Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

31/05/2012

Sesak nafas. Sesak hati.


Ini cerita 2 hari lepas.


Lope lelah lagi. Nafasnya naik turun dan mulutnya tak putus-putus memanggil "ab-bah-bah" Ada masanya matanya terbeliak naik ke atas. Inilah keadaan Lope yang paling saya takuti - bila asmanya datang menyerang.

Dua hari lepas saya pulang ke rumah Cik. Rindu sangat dengan Cik, maka gagahkan diri juga untuk balik. Rumahnya dalam proses renovation sekarang ni, habuk disana sini. Keadaan itu seterusnya membuatkan lelah Lope datang bertandang. Kronologinya, sesampai di rumah Cik malam semalam dia okey. Lelahnya pasang surut di pagi Selasa. Tercungap-cungap. Setelah di beri inhaler, dia okey balik. 

Sayangnya, sewaktu dalam perjalanan pulang semalam, saya terdengar nafas Lope pendek-pendek menahan nafas. Sesak. Saya tidak berani meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur tambahan pula melalui Gua Musang. Jadi, saya membawanya ke klinik di Kok Lanas dulu. Macam biasa, bila jumpa doktor panjang lebar lah saya explain. Rasanya lepas ni kena buat medical card untuk Lope yang explain Lope dan autismnye. Jumpa doktor je bagi kat dia, so lebih senang.


Tergelak doktor bila tengok saya buat Lope occupied dan distracted semasa ambil nebulizer tu. Habis lagu Faizal Tahir dipasang, dinyanyi. Kalau tak, dia akan menangis dan nak tarik neb kat mulutnya. Lepas 20 minit, Lope dah kembali okey. Saya pun lega. Saya juga request ubat selsema sebab sinus dia ni cepat je dengan habuk.


Lepas tu, kami teruskan lagi perjalanan. Tapi, belum sampai ke Gua Musang, Lope lelah lagi. Kali ni, saya memang cemas sangat sebab semua ubat Lope ada kat belakang. Lebih teruk, masa tu kat tengah hutan dan pukul 8 malam. Gelap gila. Panjang saya doa pada Allah, minta Lope bertahan dan bertahan. Bila kereta berhenti, saya kasi dia inhaler. Terima kasih Dr. Arifa sebab kasi consultation kat telephone je. Sungguh mak dia cuak. Ingatkan nak berhenti Hospital Gua Musang dah lepas tu.


Alhamdulillah, lepas kasi ubat selsema, Lope tido sepanjang perjalanan. Jam 1 pagi, saya kejutkan dia dan kasi sekali lagi inhaler setiap 4 jam. Terima kasih Dr. Arifa tu yang remind Mama dia setiap 4 jam :) Hari ni, setiap 6 jam Lope dipaksa ambil inhaler. Dari dia protes, sekarang ni redha je bila Mama letak aero-chamber kat muka dia.


Nama dia Arifa. Nametag tu nal cakap yang she is taken :P
Bila Lope sesak nafas, sesak hati mama dibuatnya. Macam-macam ada dalam kepala ni bila tengok dia tercungap-cungap. Bimbang sangat. Dalam doa saya, panjangkanlah pinjaman paling berharga ini. Saya minta dijauhkan semua perkara tak elok dari diaorang dua beradik ni.

Kaki yang memijak bumi. Sayangnya, kaki ini belum boleh bergerak sendiri.

Klik sini untuk tabung pendidikan Lope & Obiya
NESCAFE LIGHT LIGHT 

24/05/2012

The Number One For Me



I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you


For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed


Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I'm grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday

Mom I'm grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday

Now I finally understand
That famous line
About the day I'd face in time
Coz now I have a child of mine

Even though I was so bad
I've learnt so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kids the way you do

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you


Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I'm grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday

Mom I'm grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh number one for me

There is no one in this world
That can take your place
Oooh I'm sorry for ever taken you for granted

I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I'm around you

Now I will try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I'm grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday

Mom I'm grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday

Mom I'm grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday

Mom I'm grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday

The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh number one for me



Number one for me :)

22/05/2012

Demi Lope.

Baca balik entri 3 tahun lepas --> Itu katanya...

Rasa menyesal dalam hati ni tak surut lagi. Masih bengkak, sakit, pedih dan rasa bersalah yang sangat. Realiti memang pedih tapi kerana Lope, saya yakin saya mampu tempuh onak ranjau sekalipun. Sanggup berkorban segalanya meskipun dengan harga sebuah nyawa sendiri. 

Ya Allah..
Kuatkan saya demi Lope. 
Tabahkan saya demi Lope.
Cekalkan saya demi Lope.



Demi seorang anak yang dikandung selama 37 minggu dan sepanjang 37 minggu itu adalah hari-hari indah di dalam hidup ibunya dan demi seorang yang memberi gelaran ibu kepada saya. Saya yakin saya kuat *sambil angkat mata*. Kasih sayang ibu tiada penghujung, sehingga syurga. Saya yakin kenapa Allah kurniakan Lope kepada saya, sebab Allah yakin saya mampu menjalankan amanah Allah ini walau sebesar mana rintangan pun. 

Jika ada yang tertanya, saya tidak mampu lagi berkongsi cerita di sini. Saya rasa lebih elok saya memilih untuk menunggunya sehingga ianya rasmi. Cukup saya kongsikan dengan keluarga terlebih dahulu, namun kesedihan ini sudah saya hamburkan dalam sesi morning prayer semalam dengan rakan sekerja dan juga boss. Saya mohon maaf andai mengundang gerimis di mata sahabat di pejabat. Saya mohon maaf kerana saya tidak mampu mengawal emosi dan menghamburkan air mata di depan rakan sekerja, kerana saya tahu, saya manusia yang lemah dan banyak kekurangan, maka mengalirnya air mata membuatkan saya sedikit lega.




Berat mata memandang, berat lagi saya yang memikulnya. Walau seberat mana pun masalah yang saya hadapi, saya yakin, kalau tak mampu saya pikul, saya seret dan angkat sedikit demi sedikit. Masa itu adalah emas, dan untuk tempoh yang ada ini, saya ingin mengecapi, menghargai, menggunakan sepenuh masa yang Allah pinjamkan saya untuk bersama Lope. Saya yakin dan tawakal pada Allah, patuh janji Allah bahawa tiada yang kekal di dunia ini melainkanNya sahaja.

Untuk anak mama Megat Idris Naquiyuddin, mama bersyukur kerana mama terpilih mengandungkan anak syurga seperti Lope. Mama bersyukur kerana Allah memilih Mama dan memberikan Mama anak seperti Lope. Mungkin, pada mata orang lain, Lope adalah bebanan tapi menjadi hambanya, manakan bisa Mama menolak anugerah seperti Lope dalam hidup Mama. Dalam doa mama setiap hari, tak ada sedikit pun rasa kesal kerana Mama memiliki Lope, cuma Mama panjangkan doa, untuk Lope terus kuat.

Untuk teman-teman yang singgah di sini sentiasa, tiada kata yang mampu saya ucapkan. Kalian datang ke sini dan membaca serta mendoakan Lope, saya sangat berterima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Saya mohon agar doa kepada anak lelaki saya ini dipanjangkan lagi untuk dia terus cekal, tabah dan kuat menghadapinya di masa akan datang, selagi Allah memberi pinjaman ini kepada saya. 

Jika tiba masanya nanti Allah ingin menjemputnya pulang, saya berdoa pada masa itu saya berada di dalam keadaan yang cukup kuat, cukup tabah untuk melepaskan Lope pergi. Saya berharap, jika sampai masanya nanti, tidak setitis air mata pun akan mengalir di mata saya untuk menghantar Lope 'pulang' kepadaNya. Saya ingin menjadi sekuat Cik, melepaskan Uda pergi selepas 23 tahun bersama di dunia ini tanpa air mata.

Saya ingat kata Cik "Air mata Cik dah habis untuk Uda. Cik puas hati jaga Uda. Biarlah dia pergi dengan tenang sebab dia tahu macam mana sayang Cik pada dia" dan saya doakan, satu masa nanti, jika situasi ini terjadi, maka saya akan redha, tenang dan melepaskan dia pergi dengan baik.


Taken : 8/11/2007 at 7 months old.





18/05/2012

"Meltdown"

Semalam semasa saya membaca satu persatu update dari ahli keluarga Autisme Malaysia, saya suka dengan satu artikel Meltdowns Par For The Sensory Course yang dipost oleh Jouyin Teoh. Apa yang paling saya suka dengan artikel ini sebab saya senang faham dan sangat close to reality.




Bercakap mengenai "meltdown" mungkin ada yang tak tahu apa itu Meltdown. Meltdown adalah merujuk kepada satu keadaan dimana anak-anak yang mempunya masalah sensory seperti Autisme iaitu mereka menghadapi masalah untuk mengawal emosi sama ada takut, sedih, tidak selesa dan terancam. Mereka kebanyakkan mempunyai masalah untuk bercakap dan tidak dapat memberitahu apa yang mereka rasa. Apabila keadaan ini terjadi, mereka cenderung untuk membuat perlakuan seperti menendang, menjerit, menggigit jari, meludah, menangis tanpa henti dan sebagainya. 

Bagi mereka, perlakuan begini adalah jalan yang paling pantas untuk mereka 'keluar' dari keadaan yang tidak selesa/tidak gemar. Mereka juga beranggapan, hanya dengan cara ini, mereka dapat menarik perhatian orang seterusnya mengeluarkan mereka dari keadaan yang tidak selesa/tidak gemar. <--- Ini adalah anggapan saya selama ini, tetapi selepas membaca artikel di atas, saya lebih jelas mengapa mereka berkelakuan seperti itu. 

Menurut artikel berkenaan, terdapat beberapa sebab keadaan ini berlaku seperti:

Dysregulation and the inability to maintain self-regulation and a ready  state
"Fight or flight" response to sensory overload yet mistaken for a meltdown

The inability to cope with a new or challenging situation

Inability to communicate wants and needs

Difficulty with transitions

Lack of sleep or over tired

Lack of proper nutrition or too much of the wrong food

Change in routine


Lope sewaktu menghadiri open house - dikelilingi orang yang tidak dikenali.


Seperti Lope, beberapa punca meltdown yang saya kesan adalah sewaktu dia tidak selesa dengan sesuatu keadaan. Seringnya ia berlaku apabila Lope berada didalam persekitaran yang dia tidak biasa seperti :

  1. Lope mendapati orang-orang yang berada di sekelilingnya adalah orang-orang yang dia tidak kenali.
  2. Persekitaran yang terlampau bingit dan menghasilkan gelombang bunyi yang tidak selesa pada pendengarannya. Ia terlalu subjektif untuk diterangkan. 
  3. Persekitaran tempat yang dia biasa datang tetapi berubah persekitarannya. Contoh: Rumah Wan Teh yang dicat baru, tukar warna lain atau Mama suka ubah perabot menjadikan dia tidak selesa.
  4. Persekitaran yang tidak selesa seperti keadaan terlalu panas mengakibatkan dia berpeluh.

Bagi membantu Lope, ini yang saya sering lakukan:

Kenal pasti punca meltdown. Selalunya, Lope akan berkelakuan begini apabila berada disekeliling orang-orang yang tidak dikenali, tidak biasa lihat, tidak familiar. Pada mulanya, Lope akan menangis dan merengek. Ianya bertambah teruk apabila dia mula menggigit sehingga jari jemarinya kembang :'(

Selalunya, apabila situasi ini terjadi, saya dan Lope berada di dalam majlis orang ramai. Apa yang saya selalu lakukan adalah dengan memeluknya terlebih dahulu dan menerangkan kepadanya dimana dia berada dan mengapa dia berada disini. Selalunya, teknik ini jarang berhasil sekiranya Lope dah sampai stage gigit jari. 

Cara yang paling cepat, pantas dan berkesan baginya adalah dengan divert attention Lope seperti membacakan Alfatihah atau lagu yang dia gemar dengar. Percaya atau tidak, mungkin 'melodi' yang saya lantunkan semasa membaca Alfatihah atau lagu yang dia gemar itu selesa dipendengarannya maka menyanyikan chorus lagu Bencinta oleh Faizal Tahir adalah salah satu cara yang pantas untuk tune Lope kepada keadaan asal semula . Okey, korang boleh gelak sekarang :P Saya sendiri tidak tahu dimana magicnya lagu Bencinta itu, namun ia banyak membantu saya mengawal meltdown Lope. Mungkin kerana lagu itu dia suka, dia biasa dengar dan baginya lagu itu adalah best, maka dia terasa sedikit 'cool'. Namun, ada masanya lagu Bencinta pun tak jadi. Bila semua dah tak jadi, saya hanya perlu peluk Lope sehingga dia rasa selamat, aman dan selesa. 

Ini saya ambil lagi dalam artikel di atas:

HOW TO HELP!


I truly believe most meltdowns trigger a "fight or flight" reaction for the child's brain, especially with sensory kiddos. Therefore the meltdown lasts longer and is difficult to manage.  Here are my three recommendations...


Do not treat the meltdown as behavior.


Try to determine if there is a sensory trigger or lack of essential sensory input  
(too much screen time).


Follow the steps below in regards to "fight or flight".


“Fight or Flight” Response
Understanding and Addressing the Sympathetic Nervous System


Research shows that children with sensory processing disorder and sensory processing differences have a greater tendency to switch from the PNS (parasympathetic nervous system) to the SNS (sympathetic nervous system) based on an adverse stimuli or an environment with new or a great amount of sensory stimuli.  


Parasympathetic nervous system: This is where our nervous remains most of the time and when we are at “ready state” for learning, social interaction, and alert and awake.  


Sympathetic nervous system: The state of “fight or flight”.  This part of our nervous system is intended for safety and the ability to react to a perceived dangerous situation.


Why do we See our Sensory Kids in “Fight or Flight”?


Children with sensory defensiveness or sensory over-responsivity perceive their environment as dangerous and painful based on how they process sensory information.  Therefore their nervous system switches to the SNS and displays a “fight or flight” response.  A child who has a difficult time processing and modulating sensory input can also have the tendency to switch to “fight or flight”.  And almost all sensory kiddos have a difficult time with self-regulation, in turn, a greater risk for “fight or flight” episodes.


What Does “Fight or Flight” Look Like?


There are many different manifestations of “fight or flight” but some common responses may be:


Hitting, kicking, biting, spitting, pushing (especially while standing in line or in new challenging/overwhelming situations or activities)


Trying to run or escape from the situation


Trying to hide under something like a desk, table, or chair 


Burying themselves in a teacher’s arms, avoiding all eye contact, or trying to curl up in a ball on the floor or at their desk


Covering ears or eyes


Crying or screaming


Hiding in the closet, under couch cushions, or under covers in bed


Shutting down completely and not speaking or responding


Even falling asleep unexpectedly


What Do You Do?  How to Respond?


#1   Do NOT treat it from a behavioral stand point; your efforts will be fruitless. The brain is not responding in a cortical manor (thinking, judgment, and reasoning), it has shifted to brainstem level during a “fight or flight” episode.  I think this is the most important concept to grasp. 


#2  Remove the child from the adverse stimuli and decrease sensory stimuli to a minimum.


#3  Provide a “sensory retreat” for the child, such as a play tent loaded with pillows with other calming sensory tools (soft music, vibration, chewy/oral sensory tool, weighted blanket, noise cancelling headphones, calming fidget toy) 


#4  Allow for the child to come out of the sensory retreat on their own terms. Their nervous system will know when it is ready.


#5 Do not try to talk the child through it, calm, bargain, or rationalize. This in itself can be overwhelming and the child’s brain is not ready for that type of interaction yet.


Selepas baca artikel ni, baru saya faham dengan lebih jelas kenapa Lope "meltdown" dan bagaimana sebenarnya dan menanganinya. So, selepas ni kalau sapa yang nampak Lope gigit jarit, cucuk mata dan menangis and then mamanya datang kat sebelah dia secara tiba-tiba baca Alfatihah atau menyanyi, sila jangan pelik ye :p Mama sedang bertugas nak redakan "meltdowns" Lope. Hehehe.

Kesan jari jemari yang kena gigit selepas meltdown - kembang dan berbekas kesan gigi :(

Terima kasih kerana sudi membaca. Terima kasih kerana anda telah mengambil selangkah cara mengenali Lope, individu Autisme dan menerima mereka seperti anak-anak lain.

Till then, take care.

17/05/2012

RIP Mini Stroller

Semalam masa di pejabat, Encik Bubu post gambar ni kat Facebook. Masya Allah! Anak perempuan Mama nampak sangat brutal. First time tengok macam mechanic nak baiki kereta. Alahai Obiya.



Dengan muncungnya, dengan cekak pinggang dan dengan ekspresi muka yang tak boleh blah. Sebenarnya, mini stroller yang Obiya main tu memang dah cukup nazak dah. Mana tak nazaknya bila dia buat macam-macam dengan mini stroller tu. Dia tolak, dia baling, dia humban, dia duduk sendiri dan kadang-kadang dia ikat kat tingkap. Aduh, macam-macam tau. Mini stroller tu dah setahun lebih umur dia. Memang Obiya punya fave. la.

Bila dah patah tayarnya semalam, kesian plak. Bila saya balik keje semalam, dia mengadu. Tunjuk tayar aje. Bila saya tanya, mana badan stroller. Tu ha.. dia ikat kat wayar UniFi. Masya Allah. Semua benda dia ikat. Sekarang ni pantang jumpa tali. Tak kira lah tali pengikat langsir, wayar, tali inci atau apa-apa tali sekalipun, habis dia ikat mainan dia buat inovasi dia sendiri. Sekali fikir lucu, sekali fikir lagi, Obiya ni ada otak engineer :P

So, tata mini stroller. Pastinya Obiya akan merinduimu :*




 



15/05/2012

LG Cinema 3D Smart TV

Semenjak dari saya dan Encik Bubu bercinta, kemudiannya kahwin dan sekarang ada anak dua, kami masih ada movie date bersama. Dulu, masa takde anak dan kami tinggal kat Kuala Terengganu, masa tu awal-awal kahwin la, sanggup ni redah bawak kereta jauh-jauh nak pergi tengok wayang kat Kuantan. Pffttt sangat orang muda masa tu :P



Lepas tu, bila dah beranak kami masih ada movie date tapi jadual dah bertukar kepada mid-night shows only sebab sebelum keluar dating, kami kena pastikan Lope dan Obiya tidur dulu. Pernah juga cuba bawa Lope ke pawagam, masa tu nak tengok cerita kartun tapi sayangnya Lope tak selesa dan nak tak nak, kena tunggu Lope 'besar' sket lagi baru buat family outing ke pawagam lagi.

Semenjak dua menjak ni juga, trick saya dan Encik Bubu dah tak berjaya nak tidurkan Obiya  awal sebab malamnya kami nak keluar tengok wayang sebab si kecik tu dah pandai dan akan 'lawan' matanya nak tidur sebab dia tahu Mama dan Abahnya akan keluar dating. Nak tak nak, kami angkut la Obiya pegi dating juga siap bawa susu, bantal dan selimut. Oh, tak bagus :P

Kalau orang tanya saya, kenapa nak pegi wayang sangat dah tahu susah nak tinggalkan anak-anak kat rumah? 

  • Sebab saya nak tengok movie yang sedang latest di tayangkan di pawagam. Lagi best kalau movie yang ditayangkan tu adalah movie sambungan yang memang kita follow macam Harry Potter ataupun macam Encik Bubu follow Transformer sejak dari dia kecik lagi. 
  • Saya nak tengok movie di screen yang besar, maka mata saya yang rabun ni nampak gambar dengan clear. 
  • Saya mahukan sounds system yang best sampai setitis air bertitik pun saya dengar dengan jelas dan macam saya dah masuk dalam screen tu sama menjiwai jalan ceritanya.
  • Paling penting kenapa saya tengok movie di pawagam adalah kerana 3D effect yang saya tak boleh nak tengok kat rumah. Sekarang ni almost movie ada 2 version 2D dan 3D. Pengalaman tengok movie 3D adalah superb.

Tapi saya redha tak pegi wayang kalau dapat yang ini seketul :D *hint*

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

LG Cinema 3D SMart TV!




Pergh!


Dulu semua orang nak berebut beli TV Plasma. Tengok gambar sharp tapi saya tak suka plasma TV sebab dia cermin, bila tengok siang hari ada bayang. Lepas tu, LED pastu LCD dan sekarang, 3D plak! Kalau selama ni tengok movie dekat cinema je nampak macam diaorang berdiri depan mata, lepas ni tengok kat rumah plak biar. Tambah best, boleh tengok sambil golek-golek depan TV dengan Lope dan Obiya. Oh, menariknyaaaa.


Menarik sebab bila budak-budak ni layan TV tengok cartoon nanti nampak macam seketul-ketul pop-up depan muka kita. Tengok LCD/LED pun dah best, inikan pulak 3D :) Oh, budak budak-budak je, mak budak pun over suka nanti :p


Pastu, selain dia pop-up macam tuh, best sebab dia smart tv. 


Best lagi bila Magic Motion Remote Control ni boleh control channel atau sound dari tempat duduk aje tayah bangun. Hanya guna isyarat tertentu aje pun boleh kalau setakat nak tukar channel atau kuatkan/perlahan sound. Pergh! Awesomeeeeee! Tapi, jangan lupa pakai spec mata ni ye.


Siap ada yang clip-on je, sangat mesra dengan orang pakai spec macam saya :D

Lagi bestttttt, kalau TV ni boleh bawa balik rumah. Yeay! Dah la TV kat rumah ni dah seminggu rosak, so rasanya kalau saya dapat pegi partyyy nak kenal LG Cinema 3D Smart TV ni sangatlah hebat kot :P

Tarikh: 23 Mei 2012 (Rabu)
Masa: 6.30pm 
Tempat: GSC Signature, Gardens @ Lounge Area.

I SOOOOOOOooooooOOOOOooWANNNA goooooooooo!

Saya nak cakap lebih-lebih pun, saya tak sure sangat sebab saya pun digest info pasal LG Cinema 3D Smart TV ni kat The Next Generation 3D TV ni kat sini dan nak experience sendiri pulak kalau Nuffnang bermurah hati nak ajak pergi partyyyy tu nanti :)

Good news jugak, sebab LG sekarang ni ada Mother's Day promotion tapi di outlet KLCC sahaja dari 11 hingga 20 Mei 2012. Jangan lepaskan peluang ;)

For more info, please click kat sini Facebook  dan LG Blog . 

14/05/2012

I am the child who cannot walk

Pagi tadi saya tengok kat notification kat FB ada Kak Afidah Ayob invite join group "Helping Hands". So, saya tengok la apa yang ada kat group tu. Bagus betul group ni. Support group yang saya rasa sangat bermanfaat untuk saya dan Lope. Tak habis tengok lagi, saya singgah kat document yang ada. Saya tertarik dengan satu catatan yang tajuknya "I am the child who cannot walk" - terus teringatkan Lope. 


So, saya klik. 
Saya baca.
Saya menangis :(

Inilah yang Lope rasa. Sebagai seorang manusia, tipulah kan tak ada pun niat Lope nak berjalan, bermain dan buat sendiri semua perkara. Paling sedih, Lope tak dapat zahirkan apa yang Lope nak bagitahu Mama :( Selepas baca ni, saya yakin. Allah nak berikan saya peluang digging siapa sebenarnya saya. Saya yakin, saya seorang yang kuat, fleksibel dan bertanggungjawab dengan amanah Allah beri. Saya yakin, Allah itu Maha Penyayang dan sebab sayang dia kurniakan saya Lope, anak syurga untuk tambahkan pahala saya.


Terima kasih, Allah kerana anugerahkan anak syurga ini untuk saya. Dan, kalau ada masa, please spare your 2 minutes time untuk baca apa yang saya paste kat bawah ni. Bacalah dan anda akan lebih memahami Lope saya.
===

I am the child who cannot walk

You often pity me. I see it in your eyes. You wonder how much I am aware of... I see that as well. I am aware of much...whether you are happy or sad or fearful,patient or impatient, full of love and desire, or if you are just doing your duty to me. I marvel at your frustration, knowing mine to be far greater, for I cannot express myself nor my needs as you do.
You cannot conceive my isolation, so complete it is at times. I do not gift you with clever conversation, cute remarks to be laughed over and repeated. I do not give you answers to your everyday questions, responses over my well-being, sharing my needs, or comments about the world around me. I do not give you rewards as defined by the world's standards...great strides in development that you can credit yourself.
I do not give you understanding as you know it.

What I give you is so much more valuable...I give you instead opportunities. Opportunities to discover the depth of your character, not mine; the depth of your love, your commitment, your patience, your abilities; the opportunity to explore your spirit more deeply than you imagined possible. I drive you further than you ever go on your own, working harder, seeking answers to your many questions, creating questions with no answers. I am the child who cannot talk.

I am the child who cannot walk. The world sometimes seems to pass me by. You see the longing in my eyes to get out of this chair, to run and play like other children. There is much you take for granted. I want the toys on the top shelf. I need to go to the bathroom... oh...I've dropped my spoon again! I am dependent on you in these ways. My gift to you is to make you aware of your great fortune, your healthy back and legs, your ability to do for yourself.  Sometimes people appear not to notice me; I always notice them. I feel not so much envy as desire, desire to stand upright, to put one foot in front of the other, to be independent.
I give you awareness. I am the child who cannot walk.

I am the child who is mentally impaired. I don't learn easily, if you judge me by the world's measuring stick. What I do know is infinite joy in the simple things. I am not burdened as you are with the strifes and conflicts or a more complicated life. My gift to you is to grant you the freedom to enjoy things as a child, to teach you how much your arms around me mean, to give you love. I give you the gift of simplicity. I am the child who is mentally impaired.


I am the disabled child. I am your teacher. If you allow me, I will teach you what is really important in life. I will give you and teach you unconditional love. I give you my innocent trust, my dependency upon you. I teach you respect for others and their uniqueness.I teach you about the sanctity of life. I teach you about how very precious life is and about not taking things for granted. I teach you about forgetting your own needs and desires and dreams.
I teach you giving.

Most of all, I teach you Hope and FAiTH.

I am the Disabled Child
~Author Unknown~

Selamat Hari Ibu

Sana sini orang tulis pasal Hari Ibu hari ni. Kat FB, kat Twitter sampaikan saya terima 2 kali sms via Celcom katanya dari Najib Tun Razak. Eheh. Motif sangat Najib Razak wish ibu-ibu di Malaysia yang pakai Celcom. :p Telco lain ada ke?

Apapun, bagi saya Hari Ibu ni semua tak perlu sebab saya cakap saya sayang kat Cik tiap kali saya telefon dia. Mungkin tak cakap, tapi kenapa saya telefon dia dan gayut lama-lama? Of course la sebab saya sayang dia. Kalau tak sayang, tak ingat takde nye saya call. Paling sekejap cakap dengan Cik setengah jam. Selalunya selang sehari saya call. SMS tak kiralah. Tiap kali saya call Cik, masa jawab phone suara 'letih' tapi ditengah perbualan Cik sangat happy, ketawa dan macam-macam cerita keluar. Bila saya cakap terpaksa letak phone dulu, suara Cik pun dah down. Tak best tau nak letak phone bila dengar suara Cik macam tu ....... -___-"

Semenjak saya menjadi Mama ni, saya rasa saya dah tahu definisi sejati kasih sayang seorang ibu. Perkataan yang paling tepat nak menggambarkan kasih sayang seorang ibu adalah tanpa batasan dan tidak bersyarat. Bila saya dah jadi Mama kepada Lope baru saya tahu macam mana rasanya 'sayang' tu pada anak. Sayang yang bila anak sakit, rasa Ya Allah, boleh tak kita bertukar tempat dengan anak? Contohnya, minggu lepas Lope tersembam sebab Bibik cuai tu. Bila ingat balik, rasa gerammmmmmmm sangat.




Sedikit je nak pesan sekiranya korang masih ada ibu. Hargailah dia. Nilai seorang ibu tiada bandingannya dalam dunia ni. Sebab tu Rasuluallah SAW pun cakap, siapa yang wajib ditaati didunia ini dan memjawabnya Ibumu, Ibumu, Ibumu. Bila ditanya kali keempat barulah dijawabnya Ayahmu. Nisbah 3 : 1 tu mesti ada sebabnya dan bila saya jadi ibu saya tahu kenapa ibu yang wajib ditaati. 




Ini Cik saya :)

Ya saya tahu, dia masih cantik dan sentiasa akan kekal cantik di hati dan di mata saya. Tak kiralah berapa usia Cik pun, saya bersyukur pada Allah sebab setiap hari apabila saya celik mata di waktu pagi Cik masih ada. Saya sangat syukur. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya berterima kasih kerana masih dikurniakan ibu. 

Dalam doa saya saban hari, saya mendoakan kepada Allah agar mengampunkan dosa-dosa yang ibu saya pernah buat dan akan buat. Saya doakan agar saya diberi peluang untuk menggembirakan hati Cik di usia senjanya. Saya tidak mempunyai jutaan ringgit untuk membahagiakan Cik namun saya yakin, doa anak yang selalu mendoakan kebahagiaan dan kesihatan Cik di hari tuanya sentiasa didengari oleh Allah. Cita-cita saya, cukuplah andai satu hari nanti saya diberi peluang untuk menjaga, melindungi dan menggembirakan Cik. Itu adalah doa saya saban hari memohon kepada Allah.

Sekiranya anda masih mempunyai seorang wanita bergelar ibu, apabila bertemuanya nanti, peluklah dia. Sekiranya ibu anda berada jauh dari pandangan mata anda, maka hubungilah dia. Saya yakin, seorang ibu yang berada jauh dengan hanya mendengar suara kita sudah boleh menggembirakan hatinya. Jika ibu anda sudah tiada, tadahlah tangan minta diampunkan segala dosa lampaunya dan ditempatkan bersama-sama kekasih Allah.

Nak tahu macam mana ibu kita merindukan kita?

Sama seperti apabila di pejabat saya teringin sangat nak balik sekejap untuk cium Lope dan Obiya. Tiap kali itu juga, saya akan telefon rumah bertanyakan mereka dan Obiya cuma perlu cakap "Hello Mama" sudah cukup membuatkan hati saya lega dan mendengar suara Lope di belakangnya bercakap dalam bahasa german sahaja sudah cukup menggembirakan. Begitu jugalah ibu kita ;) Tak kira la sama ada size si anak lebih besar dari ibu sekalipun, kita tetap baby dia selamanya. So, jangan lupa hargai ibu anda.

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu di dunia.

Sedar atau tidak, anda adalah sempurna menjadi seorang wanita apabila anda sudah bergelar ibu. Hargailah mereka yang menjadikan anda seorang ibu (suami dan anak) kerana ini adalah pengalaman hidup yang paling indah untuk anda tempuhi.

12/05/2012

Lope is back!

Alhamdulillah.


Walaupun 'sakit' yang Lope alami sabtu lepas masih berdarah dalam hati mamanya, Alhamdulillah sebab budak kecik sekuat Lope kembali kepada rutin biasa. Tiada lagi minum susu pakai syringe dan tiada lagi makan kena serongkan sudu ke sebelah kiri. Sekarang ni, dah nampak Lope yang kembali aktif berguling ke sana ke mari, berjalan di atas lutut dan melompat-lompat :) Juga, sudah kembali seorang budak berusia 5 tahun yang suka ketawa mengekek dan memeluk mamanya sepulangnya mama dari pejabat.


Ada lagi yang lebih menggembirakan. Terima kasih Allah. Setiap yang berlaku pasti ada buruk dan baiknya. Salah satu kebaikan yang saya lihat adalah Lope makin bertambah sebutan, bunyi dan ceritanya. Mulutnya tak henti pot-pet dan saya bersyukur. Mungkin kerana tersembam dengan kuat, mulut, lidah dan rahang dah bergegar dan dah trigger Lope punya sensori. Wa-allahuaklam. 


Walaupun Lope dah ok, tapi giginya sedikit jongang. Kesannya pada saya sendiri, saya agak phobia apabila melihat Lope bergerak sendiri. Bimbang dia akan terjatuh dan mengakibatkan dia cedera lagi. Juga, setiap kali Lope menutup mukanya dengan kedua tangam atau memasukkan tangan ke mulutnya, saya juga yang gerun. Gerun dia akan sakit. Bukan itu saja, boleh dikatakan kepercayaan saya terhadap Bibik berada di angka kosong :( Saya boleh memaafkan tapi tidak boleh melupakan. 


Apapun, welcome back, Lope! :)


11/05/2012

Obiya si kakak tua =)

Heeee.. suka-suka je panggil anak si kakak tua :P 

Burung kakak tua tau.

Diva sangat kot pegi wedding orang bawa kipas sebab dia cakap "panas" :P

Inilah "burung kakak tua" saya :P 

Selain Lope, dia adalah separuh daripada nyawa dan hidup saya. Makanya, saya tidak mampu bernafas tanpa mereka. Akhir-akhir ini, saya gembira sebab speech Obiya dah bertambah. Banyak vocab dah tambah dan yang paling comelnya, dia ni ibarat macam Tom The Talking Cat dah - mengajuk orang bercakap. Pastu, kalau setakat nak buat Abah melting then ajak singgah "M" (Mc Donalds) atau "eF-Cee" (KFC) itu dah memang expert sangat dah. 

Bagi saya, ini adalah saat yang sangat berharga. Seringnya, milestone Obiya dibandingnya dengan Lope, maka seringnya saya rasakan anak saya yang seorang ini sangat cerdas dan pantas pembesarannya :P Di usia 3 tahun, Obiya sudah mampu bercakap which Lope masih belum boleh dan Insya Allah akan bercakap nanti menyampaikan maksud hati dan yang paling best, siap mengadu lagi bila Lope buat dia. Lope bukan buat apa pun, adalah tertolak dia sket, tertendang dia sket. Makanya, cerita mengadu tu akan diulang satu hari kat Mama atau Abah sebab kami dah pesan, kalau Lope buat Obiya, jangan buat Lope balik, tapi report kat Mama atau Abah. Nanti Mama/Abah akan 'tegur' Lope. Tapi, bila orang buat Lope, dia terus sepak orang tu :P Sangat protective, kan? Part dia menjadi seorang yang protective pada Lope tu, baguslah tapi part tendang orang tu, mungkin patut 'dilembutkan' sedikit kot. 


Selain menjadi burung kakak tua, Obiya juga adalah "soft-spot" si Abahnya. Marah macam mana pun Encik Bubu, bila Obiya datang tiba-tiba dan kiss lepas tu hug Abahnya, saya boleh tengok Encik Bubu 'cair' serta merta. Terus dari bercakap nada tinggi terus jadi cool. Betullah orang cakap, anak perempuan ni 'sejuk' dengan ayahnya. Alhamdulillah. Bukan dengan Abah aje yang cair, Tok pun sama. Tambah cair bila setiap orang dalam rumah tu sebelum keluar rumah, Obiya akan datang bersalam, kiss dan hug. Kalau dengan Tok, siap ada extra lain. Dia siap pesan "li lat" (beli coklat) :P

Akhir-akhir ni jugak, semua orang tegur badan Obiya dah naik bagaikan johan >.< Mama dia sedikit cuak disitu. Nak dukung dia pun punyalah berat. Sebenarnya Obiya ni kuat minum susu. Nasi adalah makanan yang dia paling tak suka dan paling suka coklat, junk food and sweet drinks. Semua ni membimbangkan saya sangat-sangat. 


Tengok badan dia dengan Lope - beza 2 tahun ni tapi nampak macam Obiya lah kakaknya. Oh, lepas ni Obiya masuk sekolah, harapnya bila dah ada kawan-kawan dia akan lebih 'mengurus' harapnya. Walaupun Mama dan Abah ni comel belaka, sekurang-kurangnya masa kami kecik, size kami semua macam Lope tu :P Lepas ni, semua orang dalam rumah tu kena diet melainkan Lope sahaja :)

Mini ME!!

Semenjak dua menjak ni juga, muka paras Obiya dah makin banyak macam Mama dia :P Oh, suka la jugak sebab bila berjalan orang cakap muka macam Mamanya tapi masih lagi rasa muka Obiya ni lebih kepada Abahnya kot. Walau muka siapapun dia, ini anak kami maka betullah mengikut acuan muka kami. Eh, Lope tak macam muka kami? Ehem, get the facts right dulu tau.


Gambar budak kecik sebelah kanan itu adalah penulis pada usia 5 tahun. Ehem, so dah tahu la kan Lope ni amik muka sape? :P Bukan dapat kenan dari mat salleh ye :D Bila Obiya bercakap, secara tidak langsung dia menjadi idola kepada Lope. Saya perhatikan, Lope sendiri suka mengajuk perkataan yang saya repeat banyak kali. 

Setiap kali saya bercakap dengannya, saya akan mengulang pertanyaan yang sama dengan menggunakan beberapa ayat yang berlainan seperti "Lope dah makan?" - "Lope dah makan apa?" - "Lope makan banyak?" - "Makan sedap?" - "Bagus anak mama makan tau" Selepas tu, saya akan dengar Lope mengajuk saya cakap "a-kan, a-kan, a-kan" oh! bangga anak dapat capture perkataan yang Mama dia sebut ;p well done Lope!

Okey, itu aje untuk cerita burung kakak tua saya dan si abangnya. Till then, take care :)