Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

17/05/2013

10/90 Principle

Semalam saya berkursus. Kursus sehari je kat office ni. Dalam banyak-banyak ilmu baru yang saya belajar semalam, saya tertarik dengan 10/90 principle by Stephen R Covey. Menurut beliau, 10% of life is made up of what happens to you & 90% of life is decided by how you react.

True.

Letak saya sahaja sebagai contohnya. 10% saya adalah dikurniakan seorang anak OKU yang didiagnose sebagai Global Developmental Delay dan Autism. Itu mungkin the end of the world pada saya dulu sewaktu mendengar diagnosis itu daripada pakar perubatan. 

90% tu pulak, kalau saya pilih nak menangis sedih kenangkan nasib, tak terima kenyataan dan membiarkan Lope dengan diagnosisnya, saya yakin Lope saya hanya mampu terbaring sahaja sekarang ni.

Alhamdulillah.
90% tu saya pilih secara positif. 

Lope masih belum gunakan kedua tangannya untuk makan - tak apa. 
Kita stimulate tangan-tangannya. Kita paksa dia "buat kerja". Lope menangis? Itu sebahagian daripada terapi telinga untuk Mamanya.

Lope masih belum berjalan sendiri - tak apa.
Kita sama-sama berterapi ke arah itu. Kita paksa Lope. Dia tak mahu, kita pujuk dan paksa. Tak berjaya hari ini, esok masih ada. Tak berjaya esok, lusa masih ada. Selagi kudrat saya kuat. Tak ada istilah berhenti untuk Lope.

Lope masih belum bercakap - tak apa.
Mama google sana sini cara nak stimulate mulut Lope. Terima kasih Kak Ju sebab kasi pinjam barang-barang Aiman untuk Lope. Tiap-tiap malam Mama guna elphie tu kat mulut Lope. Meraung, menangis dan marah adalah respon Lope. Sabar sayang. Mama tak boleh berhenti selagi Lope tak bercakap.

Mana mungkin saya sebagai ibu sekadar memandangnya sahaja? Akhrnya, terapi-terapi ini mengisi hujung minggu Lope.

- Terapi carakerja
- Fisioterapi
- Hidroterapi
- Terapi pertuturan
- Stimulaterapi

Klik sini untuk Lope & Obiya - terima kasih.
 
Penat?
Tak usah cakap.

Duit?
Macam air.

Hasil?
Saya puas walaupun dengan hadir semua terapi ni tak menjadikan Lope kanak-kanak aktif seperti Obiya. Cukup sahaja, Lope saya semakin baik, walaupun perkembangannya hanya menginjak sebesar hama. 

Saya puas kerana saya yakin saya berusaha. Saya puas kerana saya yakin Allah menganugerahkan saya Lope untuk belajar bersyukur dan menghargai.



 Harta saya di dunia dan akhirat.
Don't grow too fast, sayang.

10/90 Principle jugalah yang lead kepada saya membuat announcement di Facebook semalam.


Yes, you read it rightly. A wheelchair. 

Selama ini, saya sering positif. Saya sering ingatkan, suatu hari nanti Lope akan berjalan, Lope akan berlari. Kami akan sama-sama berjalan beriringan. Kerusi roda adalah alat bantuan terakhir yang akan saya belikan pada Lope.

Kata saya.

Tetapi, perancangan Allah itu lebih baik. Lope belum berjalan. Bukan tiada usaha dari saya mahupun dia sendiri, tetapi hasrat kami masih belum dimakbulkan. Tidak adil untuk Lope disorong didalam stroller ke mana dia pergi. Kakinya yang panjang mencecah ke tanah. Tidak adil. Sering juga saya dengar, ada anak lain yang berbisik kepada ibu mereka "abang tu dah besar tapi pakai stroler lagi". Sabar ye hati. Masyarakat tak tahu Lope masih belum berjalan. Sekali pandang, ramai yang tak dapat mengesan kelainan pada mirip wajahnya. Tak mengapa. Slowly.

Demi Lope juga, kami suami isteri sepakat nak buat survey. Terima kasih Kak Marshita Mansor, Kak Ju yang banyak kasi tips dan cadangan. Tak lupa juga untuk Fazi - owner Great Life Rehab yang menawarkan diri nak pergi survey wheelchair. Lope sangat bertuah kerana ramai yang sudi berkongsi cerita, nasihat dan membantu. Terima kasih semua.

Ini janji Mama & Abah pada Lope - kerusi roda bukan pengakhiran sesi terapi untuk Lope tau. ;)

Tengok muka ini..

Mana mampu Mama mahu berputus asa untukmu.
Selagi kudrat ada, selagi diizinkan Allah.
In sha Allah, hingga ke nafasmu terakhir.
Mama akan setia disisi.


10/90 Principle
10% of life is made up of what happens to you 
90% of life is decided by how you react.

Let spread the positive vibes.

1 comment:

smsaroni said...

Terus bersemangat demi anak!