Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

29/01/2013

Ambil Iktibar dari kes William Yau Zhen Zong.



Terbaru, kita digemparkan dengan kehilangan dan seterusnya kematian William Yau Zhen Zhong semalam selepas pihak polis mengumumkan laporan DNA yang dijalankan. Saya baca banyak komen di Facebook dan ramai parents yang mengecam "kecuaian" ibubapa William. Ada juga spekulasi mengatakan beliau diculik dan dibunuh. Wallahuaklam.

Bagi saya, buat sesiapa yang menyalahkan ibubapanya - berhentilah.

Kesiannya mereka kehilangan anak. Menemui anak yang sudah tidak bernyawa dalam keadaan begitu - lebih menyayat hati. 

:(

Saya yakin, TIDAK ada ibubapa yang inginkan hidup anaknya berakhir seperti William. Saya sebagai ibu, sangat mengambil iktibar akan kejadian ini. Meninggalkan anak-anak di dalam kereta adalah sangat merbahaya.

Saya juga selalu buat macam tu. Tapi, saya terpaksa. 

Setiap kali singgah di petrol station, saya gusar. Lebih-lebih lagi, kalau saya travelling bersama Lope & Obiya. Seringnya, Lope berada di kerusi co-pilot di hadapan - memakai tali pinggang & duduk didalam booster seat. Manakala, Obiya duduk di belakang - memakai tali pinggang. Kedua-dua pintu belakang, saya setkan kepada child-lock. Sekurang-kurangnya, saya tahu dia tidak mampu membuka pintu sendiri.

Masalahnya, setiap kali turun dari kereta dan saya perlu membayar harga petrol di kaunter, hati saya cuak. Mata tidak akan lepas memandang ke arah kereta. Kadang-kadang, saya terfikir, apa fungsi petrol attendant yang ada itu kalau dia tak boleh membantu pelanggan seperti saya ini yang tidak boleh meninggalkan kereta dengan anak-anak kecil? 

Saya pernah meminta bantuan dari petrol attendant. Ada yang OK, dan mengambil wang dari saya. Dialah menjadi runner, berlari ke kaunter dan membayar harga petrol saya. Ada pula yang simply menjawab "tak boleh" walaupun sudah melihat saya bersama anak-anak kecil. Saya sememangnya akan pastikan minyak full tank sebelum berjalan dengan Lope & Obiya sebab saya tidak mahu kes seumpama William berlaku kepada saya.

Mungkin..
Lope tidak tahu bagaimana membuka pintu kereta.

Mungkin..
Obiya tidak boleh membuka pintu kereta kerana telah di-child lock.

Tetapi, kemungkinan lain banyak lagi.

Orang curi kereta.
Culik anak-anak.

Nauzubillah! 

Jauhilah perkara-perkara seumapa ini dari menimpa saya. Ambil iktibar dari kes William ini. Berhenti mencari kesalahan orang. Jaga anak-anak kita. Sedih tapi benar, Malaysia bukan negara yang selamat untuk anak-anak kita. Beringat sebelum kena. 


Salam takziah buat kedua ibubapa William.
Saya bersimpati dengan kehilangan ini.


:(

8 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

kan..kdg-kdg org lebih pandai berckp dari memahami situasi org lain..

Makbed Journal said...

betuitu... saya setuju dengan entry ni.


jom folo makbed meh meh.

http://makbedthejournal.blogspot.com

NenetPenne (NP) said...

yup, beringat sebelum kena...

.::puterism::. said...

Mrs. Eady, baik kita jaga anak-anak kita dari kita kepoh dok cari kesalahan orang. just my 2 cent.

.::puterism::. said...

MakBed Journal.
Jaga anak kita lebih baik dari menunding jari pada parents dia. dah la anak dah takde, orang sekeliling terus2 menghukum. kesian.

.::puterism::. said...

NenetPenne,
Berdoa juga minta dijauhkan dengan perkara seumpama ini. :(

Noina said...

Put,ku pun sama dgn situasimu. Nk isi minyak mesti kalut. Tgk kete. Huhu

.::puterism::. said...

Ina,
Percaya anak kita tak akan keluar sendiri tapi TAK percaya dengan orang-orang sekeliling.