Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

08/04/2013

Demam. Demam. Demam.

Hari ni baru boleh tarik nafas lega sikit. Baru sempat nak jenguk kat sini. Minggu lepas, Lope demam dari hari Rabu sampai semalam baru saya berani cakap dia ok. Demam on & off. Rengeknya, masya Allah. Extra manja sangat. Anak demam, si mamanya buat tebal muka je SMS kat Boss cakap kena EL. Sumpah! Malu weh. Asyik ada aje masalah kat rumah yang drag kena EL. Datang lewat tu tak payah cakap lah.

Lope start demam hari rabu. Badannya dedar. Panas-panas 37.5 -- boarder line nak demam. Nak berjaga-jaga, terus saya bawa ke klinik. Doktor cakap dia demam. Ada batuk sikit. Ada wheezing sikit. Cuaca sangat panas dan kering akhir-akhir ini. Sangat tidak sihat untuk budak yang ada masalah pernafasan macam Lope.  Jadinya, setiap hari Lope kena ambil neb. Cuaca tengahari yang melampau sebab ruang Lope yang tak ada aircond memudaratkan keadaannya (hint kat Encik Bubu) :p

Keadaan jadi lebih teruk bila malam jumaat tu Lope start cirit-birit. Mulalah dia dehydrate. Tak nak minum. Tak nak makan. Merengek. Hampir setiap 2 minit merengek minta Mama gosok/belai ubun-ubunnya. Bila saya berhenti, merengek lagi. Mungkin Lope tak sedap badan, rasa panas. Mungkin juga, sakit kepala tapi tak pandai nak cakap. Sungguh kesian bila Lope sakit. Hanya menangis sahaja yang dia mampu buat.

Petang Jumaat tu jugak, Wan Chor hantarkan ubat supplement dari Dr. Azimuth. Ok, saya lupa apa namanya :p Katanya, titik setitk bawah lidah. Lope yang masa tu panasnya dah 40 memang susah la nak suap apa-apa. Saya suspect, ada ulser kat mulut Lope. Nampak panasnya tak turun-turun. Saya terpaksa masukkan bullet. Barulah panasnya turun. Barulah ktif sikit. Barulah tak merengek.

Makan cuma 20 suapan sahaja. Kemudian, menolak. Saya pujuk & paksa minum air zamzam. Paling banyak Lope minum 90ml air zamzam sahaja. Tak apalah, daripada tak nak minum langsung. 

Taken on Friday. Lesu.

Alhamdulillah. Hari Sabtu tu, panas Lope menurun. Selera makan pun bertambah. Susu pun berganda mahu diminum, tapi masih tak sama dengan hari-hari biasa. Saya paling takut bila Lope demam, dehydrate lepas tu kena warded. Tinggal kat wad 8 hari sebab demam panas dulu dah buat saya rasa serik. Tak sanggup rasanya tengok sesuka hati orang-orang cucuk badan Lope sana sini. Anak menangis sakit, Mama dia cuma boleh tengok je.

Hari ni, Lope dah sepenuhnya kembali kepada keadaan normal. Alhamdulillah. Syukur. Hari ni, saya tinggalkan Lope dalam jagaan Cik. Nasib baik Cik sudi jaga Lope. Memandangkan sekolah untuk Lope juga memerlukan bibik, maka saya dalam proses nak tunggu Bibik sampai. Harapnya cepat-cepatlah sampai. Saya rasa bergunung rasa salah menyusahkan Cik menjaga Lope.

Terima kasih atas doa untuk Lope. 
Anak teruna saya dah kembali sihat.

:)





No comments: