Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

29/03/2013

Tangan dan Kaki

2 hari lepas, saya membuat pemilihan beberapa keping gambar untuk dicuci. Saya sering inginkan hidup dikelilingi memori indah. Sering saya terbayangkan dinding rumah saya dipenuhi dengan gambar anak-anak dalam beberapa peringkat umur mereka. Mereka adalah kemanisan hidup saya hari ini.

Sedang memilih gambar yang perlu, saya terpandang akan kaki gebu Lope memijak bumi. Bagi saya, ianya cukup sentimental. Lope yang masih belum berjalan, melangkah tapi mempunyai sepasang kaki yang sangat gebu dan cantik. Lagi saya terpandangkan kaki ini, lebih-lebih lagi seperti ada satu rasa "bahagia". Cukup sahaja bahagia dengan membayangkan Lope berdiri dan berjalan.

Ok. Sampai tahap macam tu saya kepingan nak tengok dia berjalan.

Jadi, saya hantar ke kedai untuk dicuci. Bila saya ingin mengambil gambar di kedai, adik kat kaunter tu cakap "gambar kaki pun cuci". Saya tersenyum. Mungkin, bagi dia -- ianya hanya sepasang kaki. Kaki budak kecik. 



Mungkin dia tak tahu, kaki budak kecil ini adalah sumber kekuatan saya.
Mungkin dia tak tahu, kaki budak kecil ini yang ajar saya tentang kasih sayang tanpa syarat.
Mungkin dia tak tahu, kaki budak kecil ini adalah kaki anak syurga.

Bila saya balik, saya letakkan dalam frame. Terasa ada satu rasa puas hati. Puas hati kerana, saya pernah frame-kan hasil hand-paint Lope pada tahun 2009.


Tangan dan kaki Lope :')

Tangan yang masih belum pernah digunakan untuk memegang botol susunya sendiri, masih belum memegang sudu untuk menyuap ke mulutnya & masih belum memegang toys dan menyelerakkan mainan -- tak sama seperti Obiya. Tangan ini hanya digunakan untuk menepuk dan bergendang sambil tersenyum kegembiraan & digigit hampir sepanjang masa.

Saya abadikan gambar ini disudut rumah. Matlamat saya, satu hari, saya mahu Lope menggunakan kedua-dua anggota badannya ini untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa bantuan dari sesiapa pun.

Susah? Mustahil?

Memanglah :) Tapi, tidak ada yang susah dan mustahil kalau kita berusaha, istiqamah & minta tolong denganNya. Kita ni hamba aje, memang akan minta itu dan ini. Kalau Dia mahu memberi sekarang, tiada yang susah dan mustahil. Kunfayakun. Kalau Dia tak beri sekarang, dia akan beri nanti-nanti. Tak ada istilah yang Dia tak akan bagi. Now or later.

Semangat i-will-prove-them-wrong is activated. Buktikan pada mereka, research, studies & fakta perubatan itu salah. Hebat manusia belum sama hebat dengan hebat Allah. Research menunjukkan Lope ini akan bla, bla, bla, bla. Fakta akan kekal sebagai fakta. Buat masa yang ada, saya mahu live to the fullest. 

Salam jumaat buat semua.
Doakan Lope & keluarga dirahmati nikmat Allah sentiasa.

1 comment:

insan kerdil said...

semalam membawa pergi 'sejarah'.....memberikan hari ini 'realiti'....menghadiahkan esok harapan.....

pada 'harapan'.....sesuatu itu 'hidup'...dan akan terus 'hidup'....dengan izin-Nya yang Maha Esa....

kerana Dia tidak akan sesekali menzalimi...dan Dia juga tidak akan sesekali memungkiri....

semoga dalam Dia memberikan ujian...Dia memberikan jua kekuatan serta kesabaran....buat tiap hati yang 'teruji' dan 'diuji'...dalam menuju redha Ilahi...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...
wallahu'alam...