas, saya memberhentikan semua terapi itu. Alasannya, temujanji Lope untuk setiap 6 minggu sekali tidak membantu (untuk physio & OT) dan 6 bulan sekali untuk speech therapy. Lope meneruskan semua aktiviti itu di Great Life Physio & Rehab di 2 branch berbeza Cova Square, Kota Damansara & Shah Alam.

Tujuan saya bertemu dengan Pakar Rehab adalah kerana pada pandangan saya Lope memerlukan kerusi roda bagi tujuan pergerakkannya. Ok. Sebelum ini, memang saya dalam denial stage. Saya sering cakap, by 5 years old, Lope boleh berjalan. Tapi, saya gagal memenuhi KPI yang saya letakkan. Saya kasi lagi setahun untuk membuktikan saya salah. Hasilnya, memang saya salah. Lope masih belum mampu berjalan. 

Saya kesian melihat dia didudukkan dalam stroller. Orangnya tinggi. Kakinya dah mencecah ke tanah. Beratnya sudah melebihi keperluan stroller tersebut. Silap masanya, bila Lope tantrum, stroller tersebut boleh terbalik bila dia bergoyang. Lagi teruk, stroller tersebut tidak menyokong tulang belakangnya. Not good at all.

Sebelum saya mengambil keputusan untuk mencarikan Lope kerusi roda, saya telah bertanyakan banyak pendapat dari parents. Kebanyakkannya ibu kepada anak-anak CP. Terima kasih Mummy Rizki sebab add saya ke dalam group MyCP. Kat situ ada 1 folder/forum yang kasi guideline macam mana nak beli barangan keperluan untuk anak-anak istimewa dengan menggunakan peruntukan JPA bagi kakitangan awam. 

So, saya mulakan dengan langkah pertama - berjumpa Pakar Rehab. Saya bertemu dengan Dr. Mas. Alhamdulillah. So motherly. Dia juga memberitahu, anaknya juga seorang autisme. So, tidak perlu banyak saya bercerita mengenai Lope. Setelah berbincang, Lope tidak perlu menggunakan kerusi roda lagi buat masa sekarang memandangkan Lope memang 100% memerlukan bantuan dari orang lain untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Jadi, Dr. Mas mencadangkan agar Lope menggunakan push chair sahaja bagi tujuan mobiliti.


Segala urusan dokumentasi boleh diuruskan oleh Dr. Mas. So, selepas ini, misi memburu sebut harga/survey push chair la pulak untuk Lope. Dr. Mas juga berminat untuk merujuk ke Lope ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC). Sayangnya, permohonan Lope ditolak dengan alasan sebab Lope didiagnose as autism. Saya sedikit terkilan, sebab HRC tolak patient macam tu je tanpa buat assessment terlebih dahulu. Autism is a spectrum. Terlalu besar. Walaupun Lope autistik tetapi GDD yang membuatkan dia tidak mampu berjalan, ada sensori isu - gross & fine serta ada masalah balancing.

Urgh! Kalau HRC tak terima kes macam Lope, ke mana harus kes macam Lope dirujuk? 

Secara jujurnya, saya memang tak mampu nak hantar Lope pergi ke pusat terapi macam WQ Park  tu yang fees paling murah pun ribu riban. Mungkin HRC boleh review balik fungsi pengwujudan HRC untuk menjadi pusat rujukan yang menyediakan perkhidmatan rehabilitasi perubatan yang komprehensif di Malaysia.

Sumber: SINI.

Atau, mungkin Kerajaan perlu wujud satu lagi hospital rehab untuk cater kes-kes rehab budak-budak macam Lope? 

Eh?

So, temujanji Lope dengan Pakar Rehab habis macam tu lah. Saya perlu cari sebut harga push chair dan next appointment pada 23 September 2013.

3 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

info jugak nie..

Eilla said...

Cuba mintak doc refer pd Hukm.sebb mostly kanak2 autisme yg di refer pd Hukm akan dpt rawatan sewajarnya & they never reject their patient... In shaAllah,mana tau kalau dpt hasil berbeza?..

Fyruz said...

Assalam..
Saya ada buat research pasal autistic kids learning skill..
So,saya nak tanya beberapa soalan berkaitan dengan autistic kids untuk dapat maklumat untuk digunakan dalam project research saya..
So kalau boleh saya nak berhubung dengan puan melalui email/facebook..
Kerjasama puan amatlah dihargai.
:)
-Fairuz Radzi-