Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

23/01/2013

Anak Jannah.

Saya teringat perbualan saya dan Encik Bubu, selepas perut kenyang di malam meraikan saya semakin tua. Waktu itu, Lope & Obiya sudah terlelap. Saya pada mulanya mengucapkan terima kasih kerana belanja makan sedap dan mulalah cakap tentang usia yang semakin bertambah.

"Umur dah banyak. Takut nak mati." kata saya. Encik Bubu tenang sahaja sambil memandu. "Semua orang akan mati." jawabnya sepatah. 

"Kalau Sue (nama panggilan saya dikalangan keluarga) mati, Abang sedih tak?" saje je tanya soalan-soalan emo di malam hari.

"Kalau Sue mati abang tanam." jawab Encik Bubu. Memang potong mood la nak ber-emo. Saya gelak, sambil cubit dia di lengan. Haish! Rasa macam kucing plak. Mati dan tanam ;p

"Dalam bab ni, Cik dan Aboh beruntung. Cik ada 3 orang anak lelaki yang boleh hantar amalan dan "makanan" (refer to amalan e.g doa) setiap hari untuk Cik dan Aboh. Tapi, Abang cuma ada sorang je anak lelaki.." eheh. Isu sudah bermula. 

Saya sedar. Encik Bubu kepingan mahukan anak lagi. Siapa tidak mahu? Saya sendiri teringin mengandung lagi. Melahirkan lagi. Mencium bau baby lagi. Indahnya. Tetapi, saya harus realistik. Lope perlu berjalan sendiri dahulu sebelum saya mengandung lagi. 

"Abang lagi beruntung tau.." jawab saya sepatah. "Apa yang beruntungnya Abang?" tanya Encik Bubu sambil pandang wajah saya sekilas. 

"Kalau Cik dan Aboh ada anak 8 orang. 4 orang Megat dan 4 0rang Puteri, masih belum pasti seorang dari mereka adalah ahli syurga. Tapi, untuk Abang, untuk kita, memang Allah dah kurniakan seorang anak syurga. Walau sebanyak mana pun amalan yang anak-anak Cik & Aboh ni buat, masih belum dapat menjanjikan mereka ini adalah ahli syurga, tapi Lope.." saya berhenti. Sedikit sebak tapi bersyukur.

Bersyukur kerana Allah memilih saya menjadi seorang ibu kepada anak jannah. 



Jannah bererti kebun atau laman. Di dalam Al-Quran selain bererti kebun atau taman, jannah bererti syurga, tempat penuh kenikmatan yang belum pernah dilihat mata, belum didengar telinga dan belum boleh digambarkan dalam fikiran atau diimagine oleh walau sesiapun di dunia ini.

Selepas itu Encik Bubu terdiam sebentar. Mungkin bermuhasabah. Dia sendiri membiarkan saya melayan perasaan. Mungkin, isu ini membunuh sedikit mood kami di malam istimewa saya. Namun, saya tidak kisah. Lope adalah keutamaan saya dalam hidup. 

"Tapi, kita perlukan anak lagi.. tak kan anak 2 je kot. At least, seorang lagi Megat. Untuk Lope juga. Kita tak tahu, apa akan jadi kat kita nanti.." sambung Encik Bubu setelah lama terdiam. 

Ok, game on Encik Bubu. Tahun 2013 adalah tahun untuk kita "pulun" usaha gigih untuk Lope berterapi dan in sha Allah, tahun hadapan kita akan pulun untuk menambah bilangan keluarga kita :)

Anak jannah.

Ulang suara untuk Encik Bubu, tahun hadapan ye (read: 2014) nak tambah bilangan keluarga, bukan tahun ni. Sila jangan twist janji ini. :p

2 comments:

nuyin2u said...

lama tak jenguk cerita lope..sedih pulak,,

Hayati Sulaiman said...

Assalamualaikum Put...selamat hari lahir. Terkesan dengan entri ini..sebak pun ada. Hanya yg melaluinya akan merasai. Jannah itu tidak murah harganya.. Pelukan semangat untuk kita berdua. :')

Dan selamat menambah ahli keluarga baru tahun hadapan. :)