Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

09/04/2013

Sentuhan listrikmu

Semalam, selepas saya post entry Demam. Demam. Demam. saya telefon Cik. Telefon tu sebab nak tanya Cik nak dinner apa malam ni. "Lope ni hari ni tak nak makan, minum susu pun sikit je. Badan pun panas sikit" Aduh. Terkejut bukan kepalang saya. Terus saya minta Cik hulurkan (letakkan telefon) ke telinga Lope. Saya mahu bercakap dengannya. Agak-agak telefon dah letak kat telinga Lope, saya pun bercakap.

"Anak Mama, kenapa tak makan? Penat Mama masak untuk Lope. Lope kena makan, baru Lope ada energy. Lope kena minum, baru Lope tak dehydrate. Kalau Lope tak de energy, Lope dehydrate, nanti Lope demam lagi. Kesian anak Mama sakit. Mama tak nak anak Mama sakit"

Saya terdiam. Memang seringnya saya bercakap seorang bila melibatkan komunikasi dengan Lope. Tapi, kali ini, saya mendengar Lope menyebut sepatah perkataan. "Akan". Bila saya tanya sekali lagi, "Apa Lope cakap?" Dia ulang sekali lagi, "Akan".

Saya tersenyum.

Akan = pelat untuk Makan
Akan = akan melakukan (perbuatan)

Kemudian, saya letak telefon. Masa tu baru 5.30 petang. So, balik la on the dot semalam sebab boss tak ada di pejabat. Berdua dengan Intan je pun :) Sebelum balik singgah Alamanda dulu, beli barang-barang makan. Bila sampai rumah, perkara pertama yang Cik cakap, selepas cakap telefon dengan Mama, Cik try suap makan, terus makan sampai habis. Cik bagi minum pun, minum dengan habis.

Alhamdulillah. 

Kiranya, perkataan yang Lope sebut tadi "akan" tu memang makan (kot). Terus saya big hug Lope. Muka dia bukan main senyum manis. Senyum yang sama setiap kali menyambut saya yang baru pulang dari pejabat. Gelak tawanya mengiringi setiap kali saya menyanyikan namanya. Ok, saya memang suka menyanyi dengan Lope, sebab itu salah satunya cara nak tarik perhatian dia. Memang dia suka melodi. Suka muzik. Suka bunyi yang beralun.

Satu saya perhatikan, bila suara saya yang memberi arahan/pesanan -- in sha Allah, selalunya Lope akan ikut. Perkara yang sama terjadi, setiap kali ke sesi terapi (physiotherapy, occupational therapy, speech therapy & hidrotherapy) Lope hanya akan mengikut arahan (walaupun dalam tangis sepanjang sesi) bila saya ada & memberi arahan/pesanan. Huh. Terer okey suara Mama *kembang-hidung*
Sempena Minggu Kesedaran Autisma Sedunia.

Kenali individu autisma dan karektar-karektarnya. Terima kasih kerana prihatin dan menerima Lope saya peluang seperti kanak-kanak lain. Penerimaan masyarkat sekeliling akan memberi peluang untuk L...ope hidup seperti orang lain.

Kenali kelainan yang ada pada Lope ;)

Next time bila berjumpa, mungkin korang akan faham kenapa Lope selalu flapping tangan dia... sebab dia kanak-kanak autis.


1 comment:

Zach's Momma said...

pandaaaii lope :)

zach pun flapping hands-a lot! cute jer :)