Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

26/06/2012

What are the signs of AUTISM?


I got this from Always Unique Totally Itelligent Sometimes Mysterious FB Page. 

Find it something interesting and hope this will help those people who always asking/calling about what are the signs of Autism. I hope this can help.












22/06/2012

Bila puteri kecil saya demam :(

Balik dari school semalam, Obiya demam.

Mata merah, bertahi. Kepala panas. Bibir merah. Bila minum susu, dia cakap "pedas". Bila check balik rupanya ada tonsil merah kat tekak. Semalam dahlah balik lewat dengan Obiya (selepas maghrib). Rasa bersalah sangat dengan dia yang tak sihat. Bila ajak dinner, dia tak nak sebab tonsil dan memerah. Nak tak nak, jenuhlah saya dengan Bibik nak pegang dia nak suap makan porridge. Makan 2-3 mulut je. Pastu, nak minum susu pun jenuh jugak sebab dia minum dengan syringe.

Obiya ni susah sangat nak sakit. Sepanjang usia dia 3 tahun 4 bulan, dia susah nak demam. Tumbuh gigi sampai penuh dalam mulut pun tak demam. Setakat injection biasa tu, lagiiilah dia steady. The last time dia demam masa demam denggi. Kali ni, demam lagi. Rasanya adalah kot jangkit sesapa kat school. Semalam, paksa dia makan ubat demam dan selsema. Selepas makan ubat dia tidur. Saya check semula suhu badan pukul 12 tengah malam, badan dah kebah. Mama dia pun legalah satu round.

Bila terjaga jam 2 pagi, badan dia mula panas balik. Saya tak berenti wipe out seluruh badan, ketiak dan kepala. Bukan main lagi marahnya bila kita lap badan dia. Mungkin dia sejuk tapi terpaksa buat macam tu. Bila saya check suhu, 38.4 pada jam 3 pagi. Maka, tidur-tidur ayam ajelah saya semalam sebab bimbang nak tidur kot-kot apa jadi kat Obiya.

Jam 5 pagi, Lope pulak menangis. Memang sejak saya balik kerja semalam, saya kurang menjenguk Lope sebab Obiya lebih memerlukan perhatian. Dia menangis, lebih kepada merengek sebab saya terpaksa asingkan tempat tidurnya dan Obiya. Bimbang berjangkit, bimbang juga Lope tertendang adiknya. Bila saya ambil dan alihkan Lope dan letak dia bersebelahan dengan Obiya, terus si abang memeluk dan menyandar ke atas adiknya. Dalam hati terdetik, rindu kot dengan adik dia. 

Lepas tu, Obiya tersedar dan nangis-nangis marah-marah sebab Lope sandar kat dia. Mungkin juga dia kurang selesa kerana dia kepanasan. "Lope rindu adik ye. Lope nak hug adik ke?" Bila dengar je saya cakap macam tu, Obiya pun biarkan aje. Saya rasa dia juga ada rasa "rindu" pada abangnya. Alhamdulillah.


Sebab dah jam 5 pagi, saya tunggu sehingga subuh sambil mengawasi suhu badan Obiya yang tidak surut-surut. Selepas jam 7 pagi, suhunya makin meningkat. Saya ambil keputusan untuk EL (lagi) dan membawanya ke klinik. Untuk kawan-kawan kat office, sorry sangat. Tak sangka Obiya demam :/

Suhu badan pada jam 8.15pagi sebelum saya membawanya ke klinik - 39.8!

Nanti lepas ni sambung lagi cerita orang demam. Sekarang kena monitor dia lagi. Merengek dan tertampal kat badan Mama macam kanggaroo dalam poket dah ni.

Till then, take care.

19/06/2012

Sesi menangis di sekolah diteruskan lagi.

Yeay! Obiya nangis lagi kat school. Sila baca dalam nada yang sinikal.



Hari ni, memang saya dah pesan dari rumah lagi kat Obiya. Bangun pagi nak pegi school, sampai school tak boleh nangis. Si anak pun  bukan main lagilah dah berjanji, promise macam-macam, dia tak akan nangis. Mama dia pun tarik nafas lega, berjalan pimpin tangan bagai siap dalam kereta dok buat nyanyi duet sama-sama lagi lagu Boboiboy.

Sampai je school, terus mood dia berubah. Terus pegang baju mama macam tak nak lepas. Pastu mulalah statement "ala... nak ikut mama pegi office" Masya Allah. Geramnya mama dia rasa. Sesi pujuk memujuk pun mulalah. Sayangnya, semua tu tak pakai. Mama yang dari cool sampai jadi tak cool. Mana nak coolnye kalau sejam Mama pujuk dia kat situ. Bila cakap dengan cikgu dia, rasanya dia ada 'masalah' dengan kawan kat school, cikgu dia cakap mungkin la sebab ada 2 orang yang dia suka kawan tu jenis kasar sket mainnya.

So, no wonder lah setiap kali saya tanya kenapa tak nak pegi school dia tunjuk macam ada orang pukul dia. Itulah maksudnya. Tadi minta cikgu dia tengok-tengokkan dia, jangan kerap sangat ikut budak dua orang tu. Tapi, Obiya masih sama. Tak nak masuk ke kelas dia. Last sekali saya lari macam tu. Remuknya hati dengar anak nangis ronta-ronta panggil "Mama!" dari belakang. Kesiannya anak mama.


Sebenarnya, bila difikir balik rasanya Obiya ni selain ada masalah dengan kawan-kawan dia tu, saya rasa dia ada masalah nak suaikan diri dengan jadual yang baru. Bila malam dia tidur lewat, penat dah kurung dia dalam bilik, padam lampu tapi dia susah juga nak tidur awal. Bila tidur lewat, bangun pagi mulalah dia jadi moody. Mungkin sebulan pertama ni kena tunggu dia sesuaikan diri dulu. 

Kita tengok pulak macam mana esok ye. Harapnya takde dah scene nangis sana sini sebab saya memang dah segan dengan Boss sebab masuk lewat.

18/06/2012

Selamat Hari Ayah.

(belated)

Aboh.

Itu panggilan yang saya panggil. Sempatlah merasa panggil nama tu selama 25 tahun. Sempatlah kena spoil dengan lelaki tua yang comel, yang masa akhir usianya janggutnya berwarna putih tanda dimakan usia. Aboh will always be my man. Forever. Kalau orang tanya, lelaki mana dalam hidup ni yang saya treasure sangat-sangat saya akan jawab Aboh kemudian baru Bubu. Sorry Bubu, betapa sayang saya kat awak pun, awak takleh challenge Aboh saya.

Macam-macam entry saya tengok tulis pasal ayah diaorang. Saya nak tulis apa yang saya suka pasal Aboh saya, apa yang saya ingat dan apa yang saya tak nampak pada orang lain yang sama macam Aboh saya. 

Selepas makan, Aboh akan berjalan 100 langkah pusing keliling ruang tamu dengan kedua-dua tangannya dipusingkan sama. Aboh cakap, nak digest makanan.

Aboh memang tak boleh tinggal dalam rumah yang bertutup kemas. Kalau Aboh ada kat rumah, semua tingkap, pintu almari dan kipas ceiling akan dipasang. Aboh cakap kesian baju-baju Aboh lemas =p Kalau malam pulak, Aboh akan buka semua tingkap dan padamkan lampu dalam rumah. 

Masa kecik, selalu temankan Aboh pegi Pasar Besar Siti Khadijah kat KB tuh. Cik akan tulis semua barang runcit yang nak dibeli dan Aboh akan belikan semuanya. Cik tak perlu keluar rumah, Cik cuma perlu masak saja dengan barang-barang keperluan yang semua Aboh dah sediakan.

Masih teringat Cik sediakan pinggan special untuk Aboh kaler hijau dan mug juga. Setiap kali nak makan (breakfast/luch/dinner) kami semua kena tunggu di meja makan dan Aboh adalah orang yang paling akhir sampai ke meja makan. Aboh start makan dulu, then barulah kami boleh menjamah makanan.

Bila saya dah meningkat dewasa, boleh dikira dengan jari berapa kali saya berbuka puasa dengan Aboh. Di bulan Ramadhan, Aboh akan bawa bekal dan berbuka di masjid. Selepas solat terawikh, barulah Aboh balik. Barulah kami boleh supper dengan Aboh.

Walau apapun jadi, Aboh tak pernah tidak ada semasa hari penting saya. Aboh hantar saya belajar, Aboh bawa saya pergi interview kat KUSTEM dan Aboh sentiasa ada untuk saya. Walau Aboh tak adapun, saya tahu selama ini doa Aboh sentiasa ada untuk anak-anak dia.

 
Sekarang Aboh dah takde. Dah 5 tahun Aboh takde tapi ingatan mengenai Aboh tetap ada untuk saya tulis. Tulis, baca, ingat dan berharap Lope dan Obiya sendiri tahu yang saya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang ayah yang baik macam Aboh saya. 

Selamat hari ayah, Aboh.

Jangan bimbang, Sue dan anak-anak Aboh akan pastikan account Aboh kat sana tak akan kering dengan kiriman doa dari kami adik-beradik. Insya Allah, suatu hari nanti kita akan jumpa lagi,


Nangis pegi school.

Okey, dalam banyak-banyak hari pegi school, hari ni adalah hari kedua Obiya nangis bila Mama hantar. Masa kat rumah, bukan main lagi melompat nak pegi school tapi bila sampai school tetiba je nangis nak ikut Mama pegi office. *tekanannya Mama dia*

Jumaat lepas, masa nak hantar je mulalah dia buat drama. Pegang baju Mama, nangis dan keep on saying "ala Mama, nak pegi office dengan Mama" Lepas kena pujuk-pujuk, cakap kat dia good girl mana ada follow Mama pegi office, barulah dia datang salam, kiss dan hug Mama dia. Ingatkan hari tu je lah buat perangai rupe itu. Tapi, hari ni lagi dasyatttt...

Sampai je school, start je nak naik tangga pegi ke kelas dia, dia dah merangkak naik tangga. Apa ke halnya Obiya merangkak naik tangga? Selama ni dia naik tangga dengan berlari kot! Ok, Mama layankan aje dia. Tunggulah dia tunjuk pe'el naik tangga secara merangkak. Sampai kat atas, dia pegang Mama dia cakap "Ala, tanak pegi school. Nak ikut Mama". Ingatkan dia boleh dipujuk, tapi panjang jalan ceritanya.

Mama masuk dalam kelas. Duduk lepak-lepak dengan Obiya dulu, then bila teacher dia buka TV tengok kartun, barulah dia syok sket. Masa nilah Mama dia cabut lari. Sebaik aje pintu ditutup, dengar dengan clear orang nangis sambil pekik "nak ikut Mamaaaaaaa!" lepas tu nangis-nangis.

Si Mama dia plak, dengar je anak nangis macam tu terus cair. Ala kesiannya. Tapi, bila ingatkan balik - dia kena belajar terima hakikat datang sini setiap pagi dan petang Mama ambil, so Mama dia dengan berat hati melangkah la jugak naik ke office. 

Gambar passport pertama yang diambil untuk submit form masuk school ;)

15/06/2012

Wedding Yana & Awie


Siaran tertunda tapi nak update jugak blog pasal wedding Yana & Awie ;)

Yana ni anak Wan Cik, sepupu Encik Bubu. Weddingnya sama dengan Erin, jadi terpaksalah tak attend wedding Erin. Start dari malam sebelumnya lagi kami datang tunjuk muka ke rumah Wan Cik. Walau tak bantu apa-apa (eheh! bertuah punya anak sedara) tapi kami datang memeriahkan majlis je la =p

Sepanjang majlis Yana, satu benda je yang saya bimbang dengan Obiya. Bimbang kot-kot dia pegi kacau ikan. Ikan-ikan kecik dalam balang comel tu memang menarik perhatian dia. Banyak kali dia kasi hint kat saya "Mama, fish. Cantik" sambil tunjuk-tunjuk.


Sampailah ke malam tu, sebab dah percaya sket kat Obiya, baru kasi dia duduk sebelah dengan balang ikan comel tu.




Bukan main lagi posingnya. Pendek kata, budak umur macam Obiya ni semua benda kita kena jaga. Itu ini semua nak pegang, semua nak lari sana sini. Haish, penat ok. 

Selamat pengantin baru, Yana & Awie!


Kami (tanpa Lope sebab dia dah zzz)


Till then, take care.


13/06/2012

HELP! Mencari lokasi baru untuk Lope.

Korang..

Tahu tak kat mana boleh Lope dihantar selain dari sekolah sekarang Lope pergi? 
Di kawasan Putrajaya/Cyberjaya/Seri Kembangan/Bandar Baru Bangi?

Susahnya nak cari  tempat yang betul-betul sesuai dengan Lope, dengan kerja saya, dengan masa yang lintang pukang dan dengan rezeki yang Allah turunkan. Semuanya demi Lope. Tempat yang saya hantar sekarang ni dikira okey, cuma tidak okey dari segi jarak, perbelanjaan RM dan masa. Saya perlu stabilkan semuanya dalam satu masa.

Sebagai house-manager (ewah!) memang banyak la perkara yang perlu dibahagikan dengan saksama. Sekarang ni, jika saya teruskan dengan rutin menghantar Lope ke sana, masanya tidak seimbang untuk orang-orang lain disekeliling. Perkara paling utama, tidak sihat untuk kerja saya bila punch card saya berderet kaler merah dan people are start to question.

Dalam tempoh masih berbaki, saya terpaksa membuat penilaian lain mencari tempat/pusat jagaan yang sesuai untuk Lope. Pusat jagaan yang boleh memberi manfaat kepadanya dari segi terapi, selesa dan sesuai dengan keadaan dan masa saya. 


Ada masanya terfikir je nak resign, jaga sendiri anak-anak tapi bila buat reality check barulah sedar bekerja ini untuk terus survive, bukannya sebab suka-suka. Orang lain ada banyak masa berbanding mamanya sendiri dengan anak-anak kita adalah satu statement yang tak seronok langsung. 

In case korang tahu kat mana ada pusat jagaan yang bagus selain tempat yang Lope pergi sekarang ni, tolonglah roger. 

Cheers!


12/06/2012

sku-boi =p


Alhamdulillah, kami masih survive =p

*tarik nafas lega*

Setelah beberapa hari Lope ke sekolah, hari ni tiba giliran si Obiya pula. Pada mulanya, saya berhajat untuk memulakan sesi playschoolnya pada bulan Julai sebabnya kalau tak, bila dua-dua pegi sekolah, Bibik nak buat apa kat rumah. Sebulan dari sekarang, hidup kami akan maid-less. Maka, bermula hari ini segala rutin dah berubah. *Gambate, Mama!*

Setelah seminggu Lope ke sekolah, Obiya asyik complain nak ke sekolah juga. Pastinya dia boring dok rumah dengan Bibik tanpa Lope. Maka, hari ini saya bawanya ke sekolah. Pastinya rutin saya bermula lebih awal daripada biasa. Hari ini, saya masih dibantu oleh Bibik tapi sebulan akan datang, semuanya akan dilakukan sendiri.

Sama juga seperti Lope, setelah beberapa hari dah saya pesan, ingat dan pesan kat sekolah takde Mama, takde Abah, takde Lope, takde Bibik dan takde Tok, maka hari ni saya berjaya tinggalkan Obiya di playschool kat office ni. Alhamdulillah, tiada tangisan, tiada orang nak pegang Mama atau sebagainya melainkan salam, kiss dan hug Mama. Siap dia babai lagi Mama yang suspen tengok dia masuk sekolah ni.

Semangat bangun pagi nak pegi playschool. Minta mandi pukul 6am pun takpe.

Kehidupan saya sepanjang minggu lepas memang memenatkan. Nak adjust timing, nak adjust body yang terpaksa kerja lebih. Saya bangun awal sebelum subuh, ke dapur menyiapkan bekalan makanan untuk Lope dan kemudiannya bersiap untuk bersolat. Sekarang ni, masih ada Bibik yang siapkan mereka mandi. Cuak juga bila fikirkan bulan depan dan seterusnya. 

Putrajaya - USJ - Putrajaya = 84km.

Saya keluar rumah sebelum jam 7 pagi dan sampai ke rumah sebelum 8 malam. 12 jam kat luar rumah dengan 170km perjalanan. Sekarang saya faham macam mana Ina yang drive jauh dari Rawang ke USJ then masuk office di Jalan Duta. Oh, gigihnya anda. Juga, Farid yang drive dari Seri Kembangan. Ya Allah, kuatkanlah si mama budak-budak ni nak hadap setiap hari driving dalam jem yang gila kat USJ tu.

Selain jadual harian bawa anak-anak ke sekolah diaorang, pertambahan belanja bulanan tak payah nak cakaplah. Pejam mata je bila bayar duit minyak, duit tol. Itu tak masuk lagi bayar school fees diaorang. Ya Allah, murahkanlah rezeki mak bapak budak-budak ni. Sebenarnya, habis duit beribu, drive kereta jauh-jauh semuanya berbaloi bila Lope yang takde ekspresi dan respon pada keadaan tu ibarat faham dengan keletihan dan kepenatan mamanya. Dia sekarang ni kalau nampak je Mama berbaring, dia akan datang dekat dan berbaring di atas Mama. Paling indah, bila dia pegang tangan saya dan bila saya pandang dia, dia akan panggil "Maa". Okey, habis terbang letih tu. 


Bila saya pandang FB kawan-kawan, yang sama ada anak seusia Lope - diaorang update pasal sekolah, pasal macam mana anak diaorang menang pertandingan sukan kat sekolah, macam mana anak diaorang counter back soalan dan arahan dari mak ayah diaorang buat saya terfikir, bila scene yang sama akan saya rasa dengan Lope? Bila saya terdetik macam tu, saya rasa bersalah sebab bandingkan Lope dengan mereka seusia dengannya yang mana Lope tak masuk dalam league yang sama pun.

Saya yakin Allah itu sayangkan saya. 

Bila saya terdetik je begitu, Allah perlihatkan satu perkembangan yang menggembirakan saya. Sket je pun tapi untuk saya sangat BESAR. Selepas beberapa hari Lope ke sekolah, saya sengaja memanggilnya "school boy" dan alhamdulillah dia respon kepada soalan saya "how are you today, school boy?" atau "mana school boy mama?" dengan memandang kepada saya, atau tergelak atau angkat tangan. Pagi ini, bila saya kejutkan dia untuk bangkit "bangun, bangun. School boy kena pegi school" dia pandang saya dan menyebut "sku-boi" dengan jelas dan lantang. Saya terkejut dan tanya lagi pada Lope "school boy, Lope?" dan dia dengan selamba menyebut "sku-boi" juga.

Alhamdulillah. Saya tahu itu perkataan baru Lope sebab starts weekend lepas baru saya sibuk memanggilnya school boy. Ya Allah, takpelah sikit pun janji dia buat mama dia ni rasa happy sangat :)

Till then, take care. 

07/06/2012

Masya Allah. Syukran ya Allah :-)

Letak tepi dulu cerita Lope ke sekolah, cerita pasal jadual baru saya dan persediaan hidup maid-less nanti. Semuanya memenatkan, macam roller coaster hidup 2-3 hari ni. Hari ni cuma nak update rasa bersyukur bila ada surat atas meja. Bukan apa, dalam entri yang lepas yang tulis kat sini itu ari  so, hari ni barulah betul-betul dapat.


Dapatnya RM30 voucher je, tapi lepaslah saya bagi kat Encik Bubu untuk dia makan masa lunch hour kan? ;) Sebelum ni, MamyPoko pun dah saya pegi redeem hadiah. Itu dah 2-3 minggu lepas. Menang sebulan supply je tapi berbaloi la sebab memang Obiya pakai pun.


Hidup ni memang Allah dah aturkan dengan adil, kan? Bila Allah tahu kita akan diuji di hari akan datang, dia akan beri kesenangan kat kita pada masa sekarang dan begitu sebaliknya. Seterusnya kehidupan kita ini akan berputar mengikut kitaran seperti roda macam tulah. Kejap kat atas, kejap kat bawah. Stress macam mana sekalipun saya dalam hidup, saya rasa saya masih mampu nak senyum, gelak dan menangis dalam masa yang sama. Syukran Ya Allah, sebab menguji didalam kemampuan diri saya lagi.

Terima kasih KFC Malaysia dan MamyPoko Malaysia. Lain kali, pilihlah saya menang lagi. Weeeee =p

04/06/2012

Kosong tanpa Lope.


Sepanjang saya drive dari Putrajaya je sekolah Lope, macam-macam dalam hati saya. Sambil kuatkan hati saya yakin sudah masanya Lope ke sekolah. Jika anak tipikal sekalipun, dia sudah belajar ke tadika. Saya perhatikan sepanjang dalam kereta, Lope gelisah. Dia diam sahaja dan saya tak putus-putus berpesan padanya.

Akhirnya, saya tiba ke sekolah Lope. Semuanya went smoothly. Tiada Lope yang menangis. Bila didudukkan di bilik bersama Alisya dan beberapa orang lagi, dia diam. Saya lega. Saya sempat meronda persekitaran sekolah Lope, alhamdulillah saya merasa yakin. Saya tidak berhajat untuk tunggu disitu berlamaan. Saya gosok kepala Lope, dia tidak memandang. Masih patuh dan duduk di kerusinya.

Saya masih berpesan, masih bercerita kepadanya. Seperti biasa, Lope tiada respon. Malah tidak memandang pun wajah saya. Tak mengapa sebab saya yakin Lope tahu, dia sudah sampai ke sekolah dan dia perlu berada di situ. Cuma, saya sayu bila saya cakap "Lope, mama dah nak balik. Mama ambil Lope pukul 4 nanti" kemudiannya dia berpaling, memandang mata saya dan memegang lengan mama dengan kuat sambil menyebut "Maa".

Kenapa saya syahdu?


Kerana Lope yang tidak bercakap, Lope yang tidak menunjukkan perasaannya dan Lope yang sentiasa dengan dunianya juga mempunyai perasaan dan faham apa yang mama tuturkan. Saya sebenarnya tidak menangis (eceh!) tapi hati saya menangis. Teacher Lope mengikut saya ke kereta mengambil barangan Lope dan banyak pesanan saya padanya. Dia tidak boleh panas, nanti eczemanya teruk. Dia tidak minta untuk makan/minum, namun jadual makannya pada jam 1.30 petang untuk lunch dan setiap jam perlu diberi susu sebanyak 180ml. Jika dia poo-poo dia tidak memberitahu, kecuali menggaru-garu punggung dan adakalanya dia akan menyepahkan hasilnya.

Oh, inilah kali pertama saya meninggalkan Lope di dalam jagaan orang luar. Bukan Cik, adik beradik atau bibik. Sewaktu dalam perjalanan balik, saya lihat tempat duduk sebelah pemandu kosong. Kereta sunyi. Tiada suara orang menyebut berulang kali "bah-bah". Begitu juga setibanya di rumah, apabila pintu dibuka, rumah saya sunyi. Tidak kelihatan lenggok badan Lope sedang bersenang lenang di atas playmatnya. Semuanya kosong tanpa Lope.

Malah Obiya juga tak putus bertanya "mana Lope?" begitu juga dengan Bibik yang awal-awal lagi menitis air mata tatkala menghantar Lope ke kereta pagi tadi. Semuanya kosong tanpa Lope. Betullah kata orang, hidup walau susah macam mana pun, anak itu penawar hati. Saya sendiri, takde mood nak berborak, malah nak ke pejabat juga makanya saya mohon EL dari boss. Maaf boss, saya memang down tanpa anak sorang ni :(

Now jam 3 petang, saya tak sabar ingin ke USJ untuk mengambil Lope. Nanti saya sambung cerita Lope di sekolah dalam entri seterusnya.\

Till then, take care.

Lope kat depan sekolah pagi tadi.


Aja aja fighting, Lope!

Aja aja fighting - its an encouragement to say things like... "hey hey lets go" or "lets do it" in Korea.

Setelah berbulan saya berpesan pada Lope mengenai sekolah, teacher, belajar dan mendengar arahan, tak sampai 8 jam dari sekarang Lope akan ke sekolah! >.<



5 tahun menjadi ibu kepada Lope, anak autisma ini perlu dipesan. Sebelum ini, kaedah ini saya gunakan. Pesan dan mengikat janji dengan si anak. Ceritakan kepadanya, apa itu sekolah. Mengapa perlu bersekolah. Bagaimana rutin sekolah. Siapa yang akan ada di sekolah. Apa yang perlu dibuat disekolah. Cerita kepadanya berulang kali. Pesan padanya beribu kali walau respon yang saya terima hanyalah dia memandang ke tempat lain sambil buat tidak endah dengan cakap dan pesan saya.

Tapi, saya tahu, saya yakin - Lope faham, Lope ingat dan Lope akan buat yang terbaik. Saya tahu, Lope sendiri cuak dan mungkin juga gembira kerana akhirnya dia akan ke sekolah. Saya sendiri, beribu perasaan aneh datang kepada saya. Takut orang tak faham Lope, takut Lope menangis, takut Lope tak dapat sesuaikan diri. *mixed-feeling*

Saya terlalu protective. Seumur hidupnya, saya tidak pernah meninggalkan Lope kepada orang asing selain bibik. Jika anak tipikal sendiri pun, logik untuk para ibu merasa bimbang dan takut, apatah lagi si anak itu tidak bercakap, tidak berjalan dan tidak mampu berbuat apa-apa pun hatta memegang botol susunya sendiri.

Ya Allah, mudahkan segala urusan Lope di hari pertamanya esok. Harapnya, Lope cepat menyesuaikan diri. Tidak menangis, patuh pada arahan teacher dan belajar dan menjadi kuat. Harapan Mama, mahu melihat Lope berjalan, menguruskan diri sendiri dan belajar seperti anak-anak lain. 

Lope ni my little philosopher - baru je terlena pada jam 1 pagi. Pastinya bukan sedikit Lope berfikir untuk ke sekolah esok dan Mama sendiri sampai ke angka 2 pagi belum tidur kerana sama nerveousnya anak nak pergi sekolah.

Apa yang saya bimbangkan:

- Lope menangis sebab semua orang dia tak kenal
- Lope refuse nak terima perubahan jadual aktiviti harian
- Lope menangis lapar/haus/nak tidur tapi tak faham
- Lope poo-poo tapi orang tak tahu dan Lope kotorkan diri dan kawasan sekitar

4 perkara ni yang paling saya bimbang. Harapnya, teacher kat sekolah Lope akan buat yang terbaik. Sumpah, bimbang sungguh.

Harapnya Lope ceria macam ni sepanjang hari esok. 

Aja aja fighting, Lope!

01/06/2012

Hotel Seri Costa, Melaka




Last 3 weeks kami satu family pergi ke Melaka. Pergi atas urusan kerja dan sambil-sambil tu bawa family sekali. Trip ke Melaka dari Putrajaya takdelah jauh sangat. Takat 1.5 jam je driving. Hotel Seri Costa ni kalau korang nak tahu details boleh klik SINI.  Pada mulanya, kami tak bercadang nak adakan kerja di Melaka, tapi memandangkan last minute, maka kami gasak juga ke Melaka.


Lokasi



Sesuai dengan tajuk entrinya, meh saya promote sket Hotel Seri Costa, Melaka ni. Hotel ni 3 stars aje tapi pada pandangan saya especially keluarga, hotel ni sesuai la untuk orang-orang yang datang memang nak melawat Melaka. Kedudukan hotel ni yang hanya 5 minit saje dari Dataran Pahlawan tu memang sesuai. Tambah plak, malam kami sampai tu, kat area hotel ni ada pasar malam. Ok, saya suka pasar malam tu sebab macam happening aje. Tambah lagi suka sebab ada beca berhias yang warna warni siap ada lampu bagai. Tapi Encik Bubu tak kasi naik sebab dia cakap kesian pakcik-pakcik tu nak kayuh bawak saya :P Okeyyyyyyy, fineeeeeeeeeeeee.


Berbalik kepada tajuk entri, saya dibawa melawat kepada beberapa buah bilik penginapan. Walaupun hotel ni macam shop lot aje, saya selesa kat sini dengan harga yang ditawarkan. Saya ambil bilik deluxe aje. Okeylah untuk saya dan 2 orang budak kecik. Namun, kurang selesa sebab ada bibik. Eheh. So, next time kena amik family room tau.

Sumbangan Tapak Warisan UNESCO


Makluman tambahan, bila check-in kat sini atau mana-mana hotel di Negeri Melaka, mereka akan minta bayaran sumbangan untuk UNESCO World Heritage sebanyak RM2-RM3. Baru saya tahu, rupanya status tu boleh beri kerajaan tempatan untuk collect sumbangan. Apa itu Tapak Warisan UNESCO? Oh, sila baca di SINI. 


Scratch Parking


Masa check-in juga, diaorang akan bagi tiket parking yang macam gores dan menang tu. Nasihat saya, silalah gores dan letak kat atas dashboard dalam kereta sebab kami kena saman sebab tak buat :p Kalau korang nak tahu lebih banyak pasal sistem letak kereta kupon ni, sila baca kat SINI.


Bilik Penginapan

Berbalik kepada tajuk entri (sekali lagi), Jom saya kongsikan beberapa gambar Hotel Seri Costa, Melaka.


 Lobi
Ini bilik Deluxe. Atas katil ni Obiya tengah test katil. Pantang jumpa katil, terus dia cakap Nak Jump!

Suka sebab dia kasi kerusi yang boleh dikorbankan masa mandikan Lope. :P

 Deluxe for twin occupancy

 Bath tub - untuk bilik suite sahaja

 
Family room

Makanan



Saya sempat breakfast dan lunch kat sini. Bagi saya, chef kat sini memang pandai masak sebab kena aje dengan tekak saya. Saya suka gulai tempoyak yang chef dia masak. Awesome. Ingatkan orang Pahang je pandai masak tempoyak ni ;)


Spa




Perkhidmatan Spa dan Massage disediakan. Kalau tak silap saya, massage boleh panggil datang bilik. Weeee.


Harga Hotel




Habis cerita pasal Hotel Seri Costa, tak sah kalau datang ke Melaka tak makan ni.


Otak-otak

Udang


Tempat korang nak pergi try, silalah pergi ke Medan Ikan Bakar Alai. Saya hari tu makan kat sini.



So, kalau nak ke Melaka. Saya suggest kalau korang nak stay kat Hotel Seri Costa ni okeylah.

 Rating saya :
7.5/10