Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

07/05/2013

Padi House, Putrajaya.

Di office, Intan adalah mangsa yang selalu kena kirim beli makanan untuk kami yang malas nak keluar waktu lunch. Si Aza & Tirex tak nak keluar acceptable la sebab mak buyong memang tak larat nak berjalan, saya pulak masa lunch la nak sleeping beauty pun =) So, tengahari je, Intan akan terima whatapps ni dari kami-kami "Intan dating kat mana tengahari ni?" dan Intan akan update lokasi dia kat mana. Heeee. Best, kan si Intan ni.

So, pernah sekali Intan cakap "Intan makan kat Padi. Nak kirim apa?" Masa tu, saya memang blur. Padi? Setahu saya cuma ada di Cyberjaya, rupanya Padi House ada di Putrajaya. So, saya sekadar minta Intan belikan "apa-apa yang best".

So, Intan belikan saya ini.

Sumber : SINI

Ini adalah Seafood Fried Rice.
Kalau anda pergi ke Padi House, Putrajaya -- sila order ini.
Sedapnya buat saya bermimpi nak makan lagi.
Cuma RM9.90 sahaja.
;)

So, saya ajak la Encik Bubu datang dinner sini. Dah nama datang dinner bererti family time. Saya bawa juga Lope dan Obiya. Sebagai ibu kepada anak kelainan upaya (OKU), pemilihan restoran yang memiliki akses selesa untuk membawa Lope adalah kriteria utama. Padi House Putrajaya memang selesa untuk bawa Lope. Selain akses yang mudah, restoran juga selesa. Nyaman dan luas. Almaklumlah, bila berjalan dengan Lope, kena cari space nak parking stroller lagi, kan. Padi House, Putrajaya adalah restoran yang mesra OKU.

  
Ini order kami pada hari berkenaan:

 Mashed Potato

Nanchos with cheese

*lupa menu apa ni - rasanya Tomato Rice kot*

Semuanya sedap. Encik Bubu yang pertama kali datang siap cakap "boleh datang lagi". Tengah kami syok-syok makan, si Lope baiiik je landing kat kerusi. Ini yang saya suka dengan Padi House -- sebab anak-anak saya selesa. Lope siap tido lagi. Kononnya order mashed potato untuk dia, dia marah-marah tak nak makan. Dia pilih nak tido.


Bila dah semua dah kenyang, baru saya minta dia hantarkan dessert.

Pavlova!
Memang melompat Obiya tengokbrother tu antar ke meja kami :p

Keseluruhannya:

- Saya puji keselesaan outlet ni. Selesa, luas & nyaman. Akses untuk OKU juga bagus.

- Harga pun berpatutan, makanan pun sedap.

- Servis bagus. Tak lambat sangat. Bila lambat pun, waiter gheti nak cakap "sorry" dan murah dengan senyuman.

- Masalah sikit sebab parking -- kena parking kat bahu jalan je. Kalau kena saman, tanggung sendiri. Saya datang malam, so takde la plak orang saman :p

In case siapa nak try, ini alamatnya:

Padi House Putrajaya
Galeria PjH
Jalan P4W
Persiaran Perdana
Presint 4
62100 Putrajaya

Waktu operasi : 11.00 pagi -  1.00 pagi

Facebook SINI.

Klik sini untuk tabung pendidikan Lope & Obiya- terima kasih!
S4 - The companion!

3 comments:

MRS. K said...

sebelah opis. baru 2 kali makan kat sini. lunch hour ramai sangat orang. so lambat order smpai. huhu

Emmy said...

Memang best. Fave spot kalu lunch hari jumaat coz leh lepak lama2 hehehe

Zura Lee said...

Terima kasih sbb masih mengekalkan watermark pd gmbr saya dan terima kasih sbb bg kredit kpd blog sy...