Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

21/11/2012

Hug me, no?

Minggu lepas, Cik datang dari Kelantan. Datang seminggu je dengan CC anak beranak, pusing KL kat rumah anak-anak yang rindu gile kat Cik. Sempat la Cik tido kat rumah semalaman. Bila Cik datang ke rumah, tumpuannya mestilah pada cucu-cucu dia yang 2 orang itu.

Saya agak tertarik bila Cik highlight yang Lope "membenarkan" dia dipeluk oleh Cik secara aman. Baru saya perasan, 'perasaan' itu ada pada Lope. Untuk makluman, selama ini Lope memang tidak suka dipeluk dan ini adalah salah satu lumrah anak autis. Selalunya apabila dipeluk, Lope akan menolak dan cubaan melarikan diri tapi akhir-akhir ini Lope membiarkan dan memandang wajah orang yang memeluknya.

Seperkara, hanya orang yang dia familiar sahaja yang dia akan peluk. Ibu/bapa saudara & sepupu-sepupu selalunya tidak ada masalah. Tapi kalau dengan orang yang Lope tak kenal atau jarang bersua, anak mama akan sombong dan menolak untuk dipeluk.

Specialnya bila saya yang memeluk Lope.

Responya dengan penuh senyuman manis di wajah, gelak ketawa yang berpanjangan dan Lope akan membalas pelukan mama sambil kemudiannya menarik rambut mama sekuat hati atau cubaan menarik spec.

Bagi saya ini sweet :)

Sweet sebab Lope peluk Mama balik. Abaikan rasa sakit rambut kena tarik atau spec yang terpelanting jatuh, apa yang penting Lope tidak "sedingin" dahulu.


Okey. Itu aje. Hari ni tak boleh tulis panjang sebab super pack kena uruskan beberapa hal yang super urgent. Nanti ada masa, saya update lagi. Banyak benda nak report pasal Lope kat blog ni. Rasanya, cuti ini sangat berbaloi untuk saya dan Lope :)

Till then, take care. 

09/11/2012

Recharge semangat.

Rindu nak pegi office. 

(Heh!)

Tapi bila pandang muka tulus mulus Lope. yang saban hari semakin aktif berjalan dengan menggunakan lutut dan petahnya mulut Obiya berceloteh mengenai seribu satu perkara melalui pemerhatiannya, terus rasa nak masuk pejabat tu lenyap.

Lenyap sama sekali tau =p

Sebenarnya ada sedikit rasa bersalah dengan Boss dan kawan-kawan di pejabat. Rasa bersalah sebab Boss sangat-sangat baik. Sangat-sangat memahami. Kawan-kawan kat pejabat tak payah cakap la. 3 serangkai di sayap kiri pejabat tu sangat kesian dengan workload yang bertambah dari sehari ke hari. Sorry korang. Antara kerja dan keluarga, saya terpaksa memilih keluarga.

Sebab tu ramai ibu yang ada anak istimewa memilih untuk berhenti kerja. Menjaga sendiri dengan tangan sendiri. Dengan kudrat sendiri. Saya sentiasa mengidam untuk melakukan perkara yang sama dan 3 bulan yang telah saya lalui kini cukup indah. Menjaga, membesar dan menguruskan keperluan keluarga terutamanya Lope sendiri.

Saya kenal ramai ibu yang berkorban apa sahaja untuk anak-anak istimewa mereka yang saya jadikan sumber inspirasi dan contoh. Wanita pertama yang membuatkan saya kagum adalah Jiey. Kalau ada sesiapa yang tidak mengenalinya, baca coretannya di Kerna Kasih Kita - perjalanan kisah Rayyan Arif yang istimewa.

Selepas berkenalan dengan Jiey, saya temui pula Ina. Juga saya kagum dengan semangat juang seorang ibu membesarkan anak dengan pelbagai terapi, kaedah dan usaha. Baca catatan ibu ini di Kasihku Buat Nabila - kagum okey. Sebab macam-macam dia buat untuk anaknya Nabila.

Ketiga, dengan Kak Afidah. Ibu kepada Aiman. Saya baru jumpa blog Kak Afidah ni semalam, sebelum ni banyak berbalas komen dan berbual di FB sahaja. Kagum. Sedih. Rasa mereka wanita besi. Baca sendiri catatan Kak Afidah di Timang Tinggi-Tinggi. Saya rasa jauuhhh lagi pengorbanan saya nak sampai ke tahap mereka bertiga.

Ini baru 3 orang ibu yang saya kenal. Masih ramai lagi ibu-ibu yang hebat disana. Saya berterima kasih dengan alam maya yang memperkenalkan kami semua. Di Facebook contohnya, saya  join beberapa support  group yang dianggotai oleh kebanyakkan ibubapa yang mempunyai anak-anak istimewa. 


Gangster Mama =P

Saya yakin semua wanita yang bergelar ibu akan melakukan apa sahaja untuk anak-anaknya. Itulah naluri istimewa seorang wanita yang Allah berikan untuk ibu. Ibu kepada anak tipikal akan mempersiapkan anaknya untuk menghadapi dunia, tetapi ibu kepada anak istimewa akan mempersiapkan dunia untuk anaknya. Itulah yang cuba saya lakukan. Saya rela bergolok bergadai, miskin harta tapi dapat memberikan perubatan, terapi dan segalanya yang terbaik untuk Lope. 

Saya rela bekerja tidak dinaikkan pangkat.
Saya rela bersusah siang malam untuk uruskan Lope.
Saya sanggup memandu sejauh manapun bagi urusan terapi Lope.
Saya yakin usaha saya yang berterusan dan istiqamah ini akan membuahkan hasil.

Sikit atau banyak. 
Susah atau perit.
Siang atau malam.
Berat atau ringan.

Semuanya untuk sebuah kasih sayang dalam hati ini untuk budak ini.


Pandang wajahnya.
Tatap matanya.
Peluk dan cium anak ini.
Rangkul sepuas mahu.

Saya yakin semangat saya akan re-charge kembali bila saya dalam keadaan susah. Saya yakin dialah semangat saya dan saya yakin dengan menulis entry sebegini juga ibarat meniupkan semangat ke dalam jiwa saya bahawa masih banyak yang perlu saya lakukan untuk Lope. Insya Allah. Semoga Allah mempermudahkan, memperluaskan dan membuka laluan yang terbaik untuk saya dan Lope.


08/11/2012

Katil & tidur sendiri.

Semenjak Lope di asingkan tidur sendirian, Obiya tak putus-putus complaint minta dibelikan katil untuknya. Bila isu katil disentuh, mulalah ayat ini yang keluar dari ulas kecilnya.

"Mama ade katil. Abah do (tido)  dengan Mama. Lope ade katil. Cian Phia. Phia tak de katil"

Kesian dengan orang yang takde katil, maka sebelum ini tidurnya berkongsi dengan Lope. Kesian tau, dah lah Lope tu panjang. Si adiknya pula lebar. Bila pagi je, saya tengok Lope dah berada dihujung kaki katil dan si adik dengan bahagianya conquer katil abang tanpa rasa bersalah.

Kesian dengan budak berdua, dan kami yang berpindah ke rumah baru ni. Maka, ruang bukan lagi masalah untuk mereka berdua. Abahnya pun tunaikan la janji untuk beli katil untuk si Obiya. 

Disebabkan bilik mereka yang memanjang, dan saya memang berkenan dengan katil Niadel anak-anak Alyani, maka saya pun beli juga katil single tapi kat bawahnya ada pull-out. 


Mengikut perjanjian, si adik tidur di bawah dan si abang di atas. Adik cakap OK. So, bermulalah siri tidur sendiri di bilik dan bukan di bilik Mama. Mula-mula, Mama yang tak lena tidur, Terjaga setiap 1 jam, kot-kot ada orang jatuh katil. Sayangnya, 2 jam pertama si adik tak lena tidur.

Macam-macam permintaan.

Nak susu.
Nak gosok perut (dia suka sebelum tidur)
Nak Mama baca quran.

Tak pun.

Phia lapar.
Phia takut.
Kat sini ada hantu.

Last sekali dia cakap, "tidur dengan Mama la senang"

o_O

Dah 2 minggu dan masih gagal nak tidur sendiri. Tengah malam je, kami jadi bertiga tidur kat atas katil. Dia datang la menyelinap. Kesiannya kat si Lope la. Tak boleh lari ke bilik Mama sebab tak boleh berjalan lagi :P

Ada masanya, saya yang tidur di bilik Lope.

Agak-agaknya, macam mana nak disiplinkan dia tidur di bilik sendiri eh?

Orang yang ditinggal sendiri. 
Si adik sedap menyelit tidur dengan Mama dan Abah. 
Tinggallah sensorang.