Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

25/02/2013

Serangan asma datang lagi.

Sepatutnya hari sabtu dan ahad menjadi hari terapi Lope, tapi bukan untuk minggu lepas. Rasa bersalah sangat sebab dah kasi rehat yang panjang untuk Lope. 

Sepatutnya, Lope perlu ke Cova Sq. pada hari sabtu dan ke Shah Alam pada hari ahad, tapi keduanya dibatalkan atas faktor kesihatan. Serangan asma datang lagi. Sedikit sebanyak, ini adalah salah mamanya. Salah yang tidak disengajakan.

Bila weekend aje, saya mulalah akan guna masa seepenuhnya untuk Encik Bubu dan anak-anak. Minggu ini, saya cuba menu baru untuk Lope - mashed potato dengan ikan tuna yang digoreng dengan cendawan & brokoli. Hasilnya, Lope memang makan. Bertambah-tambah. Mama dia is so happy.

Tapi, jam 2 petang-- Lope wheezing. Hidungnya berair. Matanya berair. Batuk non-stop. Saya pun bagi inhaler-- ventolin. Semenjak 2 minggu sudah, Lope memang perlu 1 dose ventolin setiap hari. Sangka saya, keadaan biasa. Memandangkan Lope nampak ok selepas itu, saya berhajat masih mahu mengejar slot physio di Cova Sq. pada jam 4 petang.

Sayangnya, hujan sepanjang perjalanan. Saya SMS pada Miza, mohon maaf. Kami tak sempat datang. Disebabkan tak sempat, kami tukar destinasi. Kami ke IOI Mall. Post-belated birthday celebration untuk Encik Bubu (konon). Sebenarnya, memang terasa nak makan Seoul Garden sebab kami brunch jam 11.00 am tadi, of course la pukul 5.00 pm kami lapar.

Sambil saya makan, memang saya standby bento untuk Lope-- plain porridge with Tuna. Tuna lagi, kan? Lope pun makan bertambah-tambah. Sampai licin bekalnya. Masa tu, saya masih tak perasan, sebaik sahaja selepas makan, mata Lope berair. Hidungnya berair & batuknya datang dengan teruk sekali. Terus, asma menyerang lagi. 

Saya tengok jam-- 7.00 pm. Sepatutnya, dose Ventolin setiap 6 jam. Tapi, saya cincaikan. Saya berikan dose ke-2. Lepas tu Lope kembali ok. Saya pun lega. Sampailah ke malamnya, jam 12 midnite, masa kami semua nak tidur, Lope wheezing dengan maha hebat.  Saya yang dah baring tak jadi baring. Kejutkan Encik Bubu, bersiap ala kadar & terus bawa Lope ke Unit Kecemasan, Hospital Putrajaya.

Kesiannya tengok dia sesak nafas. Saya memang takut bila Lope sesak nafas. Panjang doa saya minta pada Allah, hilangkan kesakitannya. Sampai di hospital, dengan berdukung saya pergi ke triage. Pada mulanya, MA kat situ minta tunggu sebab ada pesakit yang sedang di periksa. Tak kan nak tunggu? Jadi, saya ketuk je pintu bilik triage tu. Bila dia buka pintu, dia cakap "sabar, ada patient" Saya pula jawab "Anak saya asma. Kasilah ambil neb dulu"

Nurse yang ada kat situ minta saya duduk. Dia periksa lebih kurang dada Lope, pastu dia minta MA tadi hantarkan saya ke dalam (untuk ambil nebulizer). Tak sampai 5 minit, Lope dah di kerusi ambil nebulizer. Itupun ada scene, orang minta Encik Bubu tunggu di luar. Tapi, saya insist Encik Bubu stay. 

"Anak saya OKU. Saya perlu suami untuk pegang tangannya.." lepas tu, baru nurse kat situ nampak lembut sikit. Mungkin kesian. Mungkin ada sikit timbang rasa. Lope adalah istimewa dan layanan padanya juga perlu istimewa. 

10 minit berlalu. Neb pertama selamat dihidu dan seperti yang dijangka, Lope perlu mengambil neb kedua. Semasa menghidu neb, baru saya sedar. Selama ini saya sering under-estimate Lope atau mungkin tepat over-protective. Lope steady je hidu neb-- yang saya bayangkan seperti 2 tahun lepas, meronta, menangis, terpekik & tangan tak putus-putus nak tarik mask ke bawah. Well, kali ni pun ada tapi scene meronta, menangis tu tak ada :p Setakat terpekik dan nak tarik mask aje.

Duduknya pun makin steady. Tegak je. Tak jatuh kerusi pun. Even masa doktor datang nak test paru-parunya, siap dia bercakap lagi. Of course la in gibberish talk kan, eye-contact makin improve bila dia pandang tepat mata doktor yang menegurnya. Untuk saya, besar tu perkembangan Lope :)

Sampailah ke masa kami menunggu ubat pun, Lope steady aje. Tak tidur. Duduk sendiri di bangkunya. Pot-pet-pot-pet dengan gibberish talknya & menarik perhatian orang-orang yang sedang sakit di jam 3 am di Unit Kecemasan tu. Tak dinafikan, hampir semua mata memandang Lope. Mungkin hairan, budak berbadan usia 6 tahun tapi berperilaku usia 8 bulan.

Well, that's my boy.
This is Lope :)

Kami balik semula ke rumah hampir jam 4.00 am. Lope tertidur sebaik sahaja masuk ke kereta. Sampai dirumah, Obiya terlompat girang. Masya Allah. Dia tak tidur sepanjang saya tiada. Bila naik aje ke bilik, saya sendiri terus tertidur sambil memeluk Obiya. 

Esoknya, betapa naifnya saya. Saya masih memberikan Lope tuna dan kali ini, baru hati saya tergerak dan perasan akan matanya yang berair, hidungnya yang berhingus dan batuk datang serta merta. Saya confirmkan sendiri -- Lope ada food allergy pada tuna. So, tuna juga dah masuk dalam list tak boleh makan sama seperti telur & pepper.

Makanya, hari ahad juga Lope tak pergi ke Shah Alam untuk spider cage activity. Rugi sangat. Mana mampu Lope pergi bila dia dibawah pengaruh dadah. Sepanjang hari, dia tidur dan tidur sahaja. Maka, hari minggu kami dihabiskan dirumah sahaja.

Bagi saya, ini adalah bahagia. Semuanya buat sendiri. Indahnya menjadi ibu dan isteri. Terima kasih Allah atas kurniaan ini. Baru saya tahu, macam mana perasaan Cik dulu uruskan kami 8 beradik. Penat tapi bahagia. 

Hari ini, perlu bawa Lope ke klinik lagi. Appointment untuk ganti inhaler baru. Semoga semuanya dimudahkan.

Happy monday!


Ini Lope pagi tadi. Saya letakkan shawl kaki katil, sebab iron baju dulu. Alih-alih, bila nak ambil shawl di kaki katil, tengok tak ada tapi baik je dia lilit di lehernya. Cubaan nak pakai shawl macam mama? Kecil tapi bermakna. Ada daya mengambil dan melilit di leher dengan sendiri. Alhamdulillah :-) Gambar ni saya dah post di Instagram pu3ism pagi tadi.

2 comments:

abs said...

pesakit asma ada alahan makanan tertentu ya? kena checklist jugak laa lepas ni.. tapi mee kuning memang ku tak berapa boleh.. thx kakput! kalu tak tak pernah terfikir faktor makanan punca asma since alahan pada habuk ;)

:: puterism :: said...

Abs,
Kaput rasa more to resdung kot. Bila dia makan, dia gatal akan trigger selsema & batuk. Mungkin sebab gatal. Yang ni kaput tak tanya doktor, ini pandangan doktor mama sahaja - melalui pemerhatian. :p