Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

19/10/2012

12 Oktober. Mimpi Aboh.

Hari ini 19 Oktober tau, bukan 12 Oktober. 
12 Oktober tu minggu lepas.
12 Oktober tu birthday Aboh.

:')

Malam Jumaat. Malamnya hujan renyai-renyai. Bumi Putrajaya disirami hujan. Sejuk. Malam itu juga, saya tidur lebih awal dari biasanya. Alhamdulillah. Malam itu juga adalah hari ulang tahun kelahiran Aboh. Andai Aboh masih ada, dah 71 usianya. 

Malam itu, saya bermimpi bertemu Aboh. Masya Allah, rindunya. Dalam mimpi itu, saya tidak tahu bagaimana rupa saya, namun Aboh kelihatan muda, berisi dan ceria. Rupanya persis sewaktu kami berada di Alor Star dahulu, lingkungan tahun 1985-1986. Waktu itu, usia saya 3-4 tahun. Begitulah saya nampak Aboh. Kami tidak berbicara. Umpamanya, berada dalam satu rumah. 

1985 - Alor Setar
Gambar di ambil sebelum Aboh berangkat ke London.
Cukup kami 8 beradik - 4 Megat & 4 Puteri :')

Sukar nak saya ingat kembali mimpi itu. Namun, saya tersedar dari tidur jam 3.20am. Malam jumaat, malam kelahiran Aboh. Masya Allah. Saya bangun dan mengambil wudhuk. Selepas solat hajat sunat 2 rakaat, saya buatkan tahlil ringkas untuk Aboh.

Mungkin Aboh "meminta" hadiah hari lahir istimewa dari saya. Lazimnya, 2-3 tahun sebelum Aboh pergi, begitulah saya treat Aboh. Saya akan pulang ke Bukit Marak pada hujung minggunya dan akan ajak Aboh makan dimana sahaja Aboh suka. Aboh suka makan. Makannya semua mewah belaka. Itu yang anak bongsu Aboh jadi macam ni :P 



Rindunya pada Aboh. Rindu serindu-rindunya. Saya harap, kiriman istimewa di hari lahir Aboh yang lalu mampu membuatkan Aboh tersenyum. Saya yakin, abang-abang/kakak-kakak saya yang lain pasti menghantar banyak kiriman doa untuk Aboh. 

Berehatlah kat sana Aboh. Sekali sekala, jangan lupa jenguk anak-anak Aboh yang selalu merindukan Aboh ni. Kami kat sini masih struggle mengimbangi kiri dan kanan dengan harapan kita dapat bertemu selepas ini.

Selamat hari lahir, Aboh sayang : 1941 - 2007
Alfatihah.

18/10/2012

Aiman itu anak syurga.



Sebelum saya bercerita panjang, jom sedekahkan Al-Fatihah buat anak syurga yang saya dah anggap macam anak sendiri - Mohd Ammar Nazif a.k.a Aiman telah kembali ke rahmatuallah pada 30 September 2012. Kepulangan Aiman ke taman syurga adalah kehilangan kedua buat keluarga besar kami selepas Alanna Qish :(

Kasih sayang Allah mengatasi kasih sayang kami semua buat Aiman. Yakin yang Aiman kini sudah bergembira di taman firdausi. Saya doakan agar ketabahan dan kecekalan untuk menempuh hari-hari mendatang buat Zali & Ida. Masih teringat selepas 2 hari arwah kembali, Zali masih sugul, Masih nampak wajah Aiman dimana sahaja.

Manakan tidak.

Anak yang didukung saban waktu. Anak yang lahir dari rasa cinta suami isteri. Manakan tidak bila tiadanya dia tidak terasa kehilangan. Saat itu juga, saya mensyukuri nikmat Allah kerana masih memberikan pinjaman anak-anak buat saya, Amanah untuk saya menjaga, mendidik, mengajar dan menumpahkan sepenuh kasih sayang buat mereka.

Sementara masih diberi peluang.

Saat saya menerima perkhabaran Aiman telah kembali, saya peluk Lope erat-erat. Waktu itu, Lope masih didalam tidurnya. Saya tatap puas-puas raut wajahnya. Saya bersyukur, setiap kali saya membuka mata diwaktu pagi, Lope & Obiya masih ada dengan saya. Saat itu juga saya bersyukur, kerana anak kecil saya masih bersama.

2-3 hari sebelum ini, Zali masih menyatakan kerinduan buat Aiman. Saya tidak memberi sebarang komen. Setelah 2 minggu Aiman tiada, pastinya rindu itu akan menjadi makin menebal. Saya sudah 2 kali menghadapi kematian orang yang rapat. Pertamanya, abang saya - Uda dan keduanya ayahanda tercinta.

Kesannya, hingga kini. 

Rindu di hati pada mereka tidak pernah surut. Jika itu kasih sayang di antara abang- adik dan anak-ayah, manakan pula kasih sayang seorang ayah/ibu terhadap anaknya. :(

Buat Zali dan Ida.

Ini adalah satu kehilangan yang sangat perit untuk diterima. Yakinlah, Allah adalah perancang terbaik untuk korang berdua. Yakinlah, Aiman berada didalam jagaan bidadari-bidadari syurga yang menyayanginya sepertimana kita menyayanginya. 

Insya Allah, kami sentiasa ada untuk kalian berdua. Ada atau tanpa Aiman, kita masih satu keluarga. Allah menyayangi kalian berdua, diberikan pinjaman Aiman dan memberikan saham akhirat yang tinggi nilainya setelah pinjaman itu ditarik balik. Yakinlah, suatu hari nanti kita semua akan bertemu kembali.

Dalam kenangan.






Duhai bidadari syurga. Jagailah anak ini disana. Insya Allah. Suatu hari nanti, kami diberi peluang bertemu kembali. Anakanda Aiman, bermainlah sepuas-puasnya. Bergelak ketawalah sayang. Berlari sahaja ke mana kamu mahu. Jangan lupa jenguk kami disini sekali sekala.

Alfatihah.


P/S:

Dua tiga menjak ni saya dah lupa yang saya ada blog :P

Bila post gambar kat FB/Instagram, mulalah rasa nak tulis panjang-panjang, bercerita itu ini. Time tulah baru ingat saya ada blog. Masalahnya, tak sempat masa nak update kat sini, Tapi, hari ni terjumpa masa sket sebab budak-budak still in bed :)