Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

27/03/2013

Tanpa kamu, aku lemah.

Dah banyak hari saya stress.

Stress dengan kehidupan sekeliling & keadaan Lope yang semakin hari, semakin membimbangkan. Makin hari, makin banyak fakta, penemuan yang memberi "kesan" yang memedihkan tangkai hati seorang mama seperti saya. 

Bila bercampur semua perkara, menjadi satu. Saya stress! 

Cik cakap, pegi amik air semayang. Buka Al-Quran, baca surah Al-Waqiah, Surah Taba & Surah Yassin. Harap-harap, Allah ringankan berat yang ditanggung. Sekurang-kurangnya, ringan dalam hati, dalam jiwa. Lepas tu, Allah permudahkan jalan. Tak dapat selesai pun, diberi penyelesaian sementara sudah memadai.

It works!

2 minggu lepas, Lope ada appointment di Klinik Neuro, HKL.
Semalam, di Klinik Metabolik, HKL.

Makin banyak usaha ke arah kebaikan Lope, makin terbentang luas fakta-fakta yang "sakit" perlu saya telan. Bukan merungut, tapi sedih. Dalam masa yang sama, saya redha. Saya pun manusia, ada rasa sedih. Bila rasanya diagnosis-diagnosis perubatan bercerita mengenai fakta yang memedihkan hati seorang ibu, saya tak dapat tidak terpaksa telan.

Satu saya minta. 
Walau seteruk mana pun keadaan Lope, jangan dia terasa sakitnya.
Hatta terasa seperti digigit nyamuk juga saya tidak mahu.
Tidak rela hati saya untuk dia merasainya.

Biarlah saya tanggung segala sakitnya.
Biarlah saya harung segala susahnya.
Biarlah saya terima semua akibatnya.
Tak mampu berjalan -- saya dukung. 
Tak mampu dukung -- saya pikul.

Allah bagi saya kesihatan yang baik. 
18kg itu taklah berat nak bandingkan sayang saya pada Lope.

Tak mampu guna tangan untuk makan, minum & urus diri.
In sha Allah, selagi saya mampu, saya uruskan.
Mohon dilimpahkan rezeki melimpah, untuk saya senangkan amanah Allah ini.
Limpahkan rezeki untuk beri kesihatan & jagaan terbaik.

Tak apa tak lena tidur malamnya.
Tak apa selerak rumah tangganya.
Tak apa tak ada handbag mahalnya.
Tak apa Lope tak bercakap, berjalan macam anak seusianya.

Janji, dia tahu menyebut "mam-ma" bila dia susah, dia sakit & dia perlukan saya.
Sebab, hanya panggilan untuk saya sahaja yang dia mampu tafsirkan kesusahannya.
Panggil "mam-ma" bila Lope susah. Bila Lope benar-benar inginkan Mama.
Itu lebih bererti dari Lope terbaring lesu, tiada suara & hanya memandang Mama.

Saya memang emo hari ini. 
Selepas appointment pasal genetic bagai. 

DNA. 
Blood test. 
Urine sample.

The worst, pasal DMD. 

Saya baru baca kat Wiki, belum lagi buat biopsy & DNA bagai untuk sahkan. 
Belum lagi specialist cakap "positif".
Tapi, hati dah semak, mata dah hujan, jiwa dah galau. 
6 tahun saya hidup dengan Lope.
90% symptoms ada pada dia.

Ini saya ambil dari FB saya.

Early signs may include pseudohypertrophy (enlargement of calf and deltoid muscles), low endurance, and difficulties in standing unaided or inability to ascend staircases. As the condition progresses, muscle tissue experiences wasting and is eventually replaced by fat and fibrotic tissue (fibrosis). By age 10, braces may be required to aid in walking but most patients are wheelchair dependent by age 12. Later symptoms may include abnormal bone development that lead to skeletal deformities, including curvature of the spine. Due to progressive deterioration of muscle, loss of movement occurs, eventually leading to paralysis. Intellectual impairment may or may not be present but if present, does not progressively worsen as the child ages. The average life expectancy for patients afflicted with DMD is around 25.[1]

*Peluk diri sendiri kuat-kuat*

Ada masanya, sekali sekala, saya perlu menangis.
Saya pilih hari ini untuk menangis, puas-puas.
Sebab esok, saya mahu senyum & enjoy my motherhood with Lope.

To the fullest!

Jangan lupa senyum & ketawa -- untuk Mama. Setiap hari.
Tanpa kamu, aku lemah.


6 comments:

Jiey Mien said...

Put,

Sila hidup biasa kerana perkataan kuat itu terlalu remeh utk Put. Put lbh dari kuat.

25 tahun hanya ramalan. Tak bawa makna apa2. Nothing. Sama macam 6 bulan. Sama macam 6 tahun.

Setiap satunya kita adalah hakNya.

Ada seorang ank seperti Rayyan, mampu berjalan di usia 4 tahun. Mampu ke sekolah seperti biasa even duduk kelas last. Umur 23, mula bekerja.. Satu hari, sakit kepala yg amat (biasa utk ank2 ini), pitam n jatuh. Kena bucu tangga, pecah tempurung kepala. Lps tu terlantar. Perkataan pertama lps sedar dari koma? Mintak parents tlg amikkan wudhuk utk dia solat. Subhanallah. Dari sihat, dari dh kerja, jd OKU terlantar.

Kisah kedua, ank muscular distrophy. Sama physio dgn Rayyan. Skrg umur 9 thn. Dr jangka mgkn smpi 12 thn je hayat. Bijak, sekolah selalu dpt no.1.. Hari tu dh leh jln, now wheelchaired. Masih buat physio. Mak dia selalu ckp, you will walk again one day. Just continue to work hard. Mak dia sgt strict, mlm2 kena tido awal sbb esok skolah. Main game during weekdays limit to one hour only. Kena blaja, kena buat itu buat ini. Pd Jiey, this mom is not being strict. Dia cuma RAIKAN HIDUP. Dia ajar ank dia utk hidup sepatutnya seperti anak dia yg lain. Takde privilege spt esok lusa akan pergi. Bila dia, I knw he wont be with me that long. But this is how I cherish the value of his life. He got his time to be playful and he also has time to LIVE like others do.

Mothers are so unlimited kan? Just like you, just like me. Kita pegang tuhan kita. In Shaa Allah.

Sayang kamu. Sayang Lope.

:: puterism :: said...

Jiey.

Hugs.

Tak cukup kuat lagi. Untuk hari ini. In sha Allah, esok bangkit lagi. Bangun lagi dengan niat "i'll prove them wrong" Sama macam Ian.

Terima kasih kerana memahami macam mana rasa "pedih" itu ada dalam hati. Esok, nak jadi kuat macam Mama Jiey.

Eta said...

Put...
tak tau nak ckp mcm mana tapi nak peluk ketat2.. semoga kita sama2 kuat...
dulu i always said that my husband in denial, tapi rasanya i nih yg in denial.. when i knew that DMD will get worsen tapi i force imad to cuba, cuba jugak.. akhirnya terjatuh.. but not my husband.. dari imad bgn tido, dia angkat, mandikan, lapkan, pkikan baju n diaper, hantar sekolah, amik dari sekolah, mandikan.. n tinggalkan pada mak mentua utk makan.. balik petang.. dia amik imad n bwk balik rumah... lepas tidokan imad dia mula kerja balik... Alhamdulilah..
now i cuba n masih mencuba utk jadi sabar n redho... kita usaha ye put... n sharing info sesama kita ...

Hayati Sulaiman said...

Tak tahu mcmana nak mula. Tapi saya tau Put kuat..dan Lope tak pernah berhenti berusaha. Sungguh banyak perkembangan positif Lope..tanda dia sendiri kuat dan mahu terus berjuang. Jangan fikirkan sangat apa yang dijangkakan tu..itu semua statistic secara purata berdasarkan kes2 yang direkodkan. Cara hidup tak sama, pemakanan tak sama, pendekatan terapi dan perubatan pun tak sama.. jadi belum boleh kata statistic tu 100% boleh dipercayai dan boleh pakai utk semua penyandang GDD atau DMD.

Saya faham hati seorang ibu. Put jangan fikir banyak2 sgt.. Jangan hilang fokus pada semua usaha yang dah dijalankan ke arah kebaikan Lope. Saya selalu sokong dan mendoakan Put dan Lope. Semoga terus kekal tabah dan jangan berhenti berjuang ok. *peluk kuat-kuat*

Hayati Sulaiman said...

Tak tahu mcmana nak mula. Tapi saya tau Put kuat..dan Lope tak pernah berhenti berusaha. Sungguh banyak perkembangan positif Lope..tanda dia sendiri kuat dan mahu terus berjuang. Jangan fikirkan sangat apa yang dijangkakan tu..itu semua statistic secara purata berdasarkan kes2 yang direkodkan. Cara hidup tak sama, pemakanan tak sama, pendekatan terapi dan perubatan pun tak sama.. jadi belum boleh kata statistic tu 100% boleh dipercayai dan boleh pakai utk semua penyandang GDD atau DMD.

Saya faham hati seorang ibu. Put jangan fikir banyak2 sgt.. Jangan hilang fokus pada semua usaha yang dah dijalankan ke arah kebaikan Lope. Saya selalu sokong dan mendoakan Put dan Lope. Semoga terus kekal tabah dan jangan berhenti berjuang ok. *peluk kuat-kuat*

Zach's Momma said...

it's ok to cry.. you will wake up stronger.
Saya doakan semoga perjalanan Lope dipermudahkan..
***hugss!!!**