Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

10/04/2013

Puteri.Mariam.Sophia.

Puteri -- sebab anak perempuan kepada Megat.
Mariam -- sempena nama arwah opahnya.
Sophia -- bererti menawan.

Memang Sophia saya seorang yang menawan. Alhamdulillah, sudah 4 tahun anak perempuan saya ini. Orangnya chubby, hidung jambu, bermata bulat & berambut lurus. Dora The Explorer explained her best. Cousin dia panggil "the living Dora" :p

Sama tak macam orang kat baju dia? Hiks!

Saya jarang-jarang bercerita mengenai Sophia. Posting dalam entry ini, ada masanya saya tulis nama Sophia, ada masanya Phia & kebanyakkan masanya saya tulis as Obiya. Obiya ni nama yang Lope pernah sebut. Lope panggil adik dia. Bagi saya, Obiya ni satu nama yang istimewa, sebab tu saya lebih namakan Sophia as Obiya dalam puterism ni.
Rasanya macam tak adil kalau saya tak tulis pasal Obiya. Sesungguhnya, Obiya melengkapkan perasaan saya sebagai seorang ibu. Saya merasa pengalaman membesarkan anak tipikal. Alhamdulillah. Dulu, saya ingatkan, hanya saya sahaja yang over bila setiap perkara yang Obiya buat itu macam advanced di mata saya. Tapi, bila Jiey & Ina juga menulis perkara yang sama di blog diaorang mengenai anak kedua dan rasa takjub mereka dengan perkembangan anak tipikal, saya yakin -- naluri ibu memang macam ni :)

Obiya membesar bagai johan. Sekarang ni dah 21kg. Memang kena lakukan sesuatu untuk Obiya kalau tak dia akan ended menjadi kanak-kanak obes (at least, Mama obes masa dah tua) :p Ok, kita kena work out dua-dua sekali. Mama dan anak. Hiks. Dari masalah berkomunikasi, Obiya memang ada banyak vocab tapi sebab nak cepat dan malas sebut dengan betul, dia bercakap dengan pelat. Sebenarnya, dalam rumah ni tak ada sesiapa pun yang bercakap pelat dengan dia. Tapi, bila dia nak dapatkan sesuatu e.g chocolate pandai pulak dia sebut betul-betul.


Obiya ni memang anak abah. Seketul-ketul dia ni menyerupai Abah. Muka takyah cerita la, sejak keluar perut lagi memang muka Abah. Pitch suara nyaring pun sama macam Abah. Lekas meradang dan membebel masa marah pun sama macam Abah. Tapi, dia selalu declare yang dia ni #teamMama :p Apa-apa memang Obiya akan sokong Mama habis-habis. Sampai nak tidur malam pun, kalau Mama takde kat sebelah tak boleh tidur.

Gedik much, kan?

Dialah anak mama yang gedik, yang manja, yang garang, yang becok dan yang paling cantik mama pernah nampak (my product!) hehehe. Membesar jadi anak yang menyenangkan hati Abah & Mama, jadi adik yang protective menjaga Lope, jadi anak yang ringan tulang macam sekarang. Mama doakan Obiya dijauhkan dari segala kecelakaan, kesakitan, hasad dengki dari orang-orang sekeliling. Dimudahkan segala perjalanan hidup didunia dan diakhirat serta dilimpahkan rezeki.

Amin.
Mama sayang Phia Mama :)


4 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

comel nyer kamuuu :)

aSmiDar said...

Anty po syg phia .....sbjik mcm gmbr bju kt ats tuew..huhu

deelira@deeliraz said...

AMIN ;)

Syahida said...

Amin Ya Rabb :)