Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

02/05/2013

"Atih" dan "Akit" - 2 perkataan yang saya tak suka bila Lope sebut :(

Perkara paling saya tak suka - bila Lope sakit. Bukan nak kata saya ok bila Obiya sakit, tidak. Bila Lope sakit, saya sedih bila dia tak mampu nak zahirkan kepada saya di mana sakitnya. Kesian, kan? Saya pulang dari pejabat petang Selasa, Cik cakap Lope dan Obiya badannya dedar. Saya sentuh Lope -- panas suam-suam kuku. Saya ambil bacaan suhu badan Obiya. Dua-duanya bacaan suhu badan di boarder line -- 37.5.

Saya sebenarnya dah perhatikan dah 2 hari Lope ni lain dari hari yang lain. Kurang aktif dari segi pergerakan, respon dan selera makannya. Mulut pun jarang-jarang sahaja keluarkan suara. Saya memang bimbang dan kini, dia demam. Bila anak-anak demam, letih macam mana pun badan saya, mata saya sukar nak dilelapkan. Saya bimbang terutamanya Lope. Kesiannya pandang si anak yang terbaring lesu sambil menghisap ibu jarinya dalam keadaan lesu.

Saya memang tak tahu apa yang Lope rasai. Saya cuma mampu menggosok-gosok lembut di belakang badannya, betisnya dan lengannya. Sesekali, apabila saya mengurut lembut ubun-ubunnya, matanya terpejam seperti kelegaan. Mungkinkah Lope sakit dan berat kepala sebenarnya? Kesian Lope, tak mampu nak cakap kat mana sakitnya. Sudahnya, di malam orang lain sedang lena tidur nak sambut cuti hari buruh, saya bersengka mata menemani Lope.


Jam 4 pagi, Lope terjaga. Saya ajak dia minum susu. Alhamdulillah, dia mahu. Kemudian, dia tampak sedikit ceria. Mulutnya terkumat kamit menyebut "atih" (Letih) dan "akit" (sakit). Mana tak runtun hati ibu dengar. Saya belai rambutnya, saya gosok-gosok badannya. Mungkin Lope rasa lenguh-lenguh seluruh anggota badannya. Saya cium pipi Lope. Terasa suam. Matanya buntang memandang saya yang memeluk dan menciumnya. Sungguh, saya rindu nak mendengar suaranya memanggil saya Mama. Lope tak menegah seperti selalunya. Lumrah anak autis, tidak suka dengan sentuhan. Namun, dia membiarkan saya memeluknya sehingga dia terlena.

Apabila Lope terlena, baru saya rasa lega, Tidurlah Lope. Mama tak sanggup nak dengar berulang kali Lope sebut "atih" dan "akit". Tiap kali Lope sebut, Mama rasa kesian sangat sebab tak ada apa yang Mama mampu buat untuk Lope. Sehingga semalam pun, Lope masih sama. Petang semalam, selepas saya paksa Lope minum air zamzam yang Tok Lope bawa balik khas untuk cucu sepupu dia ni, barulah Lope nampak sihat sikit. Makan malamnya habis semangkuk porridge namun dengan sedikit pujukan dan paksaan.

Alhamdulillah. Pagi ini, Lope dah kembali kepada keadaan asalnya. Semasa saya suapkan susu pagi tadi, saya sengaja menyanyikan rangkap lagu Faizal Tahir "Gemuruh jiwa.." dia dah mampu tersenyum dan mahu ketawa. Kalau tak, jangan haraplah nak senyum. Kalau Lope dah mampu senyum dan ketawa, bererti dia dah kembali okey. Syukur sangat.


Obiya pun demam juga tapi tak ada apa yang perlu dirunsingkan kerana dia tetap aktif dari segi mulut becoknya, selera makannya dan aktifnya dia dok sepah-sepah rumah dengan segenap ruang rumah ditabur dengan toysnya.

Alhamdulillah -- anak-anak Mama dah kembali on track. Terima kasih di atas iringan doa dan keprihatinan untuk Lope. Sesungguhnya Lope memang seseorang yang istimewa di hati saya dan berjaya mencuri perhatian dari kawan-kawan Mama di sekeliling.

Tabung pendidikan Lope & Phia - klik here & thank you!
 

2 comments:

Berita Kaki said...

ololo ..moga sembuh lepas ni ye..hehe

Jαnnαhツ said...

semoga sembuh dgn segera