Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

23/04/2013

Happy (belated) 6th birthday, Lope!

Siaran tertunda. 

Happy (belated) 6th Birthday, Lope!

Sepatutnya entry ni dah upload 2 minggu lepas tapi mana silapnya, saya tak sempat nak upload. Jadi, hari ini baru sempat. Oh yes, anak teruna saya dah 6 tahun u'olls. Sememangnya, saya tak pernah buat birthday party untuk anak-anak. Birthday party yang ada clown, ada goodie bag, ada belon etc tu. Tak pernah. Alasannya, sebab saya pernah berjanji pada diri sendiri, the first birthday party untuk anak-anak akan disambut selepas Lope boleh berjalan. Kiranya, buat kesyukuran terus.

Setakat ni, sudah 6 tahun tapi misi itu masih belum tercapai. Tapi, semenjak Obiya pandai nyanyi lagu "Happy Birthday To You" ni, saya rasa macam kesian pulak kat dia. Asyik dia attend birthday orang aje, birthday dia tak ada. Pastu, siap cakap "nanti beday Ya, Mama li (beli) kek Dora"

-_______-"

Kesian, kan? Sebab tu masa birthday Obiya, saya bawak dia pegi TGIF ajo. Pegi TGIF sebab crew dia boleh nyanyi "Happy Birthday To Sophia" dan dia boleh tiup lilin. Bagi saya, benda tu takde pape, tapi bagi Obiya, sampai hari ni dia cakap. Kalau nak baca pasal entry birthday Obiya, klik SINI.

Ok.  Habis melalut pasal birthday Obiya. Entri ni pasal birthday Lope. Tak buat birthday party bagai pun. Kebetulan, birthday Lope jatuh pada hari Jumaat 12 April 2013, so saya try beli voucher kat Streetdeals Birthday Package kat Morib Gold Coast. Birthday package ni harganya RM268 sahaja. So, tengahari Sabtu tu, kami bergerak ke sana. Encik Bubu pada mulanya agak malas nak layan sebab esoknya dia ada hal tapi sebab birthday anak, kami terpaksa pergi dengan 2 kereta berasingan. Saya bersama dengan the birthday boy, adik birthday boy & nenk birthday boy. Kami bergerak ke sini dengan panduan Pakcik Waze. 45 minit dari Putrajaya.

Kami sampai ngam-ngam pukul 3 petang. Seperti yang dijangka, mak aihhh. Beratur panjang nak check-in. Anak-anak dan Cik saya tinggalkan dalam kereta sebab tak tahu lagi bilik kat block mana. Saya dan Encik Bubu beratur. Masa beratur tu, baru sempat check komen kat Foursquare. Macam-macam komen ada. Part orang komen receptionist diaorang slow tu memang betullah. Dekat 1 jam kami beratur baru boleh check-in. Nak pitam berdiri rasanya. 

Lepas check-in, kami singgah bilik kami. Minta extra bed takde, tapi dia kasi tilam angin tu.


Ini sebenarnya daya tarikan nak datang sini.


Ini pula buat Obiya melompat tak nak duduk dalam bilik.

Ini pandangan dari veranda kami. Mahu tak melompat makcik kecik tu :p

So, selepas amik orang dan barang-barang, maka semua pengsan secara berjemaah sebab hari panas terik. Selepas asar, barulah Encik Bubu bawa Obiya turun mandi. Saya, Cik & birthday boy melepek kat bilik je. Alih-alih, tengok Cik dah berseronok kat sini sensorang.


Pastu, Cik ajak Lope join dia sekali. Saya pun hantarlah Lope. Si Lope ni, memang suka jacuzzi. Masa pegi hidroterapi pun dia suka, bezanya kali ni, tak ada terapis yang akan paksa dia bekerja.


 
Andak tahu saya datang ke mari pun katanya nak join. Kononnya nak walk-in, nak amik bilik kat sini. Dah nama pun weekend -- bilik semua full house. Kesian Andak, sebab rumah dia masa ni tak ada air. So, saya cakap apa susah. Kita crash je dalam 1 bilik. Weeee. The more the merrier.

Sepatutnya, malam tu Lope kena pegi dinner. Kat situlah diaorang bagi sijil, kek & hadiah kat si Lope. Tapi, sebab berendam dalam jacuzzi sejam, Lope tidur tak bangun-bangun. So, Cik pun sama. Orang berjacuzzi penat. Maka, kami bertiga je turun dinner. Umat manusia sungguh ramai. Saya memang tak capture pape pun gambar food.

 Sijil Penghargaan 

Hadiah - teddy bear yang nyanyi lagu birthday sambil ada lampu keluar Happy Birthday To You. Teddy bear je hadiahnya, model tu tukang sibuk nak main dengan hadiah Lope.

Cash voucher - sempena umur birthday boy. Dapatlah RM6 ;)

Ini gambar esoknya, nak potong kek. Lope wakilkan adik tolong potong.

 Tetamu undangan - Kak Yaya & Abang Am :)


 Lope memang saya tak suapkan kek sebab dia allergic pada telur. 

 Nyawa saya Xx

Lepas diaorang potong-potong kek, Encik Bubu bawa Obiya mandi lagi. Kali ni Ayah Andak & Wan Andak pun join sama. Saya malas nak turun. Sakit lutut. Diaorang naik dari pool, rupanya geng-geng cucu join Cik sekali lagi ber-jacuzzi.


Lepas check-out, semua mengantuk & lapar. So, Ayah Andak belanja lunch. Saya suka gambar kat bawah ni sebab Lope nampak so mature. Sekarang ni, bila kat restoran je, Lope dah tak nak duduk dalam stroller. Kalau letakkan dalam kerusi makan, takpe. Nasib baik balancing dah okey tapi saya masih takut dia jatuh. Over protected sungguh.




Oh. Kalau ada yang berminat dengan birthday package kat Morib tu, korang boleh check kat Groupon sebelum 25 April 2013. Kalau orang tanya saya pendapat, dari segi servis memang slow. Food s0-s0. Water theme park agak pricey sebab theme park dia tak besar pun. Bilik saya puas hati. Kalau nak beli voucher, bolehlah. Kalau nak duduk harga asal, rasanya tak berbaloi. Mungkin kami akan datang lagi next time sebab senang nak main air.

Happy (belated) 6th birthday, sayang Mama - Lope!
Sayang kamu sampai syurga.

Xx.
 

2 comments:

Zach's Momma said...

Happy Belated Birthday Lope!

Batu Adventure said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/