Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

04/02/2013

Physio, Jacuzzi & Xing Zhu Restaurant, Cyberview Lodge & Spa, Cyberjaya.

Welcome February!

Cepatnya masa bergerak. Dah 4 Februari kan. Weekend lepas, walau dah cuti hari Jumaat tu sempena hari FT [eheh. nak sebut jugak nama pakcik itu :p] tapi masih lemau nak masuk office hari Isnin. Lemau ke dah malas? ;)

Hari cuti sempena Hari Wilayah diisikan dengan bawa Lope ke Cova Square. Apa lagi kalau bukan mengadap Miza and the gang. Dah lama sangat dah tak bawa Lope ke sana. Semenjak start kerja balik ni, cuma ada weekend sahaja untuk urusan terapi Lope. Sepatutnya hari Sabtu di Cova Square untuk physiotherapy dan Ahad di Shah Alam untuk sesi hydrotherapy. Pendek kata, FULL. Tapi, sebab hari jumaat dah cuti, jadi bawa Lope ke Cova pada hari FT.

 Teman setia. Ke mana Lope pergi, Obiya ikut.

Special appearance - Cik :)

Tengah test balancing. Bukan dia tak boleh buat, tapi dia tak nak buat. Bila didudukkan kat atas exercise yang tempat duduknya kecik, boleh aje Lope imbangkan badan duduk sendiri.

Hero tengah mengira sambil berdiri. Bukan main lagi angkat kaki dengan tujuan nak bagi banyak stimulation kat dia. Masa ni mulut non-stop bebel. Mungkin sebab tak selesa dengan kaki dia tu.

Lepas tu, ada acara Lope kena ragging berjalan-jalan keliling Level 3, Cova Square tapi tak sempat nak ambil gambar atau video sebab dia menangis all the way. Habis lah orang office kat situ dengar jeritan laungan si Lope ni yang protes tak nak berjalan. Mungkin juga dia penat sebab almost 2 jam kena ragging.

Settle physio Lope di Cova Square, Cik ajak pegi rumah Kak Ning dekat-dekat situ. Rumah baru yang macam club house. Datang sini, Obiya la paling happy. 

Party buih u olls!



Bila tengok jacuzzi kat rumah Kak Ning ni, mula la rasa. How I wish ada sebijik kat rumah. Boleh rendam Lope, buat hydro sendiri dengan dia dirumah. Tapi, ukur baju dibadan sendiri la kan. :)

Sebab Lope penat balik dari physio, maka Lope tak direndamkan sama dalam jacuzzi. Kesian dia super penat. Jadi, Lope jadi pemerhati je lah Obiya and the gang berendam. 

Kami balik ke Putrajaya jam 6 petang. Alhamdulillah, traffic menghala ke Putrajaya tak jem. 30 minit je kami dah sampai ke Cyberjaya. Kenapa Cyberjaya? Sebab teringin nak makan dimsum lagiiii. Singgah kat Cyberview Lodge Resort & Spa. 


Restaurant tu namanya Xing Zhu. Datang sini sebab teringatkan yang ini satu.

Saya nak yang ini.

Encik Bubu nak yang ini.

Apa yang bestnye, datang sini order je all you can eat cuma RM50.00/pax! 
Dapat ini semuaaaaa..


Diaorang akan serve dengan chinese tea panas-panas.



Okey, kalau korang nak try makan kat sini, ini mapnye.



So, itulah cerita hari FT kami.


Physio untuk Lope.
Jacuzzi untuk Phia; dan
Xing Zhu Restaurant untuk saya dan Encik Bubu.

No comments: