Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

15/03/2013

Temujanji Neurologi di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur

Setelah hampir 1.5 tahun takde follow-up, here we are again -- di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur untuk temujanji neurologi. Dapat date 11 Mac 2013 ni setelah saya booking 3 bulan lepas. Bila kami sampai je HKL, saya rasa HKL dah banyak improved berbanding dengan 2 tahun lepas. Masalah parking memang masih susah tapi lebih senang sebab dah disediakan banyak parking di sekitar kawasan hospital. Kalau dulu datang aje HKL, saya bimbang Lope kepanasan tapi kini tidak lagi sebab keseluruhan Institut Pediatrik kini dah ada aircond!

Hiks!

Ok. Happy dengan perubahan di HKL. Hospital gomen ni selalunya orang akan cakap macam-macam tak menariknya tapi bagi saya, ini sudah bagus. Bila sampai, saya sedikit bermasalah sebab kad temujanji hilang (my bad!) So, mengambil sedikit masa sebab perlu ke Klinik Neuro untuk ambil kad dan patah balik ke kaunter pendaftaran. Susahnya sebab kena tolak Lope dalam stroller & Obiya yang berjalan sendiri. Encik Bubu masa ni pergi parking kereta. Proses pendaftaran smooth je  walaupun HRMIS tak dapat nak access. Well, memang tak heran kalau dia cakap takleh nak access HRMIS. So, dia minta bayar aje RM5. 



Selepas tu, prosedur biasa, kena timbang Lope. Well, anak mama dah besar & panjang. Rupanya sekarang ni, untuk budak-budak tak boleh berdiri ada kerusi penimbang. Hiks. Ini memang perkara baru untuk saya. Berat Lope 18.1kg dengan ketinggian 115cm. Mak aihhh! Patutlah rasa Lope melangit je panjang, dah 115cm! Tinggi saya pun cuma 162cm :p


Lepas tu saya terus ke Bilik No. 5 - Klinik Neuro. Masa ni Encik Bubu dah sampai. Kami tak ada banyak masalah sebab orang pun tak ramai. Cool aje nak pilih kerusi. Kat dalam klinik pun dah berubah sakan. Kalau korang tengok entri saya yang lepas, klinik kat sini nampak dull aje. Tapi, sekarang ni ada mural yang baru. Ada flat screen TV. Oh, terima kasih Kerajaan Malaysia.


Bila menunggu kat sini, si adik dah start boring. Mulalah kreatif tak ingat. Naik duduk kerusi itu dan ini. Saya memang ada rasa runsing sikit bila berjalan dengan Obiya di tempat public, kot-kot dia yang terlalu pantas. Lepas tu, bila tengok Lope pun dah start boring, saya rasa kita switch seat.


Budak ni buat muka boring. Dia tarik-buka & tutup penutup stroller tu sambil gigit jari. Kejap-kejap terdengar dia membebel. Mamamammama-Babababababbaa. Bila nampak dia boring, saya panggil Obiya dan saya keluarkan Lope dalam stroller & gantikan dengan Obiya. Muahahahhaha. Obiya dah tak boleh ke sana ke mari. Aman hati mama dia nak jaga!



Bila Lope duduk di kerusi macam ni tunggu turn, saya teringat pulak, inilah kali pertama Lope datang ke HKL & duduk sendirian di kerusi menunggu giliran. Sebelum ni, dia akan berada dalam stroller. Saya pandang pesakit-pesakit lain disekeliling. 2 daripadanya masih dalam stroller. Terbaring. Saya insaf. Saya syukur. Fasa-fasa itu sudah berlalu. Alhamdulillah.

Bila tiba giliran kami berjumpa doktor, macam-macam soalan saya dah pasang dalam otak ni nak tanya.

- Besarnya, saya mahu Lope di-diagnos semula. Masih relevenkah diagnosis Autism & GDD itu pada Lope. 

- Saya mahu Lope dirujuk kepada child psychiatrist.

Hasil selama 45 minit berjumpa dengan 3 orang doktor pakar, diaorang sangat impress dengan perkembangan Lope hari ini. Alhamdulillah. 

- Duduk sendiri dengan tegak. Tanpa sokongan.
- Struktur lutut/kaki yang ada potensi untuk berdiri/berjalan.
- Eye-contact improve -- respon bila nama dipanggil.
- Ujian darah untuk Fragile X Syndrome -- negatif. Alhamdulillah :)

Ini yang perlu diubah:

- Susu dikurangkan dari 6 kali minum kepada 4 kali.
- Perlu buat physio/OT/hidro/speech therapy serentak.
- Kena amik video utk setiap gerak geri Lope yg berulang. Next appointment kena tunjuk.
- Kena record setiap perkembangan Lope. Next appoinment kena report.

My 6-years-old -GDD & Autistic boy :)

Behave je bila doctor tanya itu ini.
Dia duduk dikerusi ini. 
Kadang-kadang, dia menepuk-nepuk meja doktor. 
Doktor pandang dia senyum je.


So, next appointment adalah 6 bulan dari sekarang. Kami ada masa 6 bulan nak "surprise" doktor lagi dengan kemajuan terbaru untuk Lope. Kami terima challenge doktor -- sesuatu yang baru akan kami tunjukkan.

Game on, doc! Gambar ni Obiya yang snap dari dalam stroller. THE only way nak diamkan dia adalah dengan mengorbankan phone mama kasi dia main game. Lucu pulak bila doc ingatkan Obiya pesakitnya. Almaklumlah, nampaknya Lope berjaya mengaburi doc dengan "menjadi kanak-kanak tipikal" :p


Lope,
In sha Allah, Mama akan kasi all out nak tengok Lope berdiri, berjalan & uruskan diri Lope sendiri. Ingat Lope, setiap kali Lope sakit/susah - jatuh/bangun sebab nak berjalan/berdiri, Mama akan selalu ada. Jatuhlah berjuta kali pun, Mama tak akan jemu mengangkat, merawat, menyayangi Lope sampai bila-bila. Beri peluang untuk Mama menunaikan tanggungjawab menjadi ibu/nurse/physiotherapist untuk Lope. Mama tak akan merungut walau seberapa susah pun tapi Mama tak dapat maafkan diri sendiri kalau Mama tak pernah mencuba pun jadi yang terbaik untuk Lope. Pimpin Mama menuju janatul firdaus ye, sayang :)

Mama sayang Lope & Mama tahu, Lope boleh berjalan nanti. Lambat atau cepat -- Mama akan tunggu saat itu. Kita usaha sama-sama, selebihnya kita minta Allah perkenankan. Kalau Allah tak mahu Lope berjalan di dunia, Mama yakin Allah mahu Lope berlari di halaman janatul firdaus kelak.

Xx

4 comments:

azmina ibrahim said...

Air mata keluar baca post ni...tahniah kak su! keep up the good work lope! Moga dpermudahkan segala2nya ;-) *hugs*

Lily Salehuddin said...

sesungguhnya sungguh luhurnya kasih ibu...aku nangis2 baca entry ni...airmata kegembiran buat Lope n usaha Sue n family utk Lope..

Lily Salehuddin said...

sesungguhnya sungguh luruhnya kasih seorang ibu...aku nangis2 baca entry ni...bangga dengan kemajuan Lope dan usaha Sue sekeluarga demi Lope...

Hayati Sulaiman said...

Alhamdulillah syukur pada Allah..sangat bangga dgn Lope dan Mamanya. #Hugs