Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

20/09/2012

Cuti Tanpa Gaji :-)

Semalam Big Boss kat office saya bagi kegembiraan kali kedua :)

Terima kasih ye Encik Ahmad Nazri :) Oh, tak lupa juga my immediate Boss Encik Zaini. Korang berdua bukan aje boss, tapi awesome daddy. Mungkin boss sekalian tak tahu macam mana rasanya saya berhempas pulas nak besarkan Lope tapi dengan apa yang boss dah buat ni, mungkin satu hari nanti, boss akan nampak budak lelaki muka mat salleh datang office berjalan sendiri dan bukannya duduk dalam stroller. 

Who knows, kan? ;)

Sebetulnya, sebelum ini saya mengambil cuti selama 2 minggu. Pejam celik pejam celik, dah habis cuti tu. So, saya sambung balik. Kali ni lebih lama. Mula-mula cuak jugak kot-kot Boss cakap tak boleh sebab Big Boss tak reply email saya :p Tapi, rupanya dia ok aje.

Yieha!

Sempat jugaklah 2 hari Lope jadi pekerja baru di office mama. Pekerja yang bila orang datang bilik mama orang akan tegur. Kiranya sebagai penyeri. Lope behave so well. Tak menangis walau mengantuk, nak susu or tak selesa. Sampaikan saya tidurkan dia kat atas sofa pun takpe. Well, sejuk kot office mama, so takde alasan sangat nak bising.


Saya sebenarnya bersyukur dengan sokongan dan keprihatinan rakan-rakan di pejabat. Selain saya selalu rasa bersalah sebab workload kat office makin menggila since saya bercuti dan boss sendiri tak menang tangan nak buat kerja, saya rasa sangat tak kena. Tapi, kerja dan keluarga, saya tetap memilih keluarga dahulu. Suami dan anak-anak is my priority in life. 


Sebenarnya, budak ni lah keutamaan saya :) Budak ni yang masih belum berjalan, belum bercakap ini memerlukan usaha gigih dan jitu sang ibu untuk membantu. Saya tahu Lope gigih berusaha, tetapi kegigihan Lope tidak cukup sekiranya saya tidak memaksa, menekan dan membantu. 


Orang dikiri dan kanan saya ini adalah cinta saya. Kebahagiaan saya. Madu saya. Racun saya. Semuanya dalam satu yang membentuk hidup saya. Untuk orang disebelah kanan saya, terima kasih kerana memberi peluang keemasan ini untuk saya menjaga Lope dan orang disebelah kiri saya, teruskan dengan aksi dan keletahmu yang menawan itu. Sesungguhnya Obiya adalah pelengkap segalanya kepada perkataan "manjadi ibu" dalam diari hidup saya.

Semga Allah permudahkan jalan kami sekeluarga. 


14/09/2012

Great Life Physiotherapy & Rehab

Salah satu perancangan mengambil cuti menjaga Lope adalah buat home therapy. In order nak dapatkan ilmu buat terapi kat rumah, jadual wajib Lope adalah pegi terapi 2 kali seminggu di Great Life Physiotherapy di Cova Square, Kota Damansara. 

Sesi kami berjalan lancar dan Lope seperti sedia maklum akan menangis sebaik sahaja badannya disentuh dengan urutan dan warm-up oleh therapist. Selepas 2 kunjungan ke sini, nampak gayanya tangisan yang  keluar itu adalah tangisan drama semata-mata =p

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya membawa Lope ke sesi fisio selain dari Hospital Putrajaya. Sebelum ini, saya pernah membawa Lope ke satu pusat terapi di Bangi namun saya kecewa apabila tempat berkenaan yang tamak dan mengharapkan keuntungan semata-mata. 

Katanya, kes-kes kanak-kanak OKU ini "susah untuk dibuat" memandangkan mereka ini hyper dan perlu ambil ubat penenang dari hospital bagi mengawal ke-hyper-an mereka. Saya terang-terang pangkah. Ambil ubat penenang? Saya tahu Lope, dia bukanlah hyper sangat pun. Masih boleh "dirunding" tapi sebagai therapist dia haruslah mengenali Lope terlebih dahulu.

Di Great Life Physiotherapy, saya gembira kerana 2 orang therapist yang in-charge Lope memang friendly dan tak mengenal bosan dengan kerenah Lope. Lope pekik ke, nangis ke, meraung ke or even tendanglah mereka, Lope tetap tak boleh nak skip jugak sesi terapi.

Mama sukaaaaaaaaaa =)

Tapi, inilah Lope sepanjang sesi berterapi - ditemani air mata, jeritan dan drama =p



Dalam satu-satu masa, 4 orang yang in charge untuk terapi Lope. Mana lagi nak pegang orang yang meronta, berat badan yang membesar dan sesi drama-drama bagai. Sedih tengok dia menangis, tapi bukan senang nak senang, Lope.

Tak mampu berlari, aku berjalan.
Tak mampu berjalan, aku merangkak.
Tak mampu merangkak, aku mengensot.
Perlahan-lahan ku lakukan, sampai jua.

:)

Aja-aja fighting, Lope!

13/09/2012

Obiya HILANG!

Sumpah!

Obiya hilang untuk 15 minit.

15 minit yang buat saya panik.
15 minit yang buat saya rasa tercabut jantung.
15 minit yang buat saya menghargai Obiya berjuta kali ganda daripada hari ini.

Isnin lepas, semasa saya membawa Lope ke Great Life Therapy saya membawa sekali Obiya. Ini merupakan kali kedua kami bertiga ke sini. Kunjungan kali pertama, semuanya okey belaka. Kali ini, Obiya seperti biasa.

Sebelum datang, saya sudah banyak kali brainwash si Obiya. Berjalan kena sebelah mama, kena tolak stroller Lope etc. Bila ditanya, understand? Dia jawab understand. Nak dijadikan cerita, Isnin lepas memang satu pengalaman untuk saya dan Obiya.

Bukan Obiya tidak mendengar kata, cuma dia terlalu cepat. Kejadian berlaku tatkala saya, Lope dan Obiya menunggu lif untuk naik ke tingkat 3A. Waktu itu kami di tingkat 3. Nak dijadikan cerita, dia masuk terlebih dahulu daripada saya dan pintu lif terus tertutup. Untuk 2 saat pertama, saya panik. Tidak ada apa-apa tindakan yang saya buat.

Kemudian, barulah saya terpekik nama Sophia! 

Dalam keadaan panik tu, saya tak tahu mana nak fikir. Nak kejar Obiya dengan naik tangga tapi saya stuck sebab Lope dan stroller bersama saya. Mana mungkin saya meninggalkan Lope! Saya terlompat-lompat menunggu lif seterusnya. Mujurnya, bangunan Cova Square mempunyai ruang terbuka ditengah. Setiap kali pintu lif terbuka, saya terdengar Obiya menangis dan menjerit nama "Mama!!!"

Waktu kejadian, saya panik. Saya tak dapat tentukan, dari mana arah suara Obiya datang. Saya terpekik, terlolong memanggil nama Obiya macam orang gila yang mana menarik perhatian akak-akak yang menjual minuman disitu. Dia yang prihatin bertanyakan kepada saya kenapa.

Apabila diberitahu anak saya dalam lif dan tak tahu lif naik ke mana atau dia dimana, akak yang itupun naik panik juga dan terus membantu. Nasib saya baik, kerana ada juga student MAHSA College yang bertanya dan membantu serta mencarikan Obiya.

Waktu itu, saya terbayangkan kes Sharlini. Saya takut, sekiranya Obiya ditemui oleh orang-orang yang berniat jahat. Memimpinnya jauh membawa dia keluar dari bangunan itu. Sesekali apabila saya terdengar sayup-sayup suara Obiya menangis dan menjerit nama "Mama!" bermacam-macam gambaran yang terpapar di fikiran saya.

Kenapa suara Obiya sayup-sayup?
Ada orang tarik dia ke?
Ada orang tutup mulut dia ke?

Nauzubillah!

Dan, Obiya terus menangis dan menjerit. Kali ini, barulah bunyinya jelas dan tidak putus-putus membawa kepada penemuannya.

Dia berada di tingkat 5.
Di depan pintu lif.
Menangis dan meraung memanggil nama Mama.
Tangannya menggigil sambil memegang Barbie doll.

Apabila ternampak sahaja saya, terus dia berlari dan memeluk saya. Begitu juga dengan saya, memeluk dan mencium Obiya. Satu kelegaan hadir dalam hati. Satu kebahagiaan meresap, Satu kenikmatan dan kesyukuran yang tidak terhingga. Melihat Obiya yang menggigil, ketakutan dan menangis teresak-esak tidak sampai hati saya untuk berkata apa-apa kepadanya. Hanya pelukan erat sahaja yang saya berikan.

Setelah yakin dia sudah memperoleh sedikit kekuatan, barulah saya bertanya apa sebenarnya terjadi. Pada hemah saya, kenapa saya mendengar suara dia menjerit sayup-sayup pada sesuatu masa adalah kerana terbuka dan tertutupnya pintu lif. Nasib baik lif berkenaan tidak turun ke basement atau dia pulak dengan beraninya memilih untuk keluar. Saya rasa, kenapa Obiya keluar di tingkat 5 adalah kerana suasana dan dekorasi tingkat 5 adalah sama dengan tingkat 3 dimana kami sedang menunggu lif. Mungkin dia merasakan Mama ada disitu.

Selepas insiden itu, ada sedikit rasa trauma pada saya dan Obiya. Setiap kali kami ingin masuk lif, dia akan memegang tangan saya. Begitu juga saya. Setiap kali masuk lif, tangan kanan saya menolak stroller Lope dan tangan kiri memimpin Obiya. Malah, Obiya sendiri seperti tidak berani berjalan berjauhan dengan saya. 

Terbayang akan perasaan ibubapa lain yang kehilangan anak-anak mereka. Masya Allah. Dugaan besarnya. 15 minit kehilangan Obiya buat saya gundah gulana. 15 minit yang penuh dengan perasaan cemas, takut dan panik.

Saya ingin berterima kasih kepada akak yang berbaju oren di Cova Square, Kota Damansara pada 10 September 2012 sekitar jam 4.00 petang. Juga, sekumpulan pelajar MAHSA College yang terserempak dengan saya di lif yang turut membantu. Juga, pakcik cleaner di tingkat 3 yang membantu saya. Sesungguhnya, saya tidak mampu membalas jasa baik dan pertolongan kalian semua. Berhutang budi yang tidak mampu saya balas dengan wang ringgit. Terima kasih.

Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan anak ini.

12/09/2012

Cerita raya, kehidupan baru, jadi single parent dan siri demam dua beradik.

Akhirnya, selepas sebulan baru sempat buka blog. 

Phew! Rindunya nak menulis. 

Tiap-tiap hari pasang niat nak update blog tapi kehidupan hari ini yang sangat busy 24/7 ni sangat mencabar. So, tengah sort gambar-gambar untuk buat update yang tertangguh.

1. Cerita Raya

Rasanya sempat lagi kot nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Dikesempatan ini, nak minta maaf andai selama menulis ni ada yang tersilap, terkasar bahasa sampai ada yang sentap bagai. Maafkan saya.

Cerita Raya kami tak ada yang awesome mana pun. Kami sekeluarga pulang beraya ke Bukit Marak di rumah Cik 2 hari sebelum raya. Alhamdulillah, sempatlah berbuka puasa dengan Cik di rumah. Raya tahun ni memang sederhana sangat bagi kami memandangkan rumah Cik yang tengah renovate tak siap sepenuhnya lagi. Tiada acara makan-makan macam tahun-tahun sebelum ni. 

Saya sendiri cuma berkunjung ke rumah-rumah bapa/ibu saudara sahaja. Raya tahun ni tanpa Bibik agak membataskan pergerakan kami. Tapi, dalam tak sangka kami tak pergi banyak rumah beraya, duit raya 2 beradik ni cukup kencang. Kalah tahun-tahun sebelum ni. Eheh!
 Adik dan Abang di pagi raya. Tampil sedondon :)

 Keluarga kecil kami. Tak ada gambar raya yang proper. Tunggang terbalik kot =p
Kami kembali semula ke Putrajaya pada 5 Syawal dan bersinggah sana sini di Kuala Terengganu dan Kuantan di atas beberapa urusan rasmi. 7 Syawal baru sampai sepenuhnya di Putrajaya =p 

2. Kehidupan bermula 1 September

Setelah saya da Encik Bubu berfikir panjang, menimbang baik dan buruknya, saya mengambil keputusan bercuti tanpa gaji. Masya Allah, bukan senang untuk saya diberi petunjuk untuk mengambil keputusan ini. 

Tak pegi office, inilah dunia saya. Kena sental, kemas, basuh, cuci dan etc. 
Penat tapi sangat-sangat menyeronokkan!

Sepanjang ketiadaan Bibik, saya dan Encik Bubu bergilir-gilir menjaga Lope. Kalau sebelum ini saya menghantar Lope ke sekolah dan Obiya ke playschool, kerana di atas beberapa faktor, Lope tidak dihantar. Saya akui saya mempunyai sedikit masalah untuk meletakkan kepercayaan kepada pihak sekolah. Beberapa pusat jagaan untuk kanak-kanak istimewa telah saya kunjungi dan tiada yang sesuai untuk Lope dikawasan sekitar Bangi/Kajang/Putrajaya/Cyberjaya.

Sepanjang bulan puasa juga, berapa kali Lope dibawa sama ke office sampai naik malu kat boss dan colleague. Nasibnya baik Lope behave tapi nak tak nak, adalah juga meragamnya. Saya sendiri langsung takde kosentrasi di pejabat. Dalam fikiran ni semuanya mengenai hal anak-anak dan rumah sahaja. Tidak adil rasanya untuk saya terus bekerja.

Bercuti tanpa gaji kerana menjaga Lope adalah sesuatu yang dah lama saya impikan. Saya memang meletakkan harapan yang tinggi sepanjang tempoh bercuti ini untuk menggunakan masa semaksimum mungkin untuk fokus kepada home therapy programme. Target saya, menjelang tahun hadapan : Lope mampu berjalan. Masya Allah, tabahkan, kuatkan hati dan semangat kami berdua. 

Terima kasih Encik Bubu kerana memberi peluang ini kepada saya :) Bagi chance saya jadi fulltime housewife merangkap home manager yang incharge domestic affair such as kemas rumah, masak memasak, urusan anak-anak or dalam erti kata lain bibik sejati =p dan therapist dan nurse :)

Memang penat buat kerja rumah tapi puas hati dan sangat enjoy :)

3. Menjadi single parent untuk 6 hari & siri demam 2 beradik

Merasalah jadi single parent selama 6 hari bila Encik Bubu pegi out-station ke Cebu, Filipina baru-baru ni. 6 hari menjaga budak-budak ni seorang diri. Pergh! Memang salute kat single parent sebab mampu harung membesarkan anak sendiri. 

Lebih nak best, hari ke 4 Obiya demam. Demam sebab rindu kat Abah kot =p Bila dia demam, kesian tengok kat si Lope sebab dia memang boring. Kejap-kejap, dia datang tarik rambut adik dia. Bila adik mengaduh sakit, bukan main ceria lagi muka dia sebab happy adik bersuara.



Bila dia asyik kacau adik, saya bertanya "Lope rindu adik ke?" dan seperti biasa takde respon. Bila saya cakap "Kalau rindu adik, panggil la adik.. adik.." dan dia dalam senyum nak melompatnya sebut "dik-dik" . Terkejut jugak saya dengar. Ini bukan kali pertama Lope menyebut apa yang saya suruh. Kali ini saya yakin, ini bukan kebetulan tapi memang dia mampu bercakap :D

Bila Abah dia balik, bersambung pulak Lope demamnya. Aduhai, memang tak rest la saya jadi nurse. Kali ini demam Lope memang teruk sampai 40.2! Memang runsing bila tengok Lope terkulai layu - lembik sebab badan panas membara. Lepas bagi ubat, sponging dan paksa minum air zamzam, Lope nampak OK. Tapi, takde selera makan.

Bila dibawa jumpa doktor buat kali kedua, sebab ingatkan dia ulser mulut ke apa, tapi doktor cakap semuanya OK. Alhamdulillah, walaupun dalam masa 2.5 hari, Lope hanya minum 350ml air zamzam, badan dia tak dehydrate. Kata Doktor, sebab air zamzam yang mempunyai banyak zat mineral tu mampu tampung keperluan badan. 

Bila diberitahu Lope tidak mahu makan dan minum, Doktor tanya "ada marah dia ke?" Saya agak tersentap sebab malam sebelum itu memang saya ada marah Lope. Marah sebab dah tension sangat dia tak nak makan/minum. Rupanya, Lope merajuk =p

So, bila balik tu, saya slow talk dengan Lope. Saya minta maaf sebab marah Lope dan explain kenapa Mama nak Lope makan dan minum. Seperti yang saya jangka, Lope buat dunno aje tapi saya yakin, dia dengar dan faham penjelasan saya.


Esoknya, semuanya kembali kepada asal :D Makan pun double triple dia habiskan. Selera makan pun berlainan. Macam-macam resepi Mama kena explore nak sesuaikan dengan selera Lope yang makin membesar ni :)

Ok, till then. Banyak lagi cerita nak lakar kat sini. Next entry ye :)