Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/01/2013

*nangis laju-laju*

Akhirnya Bibik yang ditunggu sudah tiba. Macam-macam jadi sebelum dapat Bibik ni. 

Dia sampai hari Ahad. Malam. Namanya Yumi. Umur 38 tahun. Berkahwin. Ada 2 orang anak. 

So, saya ada masa cuma 1 hari aje untuk train dia. Nasib baik, Cik yang tak sampai hati tak jadi balik ke KB pada hari yang sama. Kata Cik, extend lagi seminggu. Cik tu hatinya berbelah bahagi, antara Lope & Aus. Tapi, bila dah bercakap dengan CC, Lope lebih memerlukan Cik disini. Macam mana nak tinggalkan Lope dalam jagaan Bibik.

Ini kali pertama saya dapat bibik yang bukannya dari agensi. Saya memang dah mentally prepared dah, maid yang datang ni tak di latih terlebih dahulu. Masa tu, saya cuma bayangkan mungkin dia tak pandai iron baju, sapu sampah atau pun tak pandai nak lipat kain cantik-cantik macam kita harapkan. Itu yang saya simpan dalam fikiran.

Sekali yang datang ni lebih jaaaaaaaaaauuuuuhhhhhhhhh dari anggapan saya tu. 

*nangis laju-laju* 

Banyak sangat yang dia tak tahu. Saya tak nak la tulis kat sini, nanti buka aib dia pula. Tapi, saya stress giler. Dia datangnya dari sebuah pulau kecil yang takde kemudahan asas seperti elektrik dan kemudahan air paip. Memasak menggunakan dapur arang. 

So, can you imagine? >.<

*nangis laju-laju*

Alhamdulillah, untuk 3 hari pertama ni, saya tengok dia mahu belajar. Ada masanya, saya kesian melihat Bibik yang sungguh-sungguh belajar. Definasi kemas dan bersih antara kami sememangnya jauuuuhhh berbeza. Untuk 3 hari pertama ini, saya sangat letih. Letih jadi trainer. Ajar untuk dia buat, kemudian check apa yang dia buat betul atau tak. Ada masanya, tak menepati piawaian e.g basuh pinggan pun berminyak, lap meja pun tak bersih - maka dia terpaksa ulang buat sampai betul-betul menjadi apa yang saya mahu.

*nangis laju-laju*

Rasanya, minggu ni dia kena khatam untuk perkara asas sahaja. Saya siap sediakan jadual waktu lagi untuk dia. Jam 5.30 pagi, saya sendiri kunci jam. Bangun untuk monitor dia buat kerja rumah. Dia perlu mencuci rumah sebelum subuh sebab Lope akan turun ke bawah selepas itu. Hari pertama & kedua - gagal. Semalam dan hari ini, alhamdulillah. Dia buat kira okeylah.

Yumi - bukan wajah sebenar sebab dah diedit sana sini :p

Saya headache sebab kena train banyak perkara dalam masa yang singkat. Dari sekecil-kecil perkara e.g buka tutup pintu hinggalah perkara yang lebih besar seperti menguruskan Lope. Apapun, bila tengok Yumi buat saya bersyukur dengan kehidupan yang saya ada hari ini. Sekurang-kurangnya, saya syukur dengan kemudahan asas di negara Malaysia ini. 

*nangis laju-laju*


5 comments:

Miss Layaleya said...

Ya Allah, kesian u kakak.. stay strong!!!

.::puterism::. said...

Fahi, memang nangis laju-laju ni. Stress!

Hayati Sulaiman said...

Sabar Put.. camana bleh dapat bibik bukan dari agensi tu? Apa-apa pun akak doakan Yumi sayang dan boleh jaga anak2 Put dgn baik dan ikhlas. Terutama Lope.

Eliza said...

Salam kenal puteri..

Bibik saya pun lebihkurang gini. Buat satu kerja pastu duduk bertapa dlm bilik pegang henpon semedang. Everythings to be told baru kerja bergerak. Nak masak air pun dia malas.

Buat jadual tu mmg sgt2 perlu. Since u more for her to handle ur kids, i suggest that u monitor her during break hours (bekfes, lunch, etc). Buat kerja rumah during weekdays tak perlu strict sgt, takut nnt dia sambil lewa jaga ur kids.

Bibik nih mmg ikut nasib gak. Mak saya punya sgt rajin ~ sediakan ubat dan pakaian dalam mak saya dia basuh tangan. Kerjarumah tiptop takyah suruh. Kalo risau gak, pasang cctv pun ok mcm my parents buat.

*banyakkan berdoa dan tawakkal*


deelira@deeliraz said...

sian akk..
hope yumi dpat belajar cepat2 ye..