Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

13/03/2013

Global Developmental Delay (GDD)/ Lewat Perkembangan

Letihnya.

Semalam, jam 5.30am dah bangun. Menjiwai hidup seorang bibik dengan penuh dedikasi. Bangun sapu, mop & cuci rumah. Masak makanan Lope & Obiya, siap sediakan breakfast kat Cik. Pukul 7.00am tu, kain dah terjemur di ampaian!

Mak aihhhhh. 

Pukul 8.30am dah ada di office. Bila duduk je di kerusi office, segala rasa penat tu mulalah merayap ke tangan, kaki dan badan. Rasa macam best aje kalau dapat Zzzzz. Tapi, berangan jelah nak tido, kan? Pukul 1.30pm baru balik ke rumah. Siapkan Lope & Obiya ke Shah Alam untuk assesment di Rumah Ramah.

Semenjak minggu lepas, saya memang survey sana sini centre untuk Lope. Sedikit frust sebab di kawasan Putrajaya dan sekitar, tak ada centre seumpama ini. Untuk pengetahuan umum, memang Lope disahkan sebagai seorang kanak-kanak autis dan Global Developmental Delay (GDD)/lewat perkembangan. Bila saya telefon sana sini, bila disebut "autism" orang akan bayangkan Lope seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang dah boleh berjalan, hyper atau tak pandai bergaul.

Itu tak tepat.

Meh nak cerita, Lope disahkan autism semasa usianya 1 tahun 8 bulan -- atas sebab dia ada ciri-ciri autistik iaitu melakukan perkara berulang. Lope juga disahkan sebagai GDD sebab semasa umur 1 tahun 8 bulan tu Lope masih tak boleh berjalan, belum mampu duduk -- sekadar guling-guling aje. 

Disini masalah untuk saya memilih pusat jagaan timbul.

Bila nak hantar ke pusat autistik -- dia perlu tahu urus diri. Boleh berjalan sendiri. Boleh ke tandas sendiri. Kalau nak hantar juga, dia memerlukan shadow aid/pembantu. Mungkin, dia dihantar ke centre dengan bibik sekali. Tetapi, pusat autistik masih belum boleh menerima Lope sebab Lope masih belum ada learning readiness.

Rawatan terbaik sekarang untuk Lope adalah rehabilitasi -- physiotherapy, occupational therapy, speech therapy & hidrotherapy. Sebelum saya fokuskan Lope untuk ajaran/didikan sebagai kanak-kanak autis, saya perlu siapkan Lope dengan keupayaan untuknya belajar. Perkara paling asas, untuk dia berjalan sendiri ke tandas bila diperlukan, untuk dia menggunakan kedua-dua tangannya untuk makan & minum -- juga untuk memegang & mencapai barang.

Sekarang ni, umur Lope dah hampir 6 tahun bulan hadapan tetapi umur perkembangan Lope baru di usia 8 bulan! Nak tengok macam mana Lope behave setiap hari, tengok aje budak 8 bulan bergerak. Berguling, gibberish talk & "makan" jari sendiri. 

Pendek kata, Lope delay almost 5 tahun ke belakang. :(

So, kepada mana-mana parents yang baca entri ni, yang anak-anaknya GDD. Kat mana korang hantar diaorang? Sekarang ni memang tengah survey. Semalam, pergi ke Rumah Ramah di Shah Alam. Mereka tak janji boleh terima Lope tapi akan berbincang semula. Saya harapkan akan ada rezeki Lope. 

My GDD & Autistic boy :')

Tengok muka senyum lebar macam ni boleh buat semua kebimbangan, runsing dan masalah saya terbang macam tu aje untuk seketika. Tak apelah delay 5 tahun pun sebab Lope adalah pelengkap rasa kasih sayang seorang ibu - sayang tak bersyarat.

5 comments:

deelira@deeliraz said...

InsyaALLAH pasti ada rezeki untuk Lope kak..

akk seorang ibu yang sangat TABAH dan KUAT

Mohadhir Jabah said...

sabar k..sya pun ada anak yg lmbt pkembgan..umur 2thn bru pandey bjln..bckp blm ..nak pgg botol susu pun tak nak..cuma minum susu jer..hati ibu mana tak risau..tp yg penting kta sbgai ibu bdoa sentiasa ...skrg my girl dh 3thn ..

Sassi Me said...

Semoga Allah membayar kesabaran puan sekeluarga... Anak saya juga GDD baru berumur 7 bulan dan baru pandai menyiarap dan mengangkat kepala..Usaha, doa dan tawakal..pasti ada hikmah di sebaliknya.. InsyaAllah..

Siti Adyani Othman said...

Insya Allah...kita semua tergolong dalam kalangan insan terpilih. Bersabar ye puan. Anak saya dari umur dua tahun dah detect gdd n mild autis. ulang alik spital buat terapi...alhamdulillah ada perkembangan positif. skrg tahun 1...aliran perdana. masih tgu report dari guru sama ada boleh teruskan perdana @ ke ppki. response guru baik ttp klu kelas dah smpi 30 org dah x boleh nak tumpu pada murid. tengokla mcm mana nanti. Terapi sendiri sy hntr ke oakland, seremban. sangat bagus dan amsih teruskan sampai sekarang. Hanya Allah dan family je yg tau mcm mana hebatnya dugaan Allah. Tapi bila fikirkan ada insan lain yg lebih x bernasib baik membuatkan kita lebih insaf.

Mohd Khalil Ma'asan said...

Salam Kak...boleh bagitahu seterusnya macammana akak uruskan? Dari segi persekolahan..saya ada ank yang sama mcm lope..umur 4 thun masih belum berjalan...sy runsing umur berapa baru bleh hantar anak ke sekolah? Gomen? Private? Harap dapat membntu..