Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

19/12/2012

Harga sebuah kesungguhan untuk "berdiri".


.... bagi Lope.

Selama ini, saya tidak pernah terfikir bagaimana saya belajar untuk berdiri dahulu. Masa saya kecik-kecik, dah-dah berjalan dan berlari dengan sendiri. Bila saya pandang Lope, baru saya terfikir. Sesuatu pelajaran yang diajar kepada Lope itu bukan senang untuk diterima, dipelajari dan diperaktikkan.

Untuk berdiri, sudah tidak terkiri berapa ratus kali Lope jatuh. Jatuh yang mengakibatkan kesakitan, bengkak kepala, menangis dan meraung. Hasilnya, setelah berusia 5 tahun, Lope 'baru' tahu macam mana nak berdiri. Itupun, masih ada perasaan gayat dan takut. Itupun dengan paksaan saya yang tak pernah putus. Itupun dengan pekikan saya "jaga diri", "kalau jatuh, sakit!" atau pun "mama takde kat sebelah Lope". Semuanya berbau ugutan dengan si anak.

Saya terpaksa.

Dalam mengajar Lope untuk berdiri, bukan dengan air liur sahaja, tak serupa sama sekali dengan Obiya. Saya sendiri terlupa, bagaimana Obiya memulakan aksi berdirinya kerana seawal usia 10 bulan, Obiya sudah mengatur langkah dan usianya genap 1 tahun, sudah berlari mengelilingi rumah kecil kami.

Kembali kepada cerita Lope untuk belajar berdiri. Sesungguhnya, anak seperti Lope mempunyai kesungguhan yang tinggi. Beratus kali jatuh itu mengajarnya untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi. Saya sering melihat Cik atau kakak-kakak saya ataupun sepupu-sepupu Lope yang 'kagum' dengan Lope kerana bila terjatuh sahaja, sikunya akan terus menongkat badan. Pantas. Itu semua kerana dia tidak mahu merasai kesakitan yang beratus kali dirasakan sebelum ini. 

Untuk membolehkan Lope berdiri, sudah beratus kali dia dihantar ke sesi fisioterapi, terapi cara kerja. Beribu kali juga badan kecilnya dipicit, diuli & ditekan untuk memberikan stimulasi kepadanya. Di tapak kaki, di betis, di peha. Di mana sahaja anggota badannya, you name it. Takde satu tempat pun tak pernah saya urut. Berapa ramai terapis yang sudah berjasa. Dari Hospital Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya, Rawatan Kak Raw, beberapa pusat fisioterapi sebelum saya tekad untuk menerima rawatan fisioterapi dan terapi cara kerja hanya di Great Life Rehab sahaja. 

Bab wang ringgit usah ditanya. Dalam rawatan anak seperti Lope, saya hanya mohon Allah murahkan rezeki Encik Bubu, rezeki saya sendiri untuk terus memberikan yang terbaik untuk Lope. Kalau mahu dibandingkan, ibubapa lain yang punya anak istimewa ada yang menjual rumah, mengambil loan dan berbagai lagi bagi menampung pembiayaan terbaik untuk anak-anak syurga mereka.

Hari ini, usia Lope 5 tahun dan 8 bulan. Masih belum mampu berdiri dengan sendiri. Namun, semakin baik dalam mengimbangi badan dengan sokongan yang sangat minima. Dalam position bersandar (belakangnya disandarkan ke dinding) Lope mampu bertahan selama 30 minit. Dalam position bersandar di hadapan (yang mana tangannya terpaksa menampung berat dan mengawal imbangan) Lope mampu bertahan selama 15 minit.

Mungkin ada yang tergelak kerana kebolehan ini menjadikan saya the proud mother :p 

Bila ada yang bertanya ...

"Eh, besar ni berdukung lagi?" atau pun 
"Bila nak berjalan?" 

Jawapan saya. "slowly but surely".

Usaha.
Istiqamah.
Berdoa.

Selebihnya, saya serahkan pada Allah. Sekiranya dia menentukan Lope tidak mampu berjalan sekalipun, tidak ada rasa kesal atau malu pun untuk mendukung dan mengkendong anak syurga ini sehingga ke akhir usia saya. Allah sayangkan saya dengan memberikan anugerah seistimewa Lope dan dengan itu, saya tidak akan sesekali hilang harapan terhadapnya. Mengapa harus menidakkan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu kerana dia tidak sempurna di dalam konteks kita.

Masih belum berjalan.
Masih belum bertutur.
Masih belum mampu berfikir.

Ia tidak menjadikan Lope cacat di mata saya, tetapi sangat istimewa.

Lebih istimewa kerana saya yakin, harga sebuah kesungguhan untuk berdiri itu terlalu mahal untuk Lope dan in sha Allah, saya akan membantunya sehabis daya mungkin.

 Dalam lautan bola. Lihat tangannya. Mungkin geli. Mungkin hilang imbangan badan. Sensori Lope dicabar. Taken on 29/01/2009. Sebelum Obiya dilahirkan.

 Bean ball. Di tarik, dilambung, diseret. Macam-macam lagi. Baik saya mahupun Encik Bubu, kami yakin, istiqamah akan memberikan hasil yang terbaik kelak.

 Swimming. atau lebih tepat bermain air. Ini antara aktiviti yang Lope suka cuma saya sangat-sangat takut Lope terjatuh dalam air. Maka, task ini sesuai diserahkan kepada Encik Bubu.

 Berdiri walaupun dengan bersandar. Waktu ini, Lope masih memerlukan pemantauan. Kiri kanan kena ada orang. Masa ni, Wan Yong dan Cik yang jaga :)

 Rawatan di Gedangsa dengan Mak Raw. Siap kena ada kain kuning. 

 Great Life Rehab - banyak kena torture :p

 Terbaru, hydrotherapy!

Dan, tiap kali pandang wajah ni, Saya yakin, hadirnya dia didalam rahim saya adalah dengan seribu satu kenikmatan menjadi ibu yang perlu kuat untuknya.

Sungguh rindu bau baby masa ni!

Panjangkan doa kalian untuk Lope agar dia terus kuat, bersungguh-sungguh dan tidak kenal erti jemu belajar sesuatu yang baru. Terima kasih kepada yang sudi mendoakan kami anak beranak.

:)

17/12/2012

Hidroterapi

Akhirnya, anak teruna saya ber-hidroterapi semalam. 

Kalau sebelum ini, dia dah kenal sangat dengan occupational therapy, physiotherapy & speech therapy, kali ni saya tambah satu lagi dalam jadual terapi dia. Memandangkan ini adalah first time, untuk 10 minit pertama Lope is having so much fun.

Mana tak fun, memang orangnya suka swimming pool. Even mandi setiap hari pun dia dah tergelak-gelak enjoy mandi dengan shower. Tapi, untuk 10 minit ajelah sebab the rest of 40 mins Lope kena "bekerja". Hehehe. 

To those yang rasa tak sure, apa itu hidroterapi. Hidroterapi adalah sebahagian daripada occupational therapy dan physiotherapy yang mana menggunakan air. Dari pembacaan saya,  hidroterapi ni menenggelamkan sebahagian badan ke dalam air, ianya berkesan untuk menguatkan otot-otot, meningkatkan imuniti badan & bagi anak autis, menenangkan mereka apabila berada dalam air.

Untuk Lope saya, menurut terapisnya, sebenarnya apa yang dibuat dalam air tu adalah sama dengan apa yang Lope buat dengan Kak Miza di Cova Square. Bezanya dalam air. Mungkin kerana adanya water pressure, saya lihat semalam Lope boleh bangkit lebih mudah berbanding bila kami buat di Cova Square. Bila tengok kemampuan Lope, lagilah saya bersemangat nak bawa dia ke sini ;)



Bila part hot bubbles tu, barulah Lope menangis ketakutan. Mungkin juga dengan bunyi yang kuat atau dia sendiri rasa tidak selesa bila direbus macam dalam steamboat kata abahnya. LOL!

Ini antara sesi Lope semasa ber-hidroterapi.


Ini masa mula-mula masuk pool ni. Muka happy lagi. Gelak lagi,


Ini masa dah tak berapa nak best sebab kena paksa "bekerja" ;)







Ini masa hot bubbles tu. Ini yang Abah dia cakap macam steamboat :p Lope memang menangis all the way la. Tengok orang yang pakai baju Angry Bird tu. Kesian dia takleh masuk pool. Dok tepi-tepi sentuh air macam tu pun jadilah.

 
 Kasi rehat kejap sebab melaung habis kuat. 

 Muka orang cuak sebab hot bubbles bising dan ada pressure :p

So, Isnin depan pulak appointment Lope. Kali ni di Kota Bharu sebab kami balik kampung :)



13/12/2012

Stress!

Rasanya macam baru je lagi bercuti tanpa gaji, tapi sebenarnya dah almost 4 bulan. Itu bererti, it has come to an END.

Stress!

Bila ingat kena bermula bekerja semula, mulalah serabut kepala nak fikir. Dah tak ada sesi terapi 3-4 kali seminggu untuk Lope. Dah tak ada peluang untuk anak-anak bangun pagi dan suara pertama yang diaorang dengar adalah suara Mamanya. Paling stress nak fikir, sampai ke saat ini, saya tak tahu lagi ke  mana harus ditinggalkan Lope.

Sepatutnya kami ambil maid, tapi ya Rabbi. Nak dapatkan sorang maid, kena bayar paling murah RM8K seketul, lepas tu tak confirm lagi boleh masuk ke tak. Katanya, maid dari Indon dibekukan buat masa sekarang ni. 

Stress!

Sebab rasanya nak dapat maid tu sangat kabur, makanya saya mula google sana sini. Saya mencari taska yang sesuai untuk Lope dan bukannya senang. Dalam Putrajaya/Cyberjaya ni tak ada. Susah nak jumpa taska yang boleh terima Lope. Ada beberapa taska/special needs centre yang saya google. Kebanyakkannya di area Subang Jaya/Shah Alam dan Petaling Jaya. Agak tidak praktikal untuk saya berkejar ke sana pada waktu pagi dan patah balik ke Putrajaya, Tidak praktikal dari segi masa, tenaga dan RM. 

Stress!

So, sekarang ni.. saya perlukan seorang pengasuh yang mampu datang setiap hari ke rumah saya. Kenapa saya memerlukan orang menjaga Lope di rumah kerana rumah ini dihias sesuai dengan keperluan Lope dari ruang santai hinggalah ke toilet. Paling penting, dia juga dah tahu selok beloknya. Dia tahu di mana harus dia bangun berdiri, dimana tempat bahaya dan di mana fave. spotnya untuk tidur.

WANTED!
PENGASUH UNTUK LOPE
Lokasi: Presint 14, Putrajaya.
Job Description:
* Hanya perlu pastikan keselamatan Lope
* Menukar lampin bila perlu
* Pastikan Lope berada dalam keadaan bersih
* Suapkan makan (makanan akan disediakan cuma tolong panas dan suap)
* Bekerja dari jam 8am - 6pm , Isnin hingga Jumaat
* Gaji minimum RM600.

Berminat? Email me puterinuur@yahoo.com.

Budak yang perlu dijaga :)

05/12/2012

Puncak Rimba

Dengar nama macam scary je kan :p

Sebenarnya, sejak 2 bulan lepas lagi FIL dah booking kami anak beranak untuk join gathering sekolah lama dia. Selaku menantu yang baik (eheh!) saya tidak membantah. Encik Bubu pun pada masa yang sama tak kemana pada tarikh tu. Apa salahnya saya sekali lagi menjejakkan kaki ke Puncak Rimba. Kali pertama dulu pada tahun 2009. Masih segar dalam memori ni terdengar aliran air sungainya, keindahan chalet dalam hutan rimbanya dan fresh makan buah-buahan dari kebunnya. Masa tu musim buah manggis dan rambutan.

Menariknya kali ni, FIL extend invitation pada Yong dan Kak Yan juga. The more the merrier kekdahnya. Too bad, Kak Yan tak dapat join sebab orang nak complete PhD memang busy on weekdays. Pada hari kejadian, FIL dah keluar awal pagi. Kami 2 family jam 2 petang baru gerak dari Putrajaya. >.<

Sampai kat sana, Yong macam tak confident sebab jalan nak masuknya macam scary. Berliku-liku. Tambah pulak, ada tanah runtuh. Complete, kan? :p Tapi, bila sampai aje kat sini, barulah Yong tahu betapa awesomenya Puncak Rimba :) Mula-mula sampai, kami dijamu dengan nasi dagang kelantan & kambing golek. Durian juga ada, dihidangkan secara mewah. Muahahahha.

Malas nak cakap banyak, nak tempek je gambar-gambar semasa kat sana.

Ini adalah chalet kami. 2 buah katil king & dilengkapi jacuzzi.

 Itu Lope kat dalam chalet tgh tunggu Mama ambik pic.

 Wakaf 

 Jacuzzi!

Mind you, ini adalah toilet :p
Scary je nampak, kan? Especially kalau nak terkucil tengah malam.
Yang nampak macam anak sungai itu adalah longkang ye kengkawan :)
Awesome, kan?

Ada lagi yang lebih scary. Lebih unik.

Shower dalam toilet!
Juga di sebatang dahan pokok :)
Macam takut je nak mandi kat sini :p


 Ini katil kami. 2 king bed. Si Lope still dalam position sama. Tengah blur tgk tempat baru :p

Depan jacuzzi ada 2 cermin yang rasanya macam dalam cerita Alice in The Wonderland!

Itu cerita chalet saya. Petang tu, Encik Bubu dah bawa Obiya dan my nephews pegi mandi pool dan sungai. Saya dan Yong malas nak join. Bukan apa, sebab saya nak suap, mandikan Lope. So, biarkan diaorang aje yang berkubang dalam air. Bila diaorang balik, Encik Bubu ceritalah, kat atas sana lagiii cantik. Sebab tak tengok sendiri, jadinya malas nak komen. Malam tu tido lena selepas kenyang dinner dengan ikan hasil tangkapan kat sungai oleh kawan-kawan my FIL. Buat asam pedas lagi, Sedap. Oh, kenyang dan lena tido sebab Harimau Malaya menang ke atas Indonesia juga ;)

Esoknya kami bangun awal dan kami orang yang makan dahulu. Breakfast orang yang tidor dalam kebun adalah awesome. Haruslah dengan buah-buahan.

Musang king u olls! Baru kutip dari kebun subuh tadi. Heavennya!


Ini buah sampingan yang ada. Sebenarnya, bukan ini aje. Ada lagi nasi goreng, hotdogs, etc.

Lepas kami dah kenyang makan, barulah kami naik ke nun di atas. Sebab nak bawa Lope swimming kekdahnya. Ye ke Lope?

Nampak macam Mama lebih excited dari Lope disitu!

Memang kat atas lebih cantik. Atas tu sebab kat atas bukit. Kami nak naik ni kena naik dengan buggy kalau tak mama semput noks!







Awesome, kan? :)

Sebelum saya habiskan cerita ni, Puncak Rimba is a private property who owns by FIL's friend. Owner dia buat tempat ni khusus untuk family and friends sahaja. Sebab dah ramai yang tanya, ini bukan chalet. So, kalau rasa nak datang bercuti ke Puncak Rimba, saya minta maaf melainkan memang korang kenal owner dia :)

Itu saje weekend kami yang lepas. Terima kasih Puncak Rimba sebab kami balik pun dibekalkan lagi dengan buah-buahan penuh 1 kereta :)