Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

05/02/2013

9 tahun dengan cinta

Sebuah entri istimewa untuk Encik Bubu saya.

Semalam awak cakap kat saya. 
Kita dah 9 tahun. 

Saya jawab balik kat awak.
Iyelah. 9 tahun yang penuh dengan cinta. 

pui!

Hehehe. Takdelah pui mana pun. Tapi, pui la jugak. Bajet tulis 9 tahun dengan cinta tu macam hidup laki bini tak pernah gaduh je kan. Hidup macam dalam cerita-cerita cinta yang dok baca kat buku tu. Pentipu la sangat kalau tak pernah gaduh. Tak gaduh maksudnya tak thrill sebab kita tak tahu apa/macam mana suami kita tu.

Cerita sebenarnya. Setelah buat reality check.

9 tahun yang penuh dengan eksperimentasi.

Penuh dengan pembelajaran.
Belajar macam mana saya nak kenal awak.
Bila mata awak macam tu, apa signnye.
Bila ekspresi muka macam ni, apa tandanya.
Marah ke, nak gelak ke, nak gedik ke.

Penuh dengan ujian.
Bukan dengan awak sorang, tapi dengan pasca 9 tahun kemudiannya.
Tambah 2 orang budak-budak yang lengkapkan jiwa kita.
Allah bagi mereka untuk kita jaga. Amanah Allah.
Allah uji kasih sayang kita melalui our little precious.

Penuh dengan sayang. (btol la, kan?)
Saya sayang awak. Sayang giler kot.
Saya penah fikir kalau satu hari nanti saya bangun.
Tapi awak dah takde, saya confirm jadi tak centre.
Sebab tu, saya mintak Allah kasi saya peluang.
Kalau jadi apa-apa, biar saya jalan dulu.
Sebab saya yang brutal ni tak mampu nak hidup bila awak takde.

Walaupun, saya dan awak macam kucing dan anjing. 
Gaduh aje hari-hari.
Kalau awak tak jumpa cari stokin pun, kita boleh gaduh.
Bila kita berebut charger pun boleh create scene :p
Itu tak masuk lagi bab berebut nak tukar chanel TV. Eheh.
Tapi, dalam hati saya. Selalu sayang kat awak.
Awak bulat, saya sayang.
Awak busuk, saya sayang.
Awak comot, pun saya sayang.

Sebab yang bulat, yang busuk & yang comot itulah dunia & akhirat saya. 

:')

Pada tarikh yang sama, 9 tahun lepas, Aboh saya serahkan saya pada awak. Alhamdulillah. Saya tahu keputusan Aboh saya itu tak pernah silap sebab 9 tahun hidup dengan awak, awak berikan saya sebab yang banyak untuk saya hidup lagi-lagi-lagi banyak dengan awak di masa depan. 

In sha Allah, till jannah. 

Terima saya dimana kurang dan lebihnya saya. 
Lebihlah, sebab dulu saya "kecik" sekarang ni selepas 9 tahun, awak buat saya senang kelihatan walau dimana pun saya berada. 


Kita dalam cubaan nak cam-whoring. Pffttt!

FAIL!

Si isteri dengan tudung senget bengetnye. 
Si suami dengan muka tak sudah terkejut yang tak berapa real.
Pastu, siap ada prop tambahan kaler kuning kat tengah.
Itu Cik saya, u olls! 

Happy 9th wedding anniversary, Encik Bubu!Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke-9 bersama saya.Saya harap, awak celebrate such occassion ni dengan saya je la.
*muka warning*


3 comments:

Irfa said...

slmt ulang tahun ke 9
sweet sgt entri ni
moga bahagia milik kamu selamanya :)

Min Min said...

Selamat Hari Ulang Tahun kakak n abang! 9 tahun lepas kat masjid di KB terdengar ayat ni "Hanya Cangkul Dan Tanah Yang Dapat Memisahkan Kami" ececeh

bunga_rose said...

sooo sweet la nukilan ni kak puteri ^_^

happy anniversary to both of u ;)