Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/03/2012

Anak cacat sebab kenan, dosa keturunan sebelumnya dan kawin sedara. WOW!

Lama rasanya tidak duduk dan menulis. Hari ini, petang Jumaat. Boss dah lama angkat kaki dan ruang pejabat sudah hampir sunyi. Alhamdulillah, petang Jumaat sebetulnya memang begini. Teman sepejabat akan pulang lebih awal. Ada yang menyampah dengan jalan yang super-duper sesak di hari Jumaat. Nasib tak hujan.

Dua tiga minggu lepas, saya ikut Bubu pergi majlis keluarga. Nama pun majlis keluarga, maka Lope dan Obiya juga diangkut bersama. Disana, ada lah seorang makcik ni. Saya sendiri kurang arif macam mana jadinya dia dengan saya, yang pasti kami bersaudara dari sebelah suaminya.  Ini kali pertama kami bertemu. Makcik ni keluarga jauh dengan saya. Makcik ni dalam lingkungan 60 tahun kot. Masih cantik. Bermake-up bagai. Saya sendiri naik malu sebab memang saya tak selenga. Malas nak taruk warna dimuka.

Lama kelamaan duduk, dia akhirnya menegur saya. Mungkin dia perasan yang Lope ini anak istimewa. Yelah, siapa tak perasan selepas seminit memandang Lope. Memang lain.  Bila dia tanya kenapa, saya tak harapkan orang faham bila saya cakap "Anak saya Autism dan Delay" jadi, nak pendek cerita saya cuma cakap "dia anak istimewa" selepas saya sebut Autism dan Delay muka dia susah nampak nak digest ape ke bendanya.

Lepas tu, mulalah dia 'berceramah'. 

Bermula dengan perkataan "kesian" kemudian dia mulalah buat statement syahdu-syahdu. Saya yang mungkin dah lali, kasi senyum jelah. Saya tak salahkan orang kalau nak kesian dengan kewujudan Lope ni. Dari part kesian, saya layankan aje. Lepas tu, tahap keprihatinan Makcik ni meningkat, dia mula tanya apa Lope boleh buat. Saya pun dengan bangganya ceritalah, anak saya umur 5 tahun minggu depan ni dah boleh duduk tegak, berjalan di atas lutut dan ada menunjukkan minat nak tarik badan dan berdiri. Mungkin cerita saya ni tak berjaya nak impress Makcik ni. Yelah, anak tu umur 5 tahun kot.

Pfffftttt!

Dia pun mulalah tanya saya macam ala-ala polis buat siasatan "Masa mengandung dulu, ada kena kenan ni kot" Deng! Kenan tuh. Saya kurang dengar saya tanya balik "Kena apa Makcik?"  Dia pun mulalah explain. Kenan ni kot-kot masa mengandung saya terkejut dengan apa-apa ke. Saya pun, jawablah seingat saya takde. Pastu, dia sambung lagi. Anak cacat ni sebenarnya ada jugak orang kata sebab nak hukum kesilapan mak bapak dia atau keturunan yang sebelumnya buat banyak dosa.

Saya dah speechless.

Tak pun sebab kahwin sedara. Megat dan Puteri. Sambung Makcik lagi. Masa tu, saya masih memangku Lope di atas riba. Dalam hati secara tiba-tibanya rasa macam panas je. Panas macam rasa nak lempang orang. Tapi, nasib saya baik sebab saya masih rasional.

Secara cool, saya jawab kat Makcik yang sangat prihatin dengan nasib saya dikurniakan anak OKU ni.

"Makcik, mungkin betullah saya atau suami atau keturunan sebelum ni ada buat banyak dosa, tapi itu semua bukan tugas manusia nak pertikaikan. Berkahwin Megat dan Puteri ni pun, secara biologinya saya dah check bertahun-tahun kat hospital, dia cakap tak ada kaitan pun sebab kami bukannya first cousin"

Lepas tu, Makcik tu agak perasan suara saya makin meninggi kot. 
Saya pun terperasan jugak :P 
So, saya coolkan sedikit.

"Takpelah dapat anak cacat macam Makcik cakap pun. Sekurang-kurangnya, Allah bagi saya anak. Allah nak tambah pahala, nak top-up balik saya atau keturunan saya yang lepas-lepas dah banyak buat dosa tu dengan jaga anak macam ni."

Lepas tu saya bangun. Kononnya nak dodoikan Lope nak tido. "Budak besar macam ni, manalah orang dukung dah. Kesian dia." sempat lagi Makcik ni tambah.

Oh, terima kasihlah Makcik.

Statement Makcik tu dari kenan, dosa lampau, kawin sedara dan anak berat tu semuanya buat hati saya macam dihiris-hiris tau. Makcik tak kenal pun siapa saya. Makcik sendiri tak tahu pun nama saya siapa. Saya rasa orang macam Makcik ni lebih baiklah duduk diam-diam aje daripada bercakap. Saya sendiri pun tak pernah kenal Makcik. Saya sebenarnya bawa Lope pegi majlis keluarga bukan nak raih simpati orang, tapi biar sedara kenal dia dan saya pun nak kenal sedara mara.

Allah jadikan saya sebesar ni bersebab lah Makcik. Anak saya beratnya 17kg. Kalau badan saya 40kg je, manakan mampu nak dukung, nak mandikan anak sebesar ini. Anak saya memang tak boleh berjalan, nampah bodoh dari kaca mata Makcik sebab dia asyik gigit jari sambil beratus kali ulang sebut "Abah-bah-bah" tapi saya tak pernah nampak pun semua itu satu kekurangan dan kepayahan untuk saya. Dia sebut "Abah-bah-bah" beratus kali ada baiknya juga dari dia bisu. Takde suara langsung!

Setahu saya, hari tu anak saya tak susahkan Makcik pun. Makcik duduk aje atas kerusi sofa yang empuk kat bawah aircond tu. Anak saya dok dalam stroller dia, sebelah Makcik sebab dia takleh panas nanti badan dia rashes. Badan dia rashes tu pun sebab kenan apa plak agaknya Makcik?

Sedikit kesusuahan untuk Makcik hari tu, mungkin sebab bila anak saya menangis mengantuk. Sakit telinga Makcik dengar kot tapi cucu Makcik yang sebaya dengan anak saya tu lagi hebat. Panjat kerusi, pekik dan menangis serentak tu. Takde plak saya pegi syarah kat papa dia kenapa dia jadi macam tu sebab mak bapak atau keturunan dia pun perangai macam tu ke sebelum ni?

The only thing Makcik pandang Lope dengan pandangan menjengkelkan sebab Makcik nampak dia seorang yang cacat.

Cacat.

Saya bukanlah angkuh tak menerima belas kasihan orang. Saya berterima kasih. Tapi kalau macam cara Makcik ni, terima kasih sajelah. 

Saya cuma harapkan penerimaan Makcik sama dengan cucu Makcik yang sebaya Lope tu. Itu aje. Tak perlu kasihankan saya. Selagi saya mampu, saya bela anak saya sendiri. Selama ni pun, bukan saya susahkan Makcik nak bela dia. Tapi, hari tu, saya takde pun cakap macam ni kat depan muka Makcik. Makcik nak tahu kenapa? Sebab saya hormatkan Makcik. Pastu, saya takde pun menangis depan Makcik sebab saya tahu, air mata tak akan keluar dari mata saya, tapi dalam hati saya rasa sangat sakit, sedih. Orang kata makan dalam wooo.

Pandang muka ni...


Dia sengaja tarik mata dia macam tu, konon nak bagi effect muka sadis
Tapi, Makcik tahu dia bukan cacat jadi mata Makcik pandang dia pun lain.

Tapi, muka comel ini - Walau dia comel mata Makcik tetap pandang dia lain sebab dia cacat katanya.


Terima kasihlah Makcik. 
Makcik sangat awesome!

Till then, take care.

Bila perangai muak nasi datang...

Dua tiga hari ni, tetiba rasa muak makan nasi. Muak la kan, sampaii jadi sebesar ni dah baru tahu muak. Dua tiga hari ni juga, dok ulang makan noodles dan pasta. Hari ini, masa tengah browse tadi, terlihatlah iklan ni.


Terus rasa lapar di pagi hari yang belum breakfast. Dia kata namanya TRIPLE CHICKEN SENSATION FOR PIZZA. Triple tuhhhh!


Ini pun buat perut laparr!


Makan pun ada 3D dah sekarang ni weh. Jangan harap gambar je gempak dah la. So, break waktu jumaat nanti ayuhlah kita sama-sama pegi ye. Makan sepuasnya! 

More info, sila klik dan LIKE

29/03/2012

Nak cakap ni....

Selepas difikir-fikir, ditimbang tara, saya akhirnya memutuskan saya deactivate untuk seketika dari Facebook. Alasannya, bosan dengan Facebook kot. So, mulai dari hari ini, segala perkembangan mengenai kisah saya dan seisi keluarga bolehlah berhubung di sini.


Silalah LIKE dan kalau ada apa-apa, silalah message saya :-)

22/03/2012

Taktik Menculik Anak di Pasaraya.

Berkongsi artikel ini dari FB.


Baca, ambil iktibar dan perhatikan anak-anak semasa di tempat awam.


xxxx


Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. 

Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging , dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu , sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.   

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.   Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.

Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan  rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.   

Siapa pun yang melakukannya -  iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air ,  cukur rambut dan tukar pakaiannya  -  melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. 

Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.   

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya ,  apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.   

SEBARKAN BERITA INI  SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

Kebab Beef BBQ

2-3 hari ni dah muak makan nasi. 

Muak sebab makan banyak sangat :P So, sekarang ni bernafsunya dengan makanan yang bukan nasi. Semalam, sebelum balik dari pejabat sempat google resepi Kebab Daging. Original resepi amik dari Kebab Daging Simple. Lepas baca apa yang patut, pegilah cari barang-barang yang diperlukan yang mana takde dalam friedge kat rumah - daging dan timun.

Mengikut resepi asal yang diupload oleh Arbiah Aziz, dia menggunakan daging cincang aje tetapi memandangkan Encik Bubu suka makan lauk banyak-banyak, instead of beli daging cincang, saya beli daging BBQ. Kalau korang tinggal kat Putrajaya, nak dapatkan daging BBQ ni, silalah ke Cold Storage ye, diaorang dah marinate. Tapi, kalau nak buat sendiri pun, senang sangat cuma perlukan lebih masa nak marinate daging tu.

So, ini bahan-bahannya. Saya ubah sket je dari resepi asal kat sini.

- Daging cincang 200gm - saya guna daging BBQ. Kalau nak buat kat rumah, perapkan dengan lada sulah, bawang putih, jintan manis

- 2 batang Lobak merah (dihiris halus) - saya potong dadu

- 4 biji telur (goreng cincang)

- 2 biji bawang besar (potong dadu)

- 1 sudu kecil Lada hitam (ditumbuk halus) - saya tak guna sebab daging BBQ dah memadai.

- Roti pita

- Sos cili/tomato

- Timun - dipotong bulat

- Tomato buah - dipotong dadu

Mayonnaise / thousand island - ikut suka korang. 

Cara Membuatnya:

- Panaskan minyak. Goreng telur dibuat dadar kemudian angkat.

- Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. 

- Bila dah naik bau, masukkan daging. 

- Apabila daging dah separuh masak, masukkan lobak merah tadi. Masak sehingga empuk.

- Masukkan tomato buah, kemudian diikuti dengan sos tomato/cili. Bila dah nampak masak semuanya, angkat.

- Potong roti pita. Sapukan mayonnaise / thousand island mengikut kesukaan anda. Susun timun yang dipotong bulat dan isikan inti tadi.

Tada! Sedia dimakan ;)


According to FIL, ini bukan kebab tapi shawarma ;)

Kepada ada yang bertanya resepi, silalah mencuba. 

16/03/2012

Earth Hour 2012 - I Will If You Will

Kuala Lumpur, 14 March 2012- YTL Corporation Berhad has traditionally celebrated Earth Hour every year since Malaysia’s first Earth Hour in 2009. This year, the company will yet again be inviting the public to share in its Earth Hour celebrations on the Rooftop of Lot 10, KL, from 8:30pm to 10pm on Saturday, 31 March 2012.  YTL Corporation Berhad, the initiator for Earth Hour support along the Bukit Bintang district and widely recognized for its long standing commitment to sustainability and environmental activities, will be reinforcing the global collaborative message of hope and action against climate change this year in line with the Earth Hour theme “I Will If You Will”.


This year, the company is upping its commitment of the Earth Hour initiative at Lot 10, KL, treating the public to a mini open air concert under the stars, featuring a spectacular fire show, local artists Diandra Arjunaidi and Bo Amir Iqram, instrumental performances by the Tugu Drum Circle and even a mini petting zoo for animal lovers. Special Earth Hour merchandise will also be available at booths set up by The National Geographic Store, KL. To top it all off, guests can indulge in an eco-dining experience with special menus at Teeq Brasserie, participating in the celebration overlooking the gorgeous KL skyline.

The event at Lot 10, in collaboration with Bukit Bintang, will be graced by Joseph Yeoh, Vice President of YTL Hotels & Resorts and YTL Land, and Ralph Dixon, Director of Environmental Investments at YTL Corporation Berhad. YTL Corporation Berhad will cut 1398kg* of carbon emissions across 15 properties in Malaysia and Singapore for their 90 minute Earth Hour initiative, through the shutting down of non essential lights. This amount is equivalent to almost 8,290 hours or 1,040 working days of computer usage. 

Ruth Yeoh, YTL Corporation Berhad’s Director of Investments who leads the Sustainability Division at YTWL states, “We are committed in our support towards Earth Hour as it represents YTL Corporation’s sustainability journey and responsibility in striving to make better choices for future generations”.  She further emphasized, “We firmly believe in doing our part to make the world a better and safer place to live in. However, change can only take place when individuals unite to bring about awareness. We hope we can encourage people to join us in our Earth Hour celebrations and activities globally.”


At Starhill Gallery, Malaysia’s renowned youth environmental group, ”The Trees Theatre Group”, will be performing an environmental-themed play, followed by a “wayang kulit” (shadow-puppetry) performance. Shoppers can participate in the lighting up of a specially created Earth Hour logo at Feast Village, where food enthusiasts can also experience eco-dining through Earth Hour menus available in the evening at Shook!, Starhill Gallery’s Asian and European showcase restaurant. 

Guests at YTL Hotels including Tanjong Jara Resort, The Vistana Kuala Lumpur, The Majestic Malacca and Spa Village Resort Tembok, Bali, will also get a chance to share Earth Hour through candlelit dinners with specially created Earth Hour themed menus, while being serenaded by live music.

“Our customers and guests are one of our top priorities and we want to celebrate Earth Hour with them and our wider stakeholders by having a line-up of interesting events and activities so that 31 March 2012 will mark a special day for all to participate in and remember,” stated Ruth Yeoh.


The unmistakably Malay Tanjong Jara Resort will be offering guests live entertainment in candlelight by manipulating the light and shadows with a “wayang kulit” performance. Low Carbon Footprint mocktails will be served throughout Earth Hour to add to the experience. At Vistana Kuala Lumpur, complimentary low-energy snacks will be served while walkways and common areas will be lined with atmospheric tea lights to lead guests to their candlelit dinner at the Coffee House.


The Majestic Malacca will also be lining their walkways and common areas with tea lights while guests enjoy a romantic candlelit dinner at The Mansion with an accompanying performance by a talented local pianist. A natural ambiance will be created for guests at Spa Village Resort Tembok, Bali to capture the essence of Earth Hour with their poolside lined with candles, out under the stars and by the beach. To mark the occasion, guests will be treated to a live Gamelan performance while they enjoy a barbeque dinner.
YTL Corporation’s Earth Hour activities will also extend into Singapore with their subsidiaries, Starhill Global REIT and PowerSeraya, whom will also encourage the public to pledge for Earth Hour through lights-off initiatives in Wisma Atria and an eco-carnival with a live concert, including the first ever 60+ human formation during the nationwide Earth Hour countdown at Ngee Ann City’s Civic Plaza on Orchard Road.

Earth Hour will also be shared with guests at YTL Hotels worldwide including the JW Marriott Kuala Lumpur, The Ritz Carlton Kuala Lumpur, Pangkor Laut Resort, Cameron Highlands Resort, The Green Leaf Niseko Village and Hilton Niseko Village in Japan, and The Surin in Phuket. In total, 36 YTL properties and subsidiaries will be participating in Earth Hour this 31 March 2012, an increase from 31 from the previous year.

(*Note: As calculated by YTL-SV Carbon Sdn Bhd, YTL's in-house carbon credit and Clean Development Mechanism (CDM) consultancy)

07/03/2012

Bantal MAS


Hari ni terima satu email dari someone yang bernama Riza *Hello Riza* <--- in case awak ada singgah dan baca entry saya ni.  Saya rasakan email dari Riza ni sangat comel. Jadi, tanpa teragak-agak saya nak kongsi email dia. Ni saya sempat buat printscreen dan paste kat sini. Kalau nampak tak clear, sila double click untuk besarkan gambar.



Sejujurnya, dua tiga kali saya baca email dari Riza ni. Selepas dua tiga kali baca, barulah saya gelak dan timbul rasa kesian. Tapi saya juga rasa sedikit terkilan dan terasa seperti dipermain-mainkan. Saya agak terkilan kerana saya rasakan seperti awak sedang menyembunyikan identiti dengan mewujudkan satu email baru untuk berkomunikasi dengan saya.  

Apapun, memandangkan dia mengambil masa dan effort menulis email ini, saya nak jawab email ini secara terbuka kat entry ni. 

Saudara/i Riza,

Terima kasih sebab menulis email yang panjang itu kepada saya dan juga gigih menyertakan hyperlink sebagai bukti dimana awak jumpa blog dan alamat email saya. Saya bersimpati dengan nasib adik awak yang kehilangan bantal MAS tu. Saya juga bersimpati dengan awak kerana disebabkan bantal MAS tu, adik awak merajuk bagai. 

Untuk makluman awak, setahu saya bantal MAS itu memang tak dijual. Saya dapat tupun sewaktu travel international flight - rasanya penerbangan domestik dah tak dibagi bantal tu. Masa tu Lope (anak saya) sedang tidur, maka bantal tu dah jadi souvenier dia. 

Sebenarnya memang saya ada 2 bantal tu, 1 adalah kepunyaan Lope dan 1 lagi  saya dah bagi pada Jujue sebab dia suka tidur dan bekalan untuk dia. Macam mana pun, seperti yang awak maklum bantal MAS tersebut telah saya berikan pada Jujue. Bantal yang ada dalam simpanan saya adalah kepunyaan anak saya, maka saya minta maaf saya tak akan jual (melainkan awak datang jumpa saya dengan adik awak tu, mungkin saya boleh ubah keputusan saya :P) Tak pun kalau awak serius nak kan bantal MAS tu, trylah email Jujue kot-kot dia sudi jual.

Sekian, terima kasih.

Inilah entry yang buat Riza email kat saya. 

http://meindayellowworld.blogspot.com/2011/04/monday-bluesss.html
Kalau-kalau sesiapa yang ada bantal MAS yang lebih dan rasa nak tolong Riza, silalah kesian.

Till then, take care.