Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

05/06/2013

Speedy recovery, Lope!

Saya tak sempat nak tulis panjang-panjang kat blog. Saya printscreen aje status kat FB. Speedy recovery, Lope! 






Saya adalah mama yang paling bimbang di dalam dunia. Saya percaya pada instinct saya, ini adalah proses penyembuhan (healing crisis) kesan daripada rawatan kontemporari Stimulaterapi. Saya banyak kali berdoa semalam, minta apa yang saya buat ini betul. Setiap kali sesak nafas, teringin sekali saya bantu dengan memberinya nebulizer. Semalam, saya cuba beberapa kali teknik yang Kak Ija ajar untuk membantunya bernafas. Alhamdulillah. Selepas cubaan beberapa kali, Lope tampak lebih rileks bernafas.

Saya bangkit ja, 6pagi tadi juga, saya mencari Lope disisi saya. Nafasnya kembali teratur. Allahu akbar. Terima kasih Allah. Melihat keadaannya yang semakin stabil, saya memberanikan diri ke pejabat hari ini. Beratnya hati meninggalkan Lope di dalam jagaan Bibik 100%. Baru sebentar tadi saya menghubungi Bibik -- alhamdulillah. Selera makannya kembali seperti sedia kala.

Sekarang ini Lope memang diasingkan dari aircond. Menurut Kak Ija, paru-parunya penuh dengan kahak. Masalahnya, Lope tak tahu macam mana nak keluarkan kahak yang bersalut di kerongkong/hidungnya. Semalam, selepas saya memberikan habatussauda dan madu, Lope tampak sedikit lega. Mungkin, sudah tiba masanya saya istiqamah dalam mengamalkan cara pemakanan sunnah ini.

Hujung minggu ini, in sha Allah, akan ada sesuatu untuk Lope saya. Semalam sudah berbincang dengan Encik Bubu, dan dia sendiri pun bersetuju. Permudahkan laluan ini untuk kami. Jangan sesekali letakkan perasaan mengalah untuk memberikan kehidupan terbaik untuk Lope.

Terima kasih di atas iringan doa dan ingatan untuk Lope saya. Hanya Allah dapat membalas kebaikan korang-korang sekalian yang sayangkan Lope.

Jazakallah.

4 comments:

izzahazfar said...

Kak,

lama juga zah membaca blog ini.

doa untuk lope.

semoga Allah berikan dia kekuatan.

zah ibu, zah juga faham sangat keadaan bila anak sakit.

deelira@deeliraz said...

semoga akk tabah dalam membesarkan LOPE. Semoga LOPE sehat2 selalu ye

InsyaALLAH

mirah said...

Kak Put,

Moga Lope baik-baik saja tu.
Boleh share Kak Put bagi habbatussauda kat Lope yg biji tu ke atau dah proses jd kapsul/ minyak?
Saya pun nak start pemakanan sunnah ni pd anak-anak.. Kena kurangkan kebergantungan pd ubat2an ni kan.

tenku butang said...

cumey2 budak2 tu