Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

07/06/2013

Lope & Stimulaterapi

SUPERMUM

Saya memang sentiasa positif dengan semua rawatan yang saya explore untuk Lope. Terbaru (tapi, tak la baru sangat) saya cuba Stimulatherapi untuk Lope. Terapi ni pada mulanya Ina yang try dulu, pastu Jiey. Tak mahu ketinggalan, saya cuba juga.  Mungkin ada yang bertanya, apa itu Stimulaterapi?

Saya petik ini dari sini.

Stimulatherapy  merupakan satu kaedah perubatan yang merangsang titik-titik tertentu pada tubuh mengikut prinsip keseimbangan ying & yang melalui terapi urutan & acupressure (Tekanan menggunakan jari). Tubuh manusia mempunyai 365 titik ‘reflex’ & ‘distal’. Titik-titik ini jika dirangsang boleh memberi kesan kepada kesihatan organ-organ tertentu. Kebiasaannya terdapat sekumpulan titik yang memberi kesan kepada kesihatan organ tertentu dan sekiranya dihubungkan boleh membentuk saluran tenaga (energy channel) atau meridian tubuh.

Perubatan ini telah dikategorikan sebagai perubatan komplementari. Komplementari bermaksud pelengkap. Kita sedia maklum bahawa tidak semua penyakit boleh diatasi dengan kaedah moden. Inilah pentingnya rawatan komplimentari iaitu saling melengkapi antara satu sama lain dengan perubatan konvensional.

Rawatan holistik pula membawa maksud rawatan secara menyeluruh. Ini merangkumi keseluruhan gaya hidup (Pemakanan, pemakaian, senaman) dan juga kesihatan rohani seseorang. Intipati ilmu Stimulatherapy terletak pada prinsip pengaliran tenaga ‘Chi’ melalui saluran-saluran tenaga (energy channel) dalam sistem meridian tubuh. Setiap masa (24/7) tubuh manusia menerima tenaga daripada alam semesta dalam pelbagai bentuk. Contoh mudah adalah seperti berikut:


  • tenaga kimia (makanan) melalui mulut
  • oksigen/bau melalui hidung
  • tenaga bunyi melalui telinga
  • tenaga cahaya/warna melalui mata dan sebagainya.
 
Tenaga yang memasuki tubuh akan dibekalkan kepada organ-organ penting seperi jantung, paru-paru, ginjal, hati, limpa dan sebagainya melalui saluran-saluran tenaga (energy channel) tertentu. Ibarat sebiji lampu perlukan tenaga elektrik untuk menyala, begitulah juga organ-organ penting tubuh perlukan tenaga hayat (life energy) untuk terus berfungsi.
Itu penerangan pasal stimulatherapi. Saya sendiri dah bawa Lope mencubanya. Hasrat hati kuat rasa nak cuba selepas Kak Wani bawa anaknya ke sana. Banyak improvement. Pastu, jumpa Ina pun sama, Bella banyak perkembangan positif. Diikuti dengan Jiey bawa Ian. Saya lepas tu cari masa, recce dengan Jiey jalan ke sana.

Bertabah la jugak. Putrajaya ke Klang ambil masa 1 jam pergi dan 1 jam balik. Saya pergi kat Pusat Stimulaterapy Klang, terapismya adalah Kak Ija. Lemah lembut orangnya, sesuai la dia nak picit-picit badan anak-anak syurga ini. Saya masih ingat, sesi pertama Lope kat sana memang baik habis, dia serah body je kat Mak Ija (anak-anak panggil Mak Ija).

Tapi, masuk sesi ke-2 malam esoknya, dah takde lagi dah baiknya. Mengamuk la sebabnya sakit. Saya dan Encik Bubu juga mencuba, mak aihhh. Rasa nak putus urat-urat kena tekan dengan jari, siku Kak Ija. Fahamlah macam mana Lope sakitnya ;) Musim pertama, saya sempat buat 3 kali. Lepas tu dalam sebulan jugak tak pergi, masa tu banyak konflik. Konflik nak uruskan bibik, dari segi ekonomi pun kena hitung balik.

So, bermula 2 minggu lepas, saya kembali ke Klang. Dalam seminggu, 3 malam saya peruntukkan untuk stimula Lope. Balik kerja, terkejar-kejar nak bawa Lope ke Klang, memang tough la sikit. Berjaya juga complete 6 sesi dalam masa 2 minggu. 

Hasilnya selepas 6 sesi (dengan izin Allah):

- Mulut Lope riuh satu rumah. Bercakap bahasa jermannya non-stop, membebel, ketawa dan tergelak;

- Selera makannya bertambah (alhamdulillah) . Pipinya dah berisi, lengan, perut & pehanya dah membulat. Memang sedap Mama peluk malam-malam;

- Sedikit gemar akan tali, rambut atau apa-apa sahaja yang menyerupai tali. Wayar pun boleh. Lope akan pegang, pusing dan pintal dengan bersungguh-sungguh. Kadang-kadang satu badan dibelitnya. Sekurang-kurangnya, gripping skill dia dah improve. Dulu, langsung tak mahu pegang apa-apa tangannya;

Earphone Mama pun jadi. Gigih dia mula-mula tarik rambut Mama, pastu dapat earphone, terus dia berpusing 'lari' dari Mama dan dok main ni. Hmmm.

- Alhamdulillah, perkembangan terbesar bila Lope punya keinginan untuk bangun berdiri dengan sendiri. Selama ini, Lope tak kisah pun untuk berdiri, tetapi dia akan berdiri bila saya letakkan dia dalam posisi berdiri. Mungkin sekadar mengambil hati Mama.

Gigih tengok news. Aktiviti selepas itu, mungkin sebab berminat dengan bunyi, warna dan cahaya, Lope menepuk-nepeuk screen TV plak. Not good for him. Bahaya ni.
*ini scene sebelum memanjat kabinet tv*

- Tak cukup dengan berdiri, Lope cuba memanjat pulak. Alhamdulillah. Cubaan beberapa kali nak panjat kabinet TV tu memang buat hati Mama berbunga happy.

Menurut stimulaterapistnya, selama ini banyak blockage dalam saluran saraf Lope yang mengakibatkan pengaliran oksigen tidak sampai ke otak. Bila oksigen tidak sampai ke otak, otak tidak dapat memproses input dan seterusnya memberikan isyarat kepada anggota-anggota badan yang lain untuk berkerja. 

Tapi, selepas 6 sesi juga, ada peritnya. Lope sakit, diserang asma kronik macam yang saya ceritakan dalam entry ini.  Tapi, semenjak semalam, alhamdulillah, Lope dah kembali aktif, bertenaga dan berselera.


Mak Ija, Isya & Lope selepas rawatan. Ini dah muka elok sikit dah ni, masa sakitnya.. ya ampun, kesian sungguh anak Mama :( Picture taken on 04/06/13. 
*Thank you Ayah Nyoh & Wan Nyoh sponsor baju Liverpool tuh. Mama suka!*

Ini taken on 04/06/2013 - masa Lope tengah kronik. Sumpah saya takut tengok ni. Nafasnya pendek-pendek. Perutnya macam bergulung nak bernafas.

video

Ini pulak gambar latest - 06/06/2013.

Dia ketawa.
Dia melompat.
Dia bercakap giberish talknya.
Dia makan dengan banyaknya.
Bernafas rileks seperti biasa.
Respon kepada persekitaran seperti biasa. 


Alhamdulillah, Lope is back!

No comments: