Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

19/02/2013

Bercakap Dengan Bibik.

Sewaktu Bibik mula-mula sampai dan dibawa pulang ke rumah, dalam perjalanan, saya bertanya kepadanya "umur kamu berapa, bik?" dengan ringkas jawabnya "38"

Bila sampai dirumah, saya teliti passportnya. 

Date of birth: 7 October 1971.
Do your maths, kawan-kawan. Hehehe. 

Selepas 2 minggu dia bekerja dengan saya, di suatu petang Ahad sambil mengajarnya melipat kain, saya bertanya lagi padanya. "Umur kamu berapa Bik?" 

"35" jawabnya. 

Selepas 2 minggu di Putrajaya, usia Bibik saya semakin muda. 
Hiks! Sila baca dalam nada yang penuh dengan sarcasm. 
Saya diam. 
Dalam hati dah rasa gisvcweyrt230178r9f@%^*T*

Saya: Kamu lahir tahun berapa?
Bibik: Aku enggak tahu lahir tahun berapa... aku lupa.
Saya: Habis, macam mana kamu tahu umur kamu 35?
Bibik: Sebab ayah aku bilang umurku 35.
Saya: Bila kali terakhir kamu jumpa ayah kamu?
Bibik: Sebelum berangkat ke mari.
Saya: Ayah kamu usianya berapa?
Bibik: 50.
Saya: Ok. Umur suami kamu berapa?
Bibik: 40.
Saya: Oh, mudaaaaaaa lagi. Macam kamu jugak. Kamu kahwin dah lama?
Bibik: Iyalah. Udah lama. *sambil tersenyum-senyum*
Saya: Kamu kawin usia berapa, Bik?
Bibik: Aku kahwin masa usia 20 tahun. 
Saya: Ohhhhhhhhhhhh. I seeeeeeeeeeeeeeeee. Sudah berapa lama kamu kahwin?
Bibik: Sudah 6 tahun.
Saya: *urut dada* Maksudnya, sekarang ini usia kamu baru 26 lah? 
Bibik: *gigit jari sambil buat muka panik*

Kesimpulannya: 
Datanglah bekerja dengan saya. 
Nescaya anda akan menjadi lebih muda dari sehari ke hari. 
*insert nada sarcasm disini*

Dari umur 42 -- lepas tu jadi 38 -- lepas 2 minggu jadi 35 -- dalam sepetang je jadi umur 26 pulak!

Moral of the story:
Kot ye pun nak menipu umur, belajar dulu mengira.

*headache*

12 comments:

abs said...

kakput tak tengok passport dia eh?

:: puterism :: said...

Tengok. Sbb tulah tahu dia lahir tahun 1971.
Eh. Ke apa maksud Abs?

NenetPenne (NP) said...

tu soalan nak menguji ketelusan dan kejujuran si bibik..
kalau dah lahir 71, makanya umurnya adalah 42 tahun...

makanya kalau umur bapaknya 50 tahun sekarang, bapak dia kahwin masa umur 8 tahun laa eh? wooooo hebatttttttt...

deelira@deeliraz said...

hehehehheheheheheh

:: puterism :: said...

NP, dia tak tahu umur dlm passport kot. Memang berbelit ckp dgn dia.

Irfa said...

ADOI..meremang bulu roma ku
pengalaman sndiri..
masa keje dulu saya penah intebiu maid yg tgh tggu majikan dtg ambik di imegresen.muka cam budak2 umur 16 tahun.dr muka pun boleh agak masih budak.bila tanya umuer berapa di jawab 27 tahun.tgk paspot pun mmg umur 27 tahun.bila di korek2 citer.rupanya..agen yg letak umur mereka masa buat pspot nak masuk malaysia.

see..sebenarnya diorang x tahu umur sndiri..dan penipuan dah berlaku sejak awal lagi.

abs said...

mungkin dia buta huruf kot? *bersangkabaik* tp selalu sangat dia menipu ni bahaya kakput.. kena mik langkah berjaga-jaga.. akan dtg kita tak tahu kan? :)

Min Min said...

Kak, orang dah tahan gelak nih padahal hati tgh panas dpn pc..
Dari kish daun kucai sampailah kes umur..hahaha

:: puterism :: said...

Irfa,
KOt ye pun nak kelentong, janganlah sampai ada 3 umur yang berbeza. Mencabar kesabaran mem dia ni.

:: puterism :: said...

Abs,
Kaput dah test. Dia boleh membaca, menulis & mengira. Memang cuak tinggal dia kat rumah. Dalam seminggu akan ada 1 perkara rosak. Sabar je lah.

:: puterism :: said...

Min Min,
Ko gelaklah, akak ni dah istighfar banyak-banyak. Geram sangat asyik dok menipu, meninggi jugak la suaranya.

Nissa Azmir said...

memang diaorang ni kuattt sangat menipu kan... sakit je hati. bab umur tu kita tanya cakap lain. orang lain tanya jawab lain. kuat menipu memang x boleh pecaya. anak2 cakap dia selalu kurung ke cubit ke ape. dia psiko anak2 nisa balik kak put eh tak baik cakap bohong.. padahal dia tu yg cakap bohong... budak manada pandai cakap bohong kan... grrrr je kan ngan diaornag