Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/04/2012

Akhirnya, Lope akan ke "sekolah"

*mix-feeling*

Sebelum bercerita mengenai sekolah Lope, geramnya sebab apa yang dirancang tak menjadi. Lain yang dirancang, lain yang menjadi. Namun, semua tu ada hikmahnya.

Kononnya nak join family Superkids ke Kelumpang. Siap packing barang dah. Siap dah bayar deposit resort tu. Siap dah beli raw materials nak tapau food untuk makan malam tu. Alih-alih Encik Bubu bawa bad news bila dia pergi workshop petang Jumaat tu sebab air-cond kereta bukan habis gas tapi bocor. So, kena baiki dan masuk workshop. Maka, tak berani nak berjalan tanpa aircond kalau bawa Lope. Nanti eczema dia makin teruk, tambahan pulak sekarang ni musim panas macam ni.

Sobs.

Siap buat banner bagai. Alih-alih, banner je sampai, tuannya tak pegi -___-"

Sebab dah janji dengan Lope dan Obiya weekend ni akan 'keluar' maka kena juga fulfill apa yang dijanji. Mesti buat. Malam sebelumnya, saya sengaja browsing page IMC Training Centre.   Sebelum ni memang dah tahu Farid dan Ita dah hantar Alisya, Ina & Zul dah hantar Nabila, Jiey dan Minn dah hantar Ian dan Zura & Shah dah hantar Habib ke sini. So, selepas beberapa round istikarah, beberapa siri perbincangan dengan Encik Bubu, akhirnya semalam hantarlah email kepada Mrs. Sunny. 

Suprisingly, Mrs. Sunny reply terus malam tu minta saya bawa Lope ke IMC untuk assessment. Seriously cuak dan berdebar nak bawa Lope ke sini. Cuak sebab saya terlalu protective bila dengan Lope. Bimbang kot-kot Lope akan diabaikan. Okey, Mama dia terlalu cuak. Tapi dengan segala gelojak rasa perasaan tu, selamat juga bawa Lope berjumpa Mrs. Sunny kat IMC.

Friendly adalah perkataan yang sesuai saya gambarkan pasangan Sunny ni :) Alhamdulillah, perasaan yang pertama hadir dalam hati saya tatkala melangkah masuk ke dalam IMC adalah meyakinkan. Bukan saya tidak pernah pergi meninjau 2-3 pusat penjagaan kanak-kanak khas sebelum ini, tapi IMC membuatkan hati saya terpaut. Selepas di assess - Lope dibiarkan berdiri, bersendiri, didudukkan, diberdirikan, digolek dan dibiarkan sendiri, saya lega apabila Mrs. Sunny cakap "the hope is there for him to walk".

Hanya sebaris ayat tu dah membuatkan saya lega. Sangat lega. Setelah 5 tahun, itu yang saya harapkan untuk Lope. Berjalan sendiri (sekurang-kurangnya) dan seterusnya menguruskan diri sendiri. Mengikut Mrs. Sunny dia nak Lope datang terus lusa (30 April 2012, Isnin). Saya dan Encik Bubu belum memberikan kata putus.  

Kenapa kami masih ragu-ragu?

Secara jujurnya, saya masih belum bersedia 'melepaskan' Lope. Bersedia dalam konteks secara mental. Selama ini, saya selalu cakap kat diri sendiri, Lope akan ke "sekolah" bermula Julai. Lusa adalah terlalu cepat untuk saya.

Kedua, bersedia dari segi kewangan. Apabila Lope melangkah ke sekolah, kedudukan kewangan saya juga turut melangkah. Dengan komitmen yang saya ada sekarang, bukan senang untuk saya  mengaturnya. Kenapa Julai baru saya mampu? Sebab masa tu Bibik dah terbang pulang ke Indon. Maka, peruntukan gaji Bibik barulah boleh disalurkan kepada Lope. Oh, ketatnya kedudukan kewangan saya. Sobs.

Ketiga, secara psikologinya saya merasakan saya perlu memberi gambaran lebih awal kepada Lope. Saya kenal siapa Lope. Kalau mahukan dia bersedia, pesan, pesan dan pesan kepadanya bahawa kelak dia akan bersekolah. Kelak dia akan ditinggalkan sendirian tanpa Mama mahupun Bibik yang akan menyuapnya makanan dan memegang botol susu apabila mahu diminum. Juga, tidak ada 'alert' dari Obiya yang memberitahu Mama mahupun Bibik bahawa Lope "poo-poo".  Oh, sedihnya Mama :')

Keempat, sekiranya Lope ke sekolah, maka Obiya juga harus sama ke sekolah. Memandangkan Obiya masuk sekolah mulai Jun, maka saya merasakan adalah patut mereka masuk sekolah serentak. (Lepas tu kalau dua-dua budak masuk sekolah, apa nak dibuat dengan Bibik kat rumah waktu paginya? Tengok sinetron kah?) :p

Mata kiri Lope sedikit bengkak dan merah :(

Kelima, Lope kemungkinan sakit mata :( Semalam, seharian berjalan dan matanya sedikit bengkak dibawah mata dan bertahi. Lepas tu, Lope kerap gosok dan cucuk mata. Mungkin dia rasa mata berpasir. Masih dalam pemerhatian.

Maka, its official Lope hanya akan melangkah ke sekolah pada Jun 2012 atau pun seperti perancangan asal pada bulan Julai 2012. Harapnya dalam tempoh 2 bulan ini, saya boleh 'melepaskan' Lope pergi, berdikari, sendiri di sekolahnya. Saya tahu dan saya yakin dia akan dijaga, diajar dengan sebaiknya tapi...

Oh, tapi itu yang bencinya sebab saya akan runsing, bimbang, gundah gulana memikirnya Lope sepanjang hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang tanpa saya mahupun Bibik. Ya Allah, permudahkan untuk Lope saya.

Ceh! sebulan lagi Mama. Let him go!

Till then, take care.


teka siapa punya dinner?

p/s: i love weekend sebab boleh main masak-masak kat dapur :p

25/04/2012

My Nestle Incredible Story

Pernah tak korang rasa lapar dan tak tahu nak makan apa? 

Sure pernah, kan? Saya memang selalu macam tu :P Perkara paling simple, sedap dan selalu saya buat adalah dengan mencari sebungkus mee dalam pack kuning ini.
Sempena 100 tahun Nestle - saya nak kongsi cerita mengenai saya dan Mee Segera Maggi. 

Okey, ini adalah kegemaran saya. Dulu, masa saya kecik Kak Yan lah orang bertanggungjawab yang kenalkan Maggi Perencah Kari kat saya. Waktu tu saya masih belum bersekolah, 25 tahun yang lalu yang mana pack Maggi bukan macam dalam gambar ni dan yang mana harganya di kedai cuma 50 sen. Waktu tu, memasak Maggi dirumah adalah 'satu kesalahan' sebab Cik (mak) agak sentap la bila anak-anak makan Maggi sebab dia penat-penat masak. Bukan nak cakap makanan Cik tak sedap, tapi semangkuk Maggi yang direndam dengan air panas adalah awesome. Tambah sedap lagi sebab kami terpaksa berkongsi semangkuk maggi dan kadang-kadang mungkin sampai bertiga sebab Abang Khas juga akan interframe.


Bila usia makin meningkat pula, Maggi menjadi 'makanan' dikala PMS nak datang. Selalunya, seminggu sebelum PMS, terasa sangat nak makan asam-asam. Paling saya suka - Maggi Asam Laksa. Ya Allah, sedapnya. Waktu nak tulis ni pun, mulut dah kecur bila teringatkan rasa asamnya yang real. Sama juga, direndam dengan air panas adalah yang terbaik. Biar mee sedikit kembang dan baru makan.

Bukan itu saja, Maggi ni juga bila kita buat Maggi goreng, campur sawi dan kubis sket dan dimakan dengan telur mata! Pergh. Maggi Goreng Mamak nak sedap lagi campur udang. Pernah sekali pegi rumah arwah Ayah Lope (uncle Bubu) then Auntie masakkan Maggi Goreng macam dalam gambar ni.


Juga, ini adalah versi rajin sket bila masak maggi dicampurkan dengan telur juga lazat!


Pernah juga makan Murtabak Mini Maggi yang Fatin Liana masak - masa tu dia tak kawin lagi, sama-sama melepak dirumah Ayah Di dia kat Segambut.


Terima kasih Nestle diatas penciptaan Maggi Mee Segera ini. Dari kecil sampai sekarang, saya bertuah kerana selepas 70 tahun Nestle berada dimuka bumi ni baru saya lahir :) Teruslah menghasilkan produk yang sedap, mudah dan menggembirakan. Saya yakin, anak cucu cicit saya di masa akan datang juga akan menulis sesuatu seperti ini menghargai Nestle.


Saya menghargai Nestle dan rangkaian produknya yang sedap, lazat dan mudah untuk disediakan sebab tu saya menyertai My Nestle Incredible Story. 




Korang pun sama nak kongsi cerita mengenai Nestle? Klik sini


Tahniah Nestle untuk 100 tahun bersama kami dan beribu lagi di masa akan datang :D

Barbie & Obiya

Semenjak dua menjak ni, Obiya dah mula menunjukkan ciri-ciri 'gegirl' dia. Bermula dengan suka semua benda kaler pink, Obiya juga dah tahu macam mana nak menjaga penampilan diri. Oh ye, penampilan diri ye. Anak perempuan saya dah besar :D

Penampilan diri tu adalah dengan memilih pakaian sendiri. Seawal usia 3 tahun, Obiya dah tahu memilih. Selepas mandi, dia akan pilih sendiri dan apa yang pastinya pakaian kegemaran Obiya haruslah berwarna pink. Pernahlah baju yang dia nak pakai tu tak kering lagi dan sebagai tanda protes dia tak nak pakai baju. Geez, kids nowadays!

Tak memadai dengan baju, dia juga dah pandai nak sikat-sikat rambut ni - sebab tu rambut haruslah panjang dan tak nak ikat. Kat rumah tu, semua sikat dia simpan kat tempat mainan dia. Tambah lagi, kalau sikat tu kaler pink. Haruslah dia angkut jadi harta terus. Sambil sikat-sikat rambut, dia akan humming sambil berlakon. Oh, mungkin sedang bermain dengan imaginary friends dia :p Oh, bukan itu saja, hobi Obiya adalah suka sikat rambut Mama & Lope jugak. Selalunya Lope la yang jadi mangsa eksperimtasi Obiya :)

Nak tiru minah ni la maka rambut tak boleh nak diikat - nanti tak gegirl kot :p

So, rasanya ini adalah perfect gift untuk Obiya yang sangat gegirl. 

Barbie®’s Fashion Combo 
Barbie yang stylo ni siap ada 5 set persalinan, ada handbag & 5 pasang kasut! 


Selain didatangkan dengan warna pink - ada juga 5 pasang outfit yang sangat awesome disitu. Rupanya, macam ni ada anak perempuan :P So, hujung bulan ni nampaknya Mama dia pun kopak la kena beli Barbie ni buat balik rumah. Retail price is only RM99.90 - kurang seposen je RM100. 

Don't worry, materials sesuai untuk budak-budak buat eksperiment pakai dan tanggal pakaian sendiri. Selain diaorang having fun pakaikan baju cantik kat barbie, diaorang juga belajar macam mana nak menggunakan kemahiran hidup dan common sense nanti bila bermain dengan mainan.

Tugas kanak-kanak adalah bermain. So, berikan mereka tugasan untuk belajar ;)

Till then,  take care.

18/04/2012

Special Needs Moms


I found this on  FB and it bring tears after reading it.
This is truly how I feel - being a special needs mom.


Special Needs Moms - A look inside

You may think us "special moms" have it pretty rough.
We have no choice. We just manage life when things get really tough.
We've made it though the days we thought we'd never make it through.
we've even impressed our own selves with all that we can do.

We've gained patience beyond measure, love we never dreamed of giving .
We worry about the future but know this "special" life's worth living.
We have bad days and hurt sometimes, but we hold our heads up high.
We feel joy and pride and thankfulness more than we cry.

For our kids, we aren't just supermoms. No, we do so much more.
We are cheerleaders, nurses and therapists who don't walk out the door.
We handle rude remarks and unkind stares with dignity and grace.
Even tough the pain they bring cannot be erased.

Therapies and treatment routes are a lot for us to digest.
We don't know the future holds but give our kids  our best.
None of us can be replaced, so we don't get many breaks.
It wears us out, but to help our kids, we'll do whatever it takes.

We are selfless, not by choice, you see. Our kids just have more needs.
We're not out to change the world, but want to plant some seeds.
We want our kids accepted. That really is our aim.
When we look at them we just see kids. We hope you'll do the same.

- April Vernon


I won't change the way my autistic son views the world, 
but I will change the way the world views him.

13/04/2012

12 April 2012 = 5!



Someone is adding another number to his age.

Happy (belated) 5th Birthday, Lope!

Mama tulis ni untuk Lope - edisi ke 5 :) 


Mama harap, bila Lope pandai baca, Lope faham apa yang Mama tulis, Lope akan baca kesemua catatan Mama tulis untuk Lope di setiap hari istimewa Lope. Insya Allah, dipanjangkan usia, dengan izin Allah, Mama yakin Lope akan mampu membaca catatan Mama ni.


Lope,


Hari ini genap usia Lope 5 tahun. 5 tahun bukanlah jangka masa yang sekejap. Hari ini, dari segi fizikalnya - alhamdulillah. Lope anak Mama dah besar panjang - 112cm & 17kg weight. Anak Mama membesar menjadi seorang anak yang sangat kacak (sengaja puji dan selalu sebut sebab itu adalah doa :P) dan makin lama makin tinggi. Anak Mama yang sorang ni suka berus gigi, suka makan porridge ayam dan kalau tak ada sayur sawi atau carrot dia akan buat muka boring ;) 


Sebulan dua ni, Mama biarkan rambut Lope jadi panjang macam rambut The Beatles. Rambut didepannya hampir mencecah mata dan sideburn pun dibiarkan panjang. :P


Oh, ini Ringo - bukan anak Mama :)


Warna kulit, rambut dan mata masih tidak berubah dengan yang Mama lahirkan 5 tahun lepas. Gigi Lope juga dah tumbuh cantik, tersusun putih. Anak Mama ni rajin berus gigi, tak makan junk food dan tak hairanlah giginya cantik :) 


Ini anak Mama - gambar tak clear tapi nampak gigi putih :)


Lope,


3 tahun dulu, Mama selalu tunggu tempoh anak Mama menjengah ke angka 5. Angka 5 adalah benchmark yang Mama letak untuk melihat Lope berjalan. Walaupun Mama tak mampu nak capai benchmark tu lagi dan Mama sedikit terkilan, Mama rasa ini bukanlah hari yang sesuai untuk Mama nak fikirkan perkara yang tak gembira tu.


Lope di usia 5 tahun masih belum bercakap namun Lope mampu berkomunikasi dengan Mama. Alhamdulillah sebab Allah berikan Mama instinct untuk memahami Lope. Tanpa perkataan, tangisan, dengusan dan pekikan adalah cara Lope menyampaikan komunikasi dengan Mama. Mungkin tidak apa yang membanggakan, tapi Mama tetap bersyukur kerana Lope mampu mengeluarkan 'bunyi' dan menangis walaupun kadang-kadang pretty annoying :P


Lope,


Insya Allah, tahun 2012 adalah tahun survival kita bersama (auw!) Mama janji, tahun ni dengan segala rintangan yang Mama ada, Mama akan cuba usahakan sesuatu untuk Lope. Perancangan Mama sentiasa ada, namun kudrat dan halangan sentiasa ada membataskan. Mama tahu, Allah sengaja bagi Mama kesusahan dan halangan untuk bentukkan hati Mama jadi orang yang kuat tapi Mama tahu, Allah tak pernah silap anugerahkan Lope untuk Mama kerana Allah memberi peluang, ruang dan kesempatan untuk Mama besarkan anak syurga sepeti Lope.


5 tahun usia Lope, maka 5 tahun jugalah Mama belajar menjadi orang yang lebih baik. Besarnya hikmah disebalik kelahiran Lope untuk Mama. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih Lope. Macam Mama selalu cakap, selemah mana pun Mama, Lope tak pernah sekalipun gagal buat Mama tersenyum, hanya dengan satu panggilan "Ma" dari mulut Lope. 5 wonderful years!


Lope,


Selamat hari lahir, Lope. Dalam doa Mama, Lope sentiasa ada. Pada Allah, Tuhan yang satu yang Maha Mendengar, Mama minta segala kebaikan dikurniakan kepada anak Mama yang seorang ini. Untuk jangka masa pendek, Mama mengharapkan Lope mampu berjalan di atas kaki sendiri. Insya Allah, dengan izin Allah di atas segala kerajinan dan kegigihan Lope, Lope mampu melangkah, mampu bercakap, mampu menjaga diri sendiri. 


Dengan bantuan Personal trainer ni yang tak putus-putus membantu si abangnya, Mama yakin Lope mampu berjalan dengan jayanya :-)

Lope,

Sepanjang 5 tahun ni, Lope tak pernah menyusahkan Mama dan Abah dan Mama yakin, sampai bila-bila pun Lope tak akan. Mama nak Lope tahu, Mama dan Abah sayangkan Lope lebih dari kami sayangkan diri sendiri. Mama yakin, Obiya juga sayangkan Lope - maka, sebab itulah setiap kali dia keluar dari rumah, dia akan sebut nama Lope dan menangis bila Lope tak ikut. :')

Doa Mama, Lope akan menjadi anak yang kuat dari segi fizikal dan mental. Anak yang akan membahagiakan Mama dan Abah, seorang abang yang akan menjaga adiknya (Insya Allah) dan tak banyak yang Mama minta, cukuplah bila Lope besar nanti Lope boleh jaga diri sendiri tanpa menyusahkan orang. Dilindungi hidup Lope dari segala malapetaka, dijauhi dari perbuatan jahat orang serya dipelihara kehidupan Lope di dunia dan di akhirat. Tak lupa juga, ramai orang mendoakan kesejahteraan Lope - saudara mara dan kawan-kawan Mama juga Uncle FT ;)


For the record, inilah birthday boy masa 3 tahun 11 bulan - picture taken sehari sebelum birthday on 2012

.
.
.
.
.


.
.
.
.
.

dan, inilah adalah gambar di hari kejadian ;)

.
.
.
.
.


Uittss, birthday boy kantoi pakai Tabloq kat rumah :P

Happy 5th Birthday, Lope!

Xoxo - Abah, Mama, Obiya & Bibik.

p/s: hadiah kena tunggu Abah balik dari Jakarta :)

05/04/2012

Bulan Kesihatan Mulut 2012 - Kaviti Sifar



Selain Bulan Kesedaran Autisma Sedunia, bulan April juga adalah Bulan Kesihatan Mulut (Oral Health Month) yang mana dilancarkan oleh Colgate bagi memotivasikan rakyat Malaysia tentang penjagaan kesihatan mulut untuk kehidupan yang lebih sihat. Bagi tujuan ini, pelbagai acara diadakan melibatkan orang ramai, promosi keluarga dan kehadiran artis selebriti. Kempen yang diadakan untuk tahun ke-9 berturut-turut ini merupakan usaha sama tahunan antara Colgate-Palmolive Sdn. Bhd. dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dengan sokongan Bahagian Kesihatan Mulut, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Dengan tema "Misi Kami : Kaviti Sifar" , Bulan Kesihatan Mulut 2012 bermatlamat untuk melibatkan lebih setengah juta penduduk Malaysia dalam beberapa siri roadshow menerusi 772 buah klinik pergigian ahli MDA bagi mendidik dan menyedarkan orang ramai tentang amalan kesihatan mulut yang betul disamping menyediakan pemeriksaan gigi percuma sepanjang bulan ini.

Semalam, bertempat di 1Utama, pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rosnah Shirlin bt. Haji Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan disaksikan oleh Dr. Md. Muzaffar Hamiruddin, Presiden MDA berserta para wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Colgate-Palmolive dan MDA. Lebih menariknya lagi, bagi menjayakan kempen ini, Faizal Tahir yang dilantik menjadi selebriti bagi majlis ini hadir bersama-sama anak-anaknya Ahmad Mikaeel Zidane, Siti Raudhah Nur Iman dan Ahmad Rifa'ie Zidane. Majlis pelancaran ini juga turut diserikan lagi dengan kehadiran kanak-kanak daripada Sekolah Komuniti Rohingya, Cheras yang dijemput khas oleh Persatuan Yellow House bagi menyokong pemeriksaan pergigian kerap di usia muda untuk mulut sepanjang hayat. 

Dr. Mohd Muzafar Hamiruddin - Presiden MDA bersama Datuk Rosnah - Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan John Hazlin - GM Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd melancarkan Bulan Kesihatan Mulut 2012.
Matlamat Bulan Kesihatan Mulut 2012 yang bukan sahaja menyediakan pemeriksaan pergigian percuma dan mengedarkan sampel-sampel produk sahaja, tetapi  untuk menerapkan pemahaman yang mendalam di kalangan orang ramai mengapa kesihatan mulut yang baik penting bagi kesejahteraan dan masa depan keluarga mereka. Kempen ini juga selari dengan matlamat kesihatan mulut Organisasi Kesihatan Sedunia iaitu Start Early, Healthy Mounth for a Healithier Life.

Kanak-kanak di bawah naungan Persatuan Yellow House Kuala Lumpur telah dijemput untuk menjadi tetamu pertama pada pelancaran Bulan Kesihatan Oral 2012.
Kempen Kesihatan Mulut 2012 adalah selain untuk mendidik ibubapa mengenai kepentingan penjagaan mulut yang baik dan mendidik ibubapa tentang kepentingan kesihatan mulut sepanjang hayat, ibubapa digalakkan untuk datang sendiri membawa anak-anak ke tapak-tapak pameran untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian percuma, nasihat pakar, sampel produk Colgate dan menikmati modul-modul pendidikan kesihatan dalam cara yang menyeronokkan dan interaktif bagi seisi keluarga. 


Bukan itu sahaja, julung kalinya Colgate akan mengadakan pelancaran kempen Lawatan Pergigian Pertamaku iaitu satu peraduan terbuka kepada orang ramai yang bertujuan untuk menggalakkan amalan keberishat mulut dan juga pemeriksaan pergigian yang kerap sebagai aktiviti tetap keluarga. Dengan kempen ini, orang ramai berpeluang membawa anak-anak mereka bercuti ke Universal Studio, Singapore.




Ini pula pesanan dari Faizal Tahir selaku Supporting Celebrity for Oral Health Month.


Jangan lupa sertai Bulan Kesihatan Mulut ini dengan hadir sendiri bersama keluarga.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:


Buat sesiapa yang berada di kawasan Cyberjaya/Putrajaya, jangan lupa datang 
pada 20-22 April di Guardian Putrajaya.


Till then, take care.

03/04/2012

Light it up BLUE!

Semalam - 2 April adalah Hari Kesedaran Autisma Sedunia. 

Dah nama lagi ingin menambahkan Kesedaran, maka saya membuat satu jemputan di Facebook meminta kepada rakan, teman dan keluarga yang prihatin agar memakai pakaian berwarna biru agar menyokong kempen kesedaran ini.

Kempen yang saya ini sebenarnya tidak melibatkan kos dan masa, sekadar menyatakan sokongan dan prihatin kepada individu Autisma dengan memakai pakaian berwarna biru. Rancaknya kempen ini di group Autisme Malaysia, begitu juga rancaknya saya canang di Twitter, Facebook dan Fanpages.

Saya sangat bertuah kerana saya dikelilingi dengan rakan, taulan dan ahli keluarga yang prihatin dengan kempen ini. Tapi, tak kurang juga yang tertawa melihat saya gigih di Facebook dan Twitter mencanangkan orang apa itu Autisma. Tak apa, ketawalah sebab anda tidak dikurniakan Allah dengan pemberian yang istimewa ini. 

Ada juga yang bertanyakan kepada saya Autisma itu apa. Ada juga yang memang tak tahu Autisma itu apa dan menyokong dan bermacam lagi. Paling bermakna, kerana kempen saya ini juga, saya menemui seseorang yang pada kecilnya seorang autistik dan kini menyambung pengajian di peringkat ijazah - pulih sepenuhnya dari Autisma!

Bermaknakan Kempen Kesedaran Autisma ini? :-)

Hari ini, saya kongsikan sebahagian mereka yang menyokong Hari Kesedaran Autisma yang mana terdiri daripada insan-insan Autisma sendiri, rakan taulan, celebriti dan juga public figures yang membantu saya menyebarkan kesedaran ini. 









































































Terima kasih!

Sebenarnya, bagi saya Kempen Kesedaran Autisma ini tidak dilakukan pada 2 April sahaja tetapi setiap hari melalui penulisan saya disini, hebahan di Facebook dan juga Twitter. Itu sahaja medan yang saya ada bagi mendidik rakan, taulan dan keluarga saya dengan kewujudan individu Autisma. 

Sebelum saya berakhir, budak pakai baju merah kat bawah ini pun nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membantu Mamanya berkempen semalam. Dia juga nak pesan, kalau sesiapa yang berjumpa dengan dia tapi dia tak pandang, tak jawab soalan atau tidak bersalam - sila ambil maklum dengan tulisan di bawah gambar ini ;)


Till then, take care.