Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

04/02/2013

Hidroterapi & penangan Jalan-Jalan Cari Makan!

Minggu ni, saya ambil hidroterapi sesi 4.00 petang. Sesi terakhir. Selalunya saya suka ambil waktu tengahari, sebab kami akan keluar lunch dulu dimana-mana sebelum bawa Lope berendam. Buat ada yang bertanya, dimana Lope buat hidroterapi ni. Meh, saya kongsikan.

Lope buat hidroterapi di Great Life Physio & Rehab. Sama macam dekat Cova Square tuh. Cawangan Shah Alam ni lagi banyak service dia. Selain hidroterapi, ada juga physiotherapy, occupational therapy & speech therapy. Untuk Hidroterapi RM45 untuk 1 sesi yang ambil masa 45 minit - 1 jam. Kalau berminat, boleh cuba call 03-54800580/017 3985214.

Masa mula-mula masuk dalam air, memang Lope akan happy. Sape tak suka air, kan? Muka bukan main lagi. Senyum la. Gelak la. Tapi selalunya dalam 10 minit je Lope happy tu sebab lepas tu dia kena paksa bekerja dalam air. 

Caught in the act - menangis tak hingat. :p
Kesian si adik. Teringin bukan main nak join Lope dalam air. Tskk.

Rileks sket bila saya pasang lagu "Adrenalin". 
Terima kasihlah Uncle Faizal sebab pinjam suara kasi Lope calm.

Habis Hidro, semua orang rasa lapar sebab kami brunch je tadi. Ni nak salahkan Iqram Dinzly dalam Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) sebab dia tunjuk kedai sorang uncle ni jual semua makanan berasaskan kerang e.g keow teow goreng kerang, mee kerang dan nasi lemak kerang! Ingatkan saya sorang je yang tangkap leleh dengan kerang-kerang ni, rupanya Fahi pun sama. Bwahahaha.

Waaaaaa! Sedapppppp. So, cari aje di Foursquare - sampai la kat sini! 


Tengok review orang kasi 8.5 /10.

Ini saya google di internet je ni. Semalam, harga ni dah bertukar. 
Besar Special tu dah RM7.00 sepinggan. Itulah yang kami order.

Ini dalam pinggan saya. Comot sebab dah separuh makan baru ingat nak snap gambar. Udang ada la dalam 7 ekor. Makan dengan lada jeruk yang banyak macam ni. Sedap! Berbaloi sangat dengan RM7.00 tu.

Saya jugak order Sotong Bakar. Sotong kering yang dimesin dan dibakar tu. Encik Bubu tak suka, so more food for me. Eheh!

Sotong Bakar untuk 2 orang makan RM10.00. Saya bedal makan sensorang ajo :p

Bila baca kat review di Foursquare tu, ramai yang tulis - makanan sampai dulu, baru air dapat. Mungkin diaorang patut baiki sket service ni kot. Lepas makan je, kami cepat-cepat masuk ke kereta. Elok je dukung dan bawak masuk Lope kereta, hujan turun dengan selebat-lebatnya. 

Itu aje cerita weekend kami. 

No comments: