Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

08/02/2013

Cerita semalam.

Semalam, saya agak sibuk. Sepulangnya dari pejabat, saya terus ke Alamanda. Mencari bahan masakan, office nak buat pot-luck hari ni. Pulang ke rumah di ambang maghrib, seterusnya sibuk berkecah didapur. Nak harapkan si bibik mencuci sotong, udang dan lain-lain masih belum boleh diharap. Sudahnya, saya sendiri menyinsing lengan di dapur. Padah kerana blogwalking di blog My Kitchen - Kak Anim petang semalam, saya teringin sangat nak makan sambal sotong. 

Rasa bersalah terbit di dalam hati tatkala saya memanggil Lope. Matanya buntang memandang saya sambil menghisap jari. Mungkin, didalam hatinya terdetik. Mama sekarang sudah "sombong". Manakan tidak, mandi, makan dan menyalin dryper semuanya di lakukan Bibik kini. Saya hanya sempat mengambil alih diwaktu malam sahaja. Saya sendiri bersarang rasa bersalah. Setelah hampir 6 bulan saya sendiri menguruskannya, sedikit ralat menyerahkannya ke tangan bibik yang masih dalam lesen percubaan.

Apa pilihan yang saya ada? Sobs.

Selesai saya berkecah didapur, saya tengok Lope & Obiya sudah tidur. Jam baru menunjukkan angka 9 malam. Kesian anak-anak. Sangat sedikit masa yang saya ada sekarang untuk mereka berbanding dahulu. Encik Bubu pula masih belum pulang, ada jamming dengan The Winglet. Saya kemudian menguruskan anak-anak untuk tidur, sambil berbual dengan Cik. Berbual kosong yang membawa kepada ketiduran.

Lope tidur bersama Cik. Manakala saya bersama Obiya. Jam 3.30 pagi, Cik kejutkan saya. "Sue, bangun tengok Lope ni. Sesak nafas.." saya yang sedang tidur-tidur ayam menggosok belakangnya. Waktu itu, Lope tidur dalam keadaan flat. Saya tinggikan sedikit kepalanya. Rupanya Lope selsema. Dia bernafas dengan menggunakan mulut. Saya biarkan seketika. Apabila saya sendiri hilang mamainya, baru saya betul-betul sedar, Lope dalam keadaan yang sukar bernafas. Selsemanya diiringi batuk.

Jam 3.45 pagi, saya berikan 2 puff inhaler. Saya tinggikan bantal di kepalanya. Hilang sedikit lemasnya. Tidak berombak seperti tadi. Saya padamkan air-cond. Saya selimut dia. Cik memeluk Lope. Saya biarkan 2 orang bercucu itu tidur berpelukan sambil saya terus mengawasi nafas Lope. Saya takut, jika saya terlelap, jika Lope masih berombak nafasnya akan memudaratkan dia. Masih teringat kejadian berlaku kepada anak seorang rakan sekerja dahulu. Anak Kak Id meninggal dunia kerana serangan asma.

Nauzubillah.

Akhirnya saya terlena juga. Jam 6 pagi saya bangkit. Lope tampak ok. Saya turun ke dapur. Janji mahu membawa sayur campur buncis ke pejabat harus dilunaskan. Jam 7 pagi, saya naik semula ke bilik, saya lihat nafas Lope kembali tidak teratur. Saya berfikir-fikir, saya perlu membawanya ke klinik. Klinik paling hampir adalah Pusat Kesihatan P14 yang dibuka jam 8.00 pagi. Saya seterusnya bersiap dan membawa Lope kesana.

Alhamdulillah. Tak ada yang serius apabila diperiksa. Lope sekadar diberi ubat selsema dan batuk sahaja. Juga, ubat lelah apabila diperlukan. Untuk rekod. Ini adalah serangan asma pertama untuk Lope bagi tahun 2013. Agak lama jugak Lope tidak diserang asma. Kali terakhir, seingat saya sebelum kami berpindah ke rumah baru. Mungkin di bulan Oktober tahun lepas kot.

Budak yang akhir-akhir ini sering mengintai peluang untuk bermanja dengan Mama.

Ini pulak untuk kawan-kawan office tersayang :-)

1 comment:

deelira@deeliraz said...

sedapnya sayur kak put tuu ;)