Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

14/05/2013

Kasroha is back!

Rasanya hidup macam baru settle down je. Baru 2-3 hari ni, rasa sedikit aman dalam hati. Malam Jumaat lepas, secara rasminya saya ada bibik (yippie!) -- kalau orang-orang yang rapat dengan saya sure kenal dia. Nama dia Kasroha. Bibik yang lama.

Hehehe.

Dulu, iye-iye je marah Kasro kan. Korang tak tahu, kalau tak kerana marah dan gaduh tu, hubungan mem dengan bibik tak akan baiknya. Hehehe. Selepas dapat pengalaman dengan Bibik Yumi yang sangat menakutkan, saya dan Encik Bubu sepakat untuk offer semula Kasro bekerja walaupun dia demand gaji tinggi woooo. Pejam mata ajelah. Jumaat lepas, saya memang cuti. Ingatnya macam nak kasi sesi pengenalan la kat Kasro. Selepas solat subuh, dalam pukul 6.30 pagi macam tu, saya turun ke bawah. Tengok rumah macam gelap je. Dalam hati ingatkan Kasro masih tidur, mungkin dia jet lag ke apa. Tapi, bila saya buka lampu -- tada! Rumah saya ibarat baru dikemas oleh gennie! Lantai sudah sedia dimop, barang-barang mainan yang Obiya selerakkan juga sudah kemas disusun rapi. Oh yeah! Ini baru ada gunanya ada Bibik. 

Tak banyak yang perlu saya ajarkan, kecuali cara-cara untuk menggunakan 2-3 peralatan yang baru dibeli, yang tak ada masa dia bekerja dengan kami dulu. Semalam juga, touching tengok muka Obiya jumpa Kasro. Muka dia memang terkejut gila. Obiya salam dan peluk Bibik. Pastu, saya tanya. "Eh, Bibik pegi mana sebelum ni?" cepat je Obiya jawab. "Bibik alik kampung". Pastu, memang berkepit dengan Kasro lah. Sampai masa nak tidur, baru datang cari Mama.

Lain pula ceritanya dengan Lope. Semasa Kasro sampai semalam, dia sudah tidur. Pagi ni, bila saya temukan dia berdua, masya Allah. Syahdunya tengok Lope yang tersenyum manis. Mulut tak bersuara tapi riak air mukanya ceria. Senyumnya manis. Paling menakjubkan, lama dia pandang tepat wajah Kasro. Mungkin 2 minit kot tanpa berkelip. Selepas tu, barulah dia ketawa kegembiraan. Saya dan Cik yang tengok tu pun syahdu. Mungkin selama ini, Lope tak tahu bagaimana nak cakap "rindu" sepanjang 10 bulan Kasro tak ada, dan hari ini, berjumpa kembali.

Alhamdulillah. Setelah berbelit-belit cerita saya nak dapatkan bibik, akhirnya saya dapat semula Kasroha. Saya harap, dia akan berbakti dengan baik untuk saya dan keluarga terutamanya untuk Lope & Obiya. Wang ringgit boleh dicari, tetapi kepercayaan dan kasih sayang kita tak mampu cari dimana-mana.  


Jazakallahu khairan kathira, Kasroha.


2 comments:

Hayati Sulaiman said...

Alhamdulillah...akhirnya! Senang hati dah nak pegi kerja kan Put? Yayyy!!

deelira@deeliraz said...

ALhamdulillah :)