Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

22/02/2012

Marilah menconteng dinding, lantai dan badan sendiri - Obiya

Ekoran daripada entri Darah Seni Yang Berlebihan Dalam Badan Obiya yang saya tulis dulu, kali ini Obiya buat lagi. Kalau sebelum ini di dinding, kali ini di playmat dirumah menjadi bahan eksperimen Obiya seterusnya.

Sedikit rasa bersalah kerana gagal mengawal rasa marah tatkala melihat hasil kreatif si anak. Tanpa sempat mengambil gambar sebagai bukti, saya terus membawa playmat ke tandas dan membasuhnya. Fuh! Berketul juga la lengan saya yang segar bugar ni nak menenyeh hasil dakwat pen yang diconteng mengikut dot dot dan contengan abstrak ditengah-tengahnya. Hasilnya 5 keping playmat dibasuh, disabun dan disental oleh mama Obiya. 

Selepas dah cuci semua, perbincangan dari hati ke hati pulak dengan Obiya. Tiap kali saya sebut perkataan 'conteng' atau 'siapa buat' Obiya terlebih dahulu menangis. Sesi perbincangan secara terus adalah gagal. Lepas nampak dia teruk menangis, saya longgarkan keadaan yang tegang tadi dengan ajak Obiya makan kinder bueno. 

Comelnya dengan drama queen saya ni, selepas rasa bersalah dan nak ambil hati mamanya, masa saya tengah bercakap tu dia akan datang dan mencium pipi mamanya. Setiap kali itu juga, Obiya tidak pernah gagal membuatkan saya berhenti bercakap dan speechless. Dalam hati masa tu rasa macam 'Ya Allah, cairnya mama' :P

Kesimpulannya, bila anak conteng dinding biarkan sahaja. Jangan disekat kebebasan anak nak berkarya, jangan marah dan sila kawal kemarahan terhadap mereka. Saya yakin, ekspresi pertama bila tengok dinding, lantai atau badan anak kita ada conteng-conteng sure terpekik :P Saya pegi rumah kakak saya, hasil abstrak dan artistik anak-anak dia lagi banyak, tapi mak ayah diaorang steady je. Bukan nak cakap Obiya boleh conteng dimana-mana sahaja, tapi ajarkan pada dia untuk menyalurkan hasil kreativiti dia di atas kertas. 





Ini sengaja saya tampal balik nasihat dan tips dari orang-orang yang dah melalui ataupun melalui fasa yang sama dengan saya sekarang. So, keputusannya saya perlu carikan drawing blocks, kertas majung dan washable marker/crayon untuk Obiya. Bila tengok Obiya rajin menconteng sana sini, terfikir juga, kalaulah yang menconteng itu Lope, adakah saya akan terkejut macam ni? Saya pasti, jika penconteng itu adalah Lope - maka saya akan bersujud syukur kerana dianugerahkan kebolehan menconteng. :P

Till then, take care.


13/02/2012

Darah Seni Yang Berlebihan Dalam Badan Obiya?

Semalam usia Obiya genap 3 tahun. Hari ini, sebab usianya dah 3 tahun 1 hari Obiya buat sesuatu yang buat mamanya rasa macam nak pitam masa mula-mula tengok. Weekend ni kami saja lepak-lepak rumah Kak Yan dan Abang Awish. Memang setiap kali datang, Obiya akan berkepit aje dengan Kakak. Main, makan, bergaduh, menangis, main dan bergaduh pastu sambung main lagi sampailah tidur. Itulah aktiviti diaorang.

Memandangkan dia bermain dalam rumah dan kat depan mata saje, maka saya tidaklah monitor dengan teliti apa yang dibuatnya. Contohnya petang tadi, saya nampak Kakak mengajak Obiya melukis, maka saya biarkan sambil mamanya melayan tengok lappy. Tak lama kemudian, Encik Bubu memanggil saya. Saya datang menghampirinya.

"Tengok apa anak awak main.." saya yang kehairanan memandang Obiya dan Kakak. Dua-dua memandang saya tanpa senyum. Kenapakah? Detik saya dalam hati. "Phia, show Mama your hands" arah Encik Bubu. Dalam takut-takut, dia menunjukkan tangannya.


Mak aih! Habis tangannya. Saya buat-buat muka garang sambil bertanya "Siapa buat ni?" Kakak pandang Obiya dan Obiya pandang Kakak. Namun tiada seorang pun yang jawab soalan saya. Kemudian, Encik Bubu menambah lagi "not only kat tangan tau.." saya kemudian memerhatikan kat mana lagi.

Masya Allah!





Aduhhhh. Habis satu badan dia buat corak. Agaknya darah seni ni terlebih kot dalam badan Obiya ni. Masa saya sebut 'Masya Allah" dengan nada yang makin tinggi, muka Obiya dah makin lama makin down. Makin lama, makin menunduk memandang lantai. Muncung pun makin lama makin panjang, dah sama panjang dah dengan hidung penyetnya :P






Sebab orang bersalah. satu suara pun tak keluar masa mama tanya itu ini melainkan tunduk memandang lantai sampailah Wan Teh datang. Kali ini, WanTeh pun siasat dengan Kakak juga. Rupanya, diaorang bersepakat. Kakak conteng Obiya dan Obiya conteng Kakak. Wah! Patutlah dua-dua diam masa mama tanya. Masa WanTeh tanya, baru Kakak jawab, itupun selepas tanya "Cantiknya kat badan Phia, sape lukis ni?" then barulah Kakak jawab "Kakak lukis kat Phia, Phia lukis kat Kakak".

=________________=" 


Orang yang minta bantuan Wan Teh nak selamatkan diri :P

Itulah Obiya. Baru umur lebih 1 hari, akal dah berkembang buat demonstrasi conteng badan. Kalau sebelum ni, dinding rumah saya diconteng mengikut ketinggian dia, kali ni kat badan pulak. Agak-agaknya, lepas ni apa plak dia conteng? :P

Till then, take care.

12/02/2012

Obiya is 3!

Anak adalah harta yang tak ternilai. Dulu masa saya baca orang tulis macam tu, rasanya tak sampai maknanya ke dalam hati saya. Tapi, bila diri sendiri dah jadi Mama, baru saya faham kenapa orang tulis macam tu. Anak adalah pengubat segalanya juga sumber kekuatan setiap ibu dan bapanya. Saya yang letih balik dari pejabat saban hari akan jadi 'segar' apabila membuka pintu rumah dan salam saya bersambut oleh Obiya yang akan berlari ke pintu sambil memanggil 'mama' dan memeluk saya. Kepenatan itu juga akan serta merta hilang apabila saya mencium Lope. Walau tidak kaya dengan ekspresi gembira, senyum dan ketawa kecil dari Lope sudah membuatkan saya rasa sayalah ibu yang paling bertuah didunia.

Ajaibkan kuasa seorang anak ke atas ibunya? :-)

Semalam, 11 Februari 2012 - genaplah Obiya 3 tahun usianya. Alhamdulillah. Sepanjang 3 tahun pertama usianya, Obiya lahir dan membesar dengan membawa seribu satu rahmat kepada mama dan abah. Berbeza 360 darjah berbanding Lope, Obiya memberikan warna dan pengalaman baru kepada kami berdua. 

Sebagai mama, memang ada banyak perkara yang Obiya buat yang mencabar keimanan contohnya dengan tumpah air, menangis, tak dengar kata dan etc. Tapi, semua tu boleh buat saya cair bila anak kecil ini datang memeluk mamanya sambil menyebut 'hugs' ataupun dengan air mata bergenang di tubir mata, dia datang memeluk dan mencium mamanya. Saya tak menyangka makhluk sekecil ini mampu menyentuh hati dan perasaan yang begitu mendalam. Ajaibkan?

Tak macam birthday girl lain, kesian Obiya takde kek dan hadiah untuk dia semalam. Hadiah tu tetap ada, cuma mama dan abahnya delay sket nak bagi. Mula-mula ingatkan nak bawa je Obiya pegi makan kek kat mana-mana tapi Abahnya suggest pegi main air memandangkan kami memang dapat family voucher kat theme park tu. So, okeylah alang-alang nak spend satu hari dengan birthday girl. Aktiviti main air memang dia suka.

Selepas zuhur baru kami bergerak ke Shah Alam. Alhamdulillah, cuaca pun baik macam merestui je aktiviti birthday girl nak main air. Kami sampai sana pukul 3 petang. Obiya yang memang pakai swimming suit dari rumah lagi, bila nampak aje air terus histeria nak main air. Tak sampai 5 minit kemudian, 2 beranak tu dah basah kuyup main air. Saya, Bibik dan Lope masih gigih di tempat persalinan menukar pakaian Lope. 

3 by the birthday girl ;-)
Hampir 4 jam di sana, barulah kami pulang. Itu pun, bukan mudah nak balik sebab birthday girl masih tak puas hati nak main air. Menangis, meronta, merayu dan berguling-guling bila diajak balik. Nak tak nak, Abahnya terpaksa mendukung dan mandikan dia sebelum pulang. Masuk aje dalam kereta, tak sempat apa-apa dah tidur. 

Happy 3rd birthday, Obiya! 

09/02/2012

Entri terbuka untuk awak

Awak,
Rasanya macam baru je saya kenal awak.
Kenal awak melalui telefon sebab Aboh saya suruh call.
Lepas tu dengar suara awak macam suara orang tua. Ngeee.
Lepas tu, awak selalu call/sms.
Awak tanya itu ini.
Lepas tu, jumpa awak pertama kalinya kat bawah pokok kat tepi FASM tu.
Awak pakai spec bulat macam Harry Potter.
Masa tu kulit awak putih kemerahan. 
Dalam hati saya cakap, 'eceh, jambunya mamat ni' :P

Awak,
Kita kenal sebulan je, awak terus nak jumpa Cik & Aboh saya.
Masa tu, dalam hati saya, mamat ni gile ke apa.
Tapi, lepas saya fikir balik, saya happy sebab awak ikhlas dengan saya.
Masa tu, saya cuak. Tak pernah saya bawa lelaki jumpa parents.
Masa tu, saya tak tahu nak cakap kat sape. 
Saya takut nak cakap kat CC sebab dia garang :P
So, saya citer kat Yong la pasal awak. Nasib Yong sporting. 
Yong cakap, suruhlah dia datang rumah jumpa Cik & Aboh.

Awak,
Masa first time awak datang rumah, mesti awak tak tahu macam mana saya rasa.
Malam sebelum tu, saya dah tanya Aboh saya. 
Aboh saya cakap biar dia screening dulu.
Eheh! Masa awak datang tu, Husnil ajelah yang tahu.
Masa dengar suara awak yang macam halilintar memecah bumi tu, hati saya kecut.
Saya takut Cik marah. Eheh! Saya tak pernah cerita pasal budak lelaki dengan Cik :P
Lepas awak balik, saya tak berani tanya Cik.
Tapi saya tanya Aboh saya. Aboh saya memang cool.
Aboh cakap "Okey, approved!"
Dalam hati saya, Allah je tahu betapa leganya :')

Awak,
Malam tu, Cik cakap kat saya.
Kalau betul awak ni suka saya nak buat jadi serius, esok kena jumpa board yang kedua.
Eheh! Board kedua tu refer pada nenek saya. Saya panggil dia Ummi.
Sekali lagi hati saya macam apanya berdebar.
Macam saya pulak nak pegi jumpa mak mertua. Opps!
Esoknya, awak pegi dengan confident aje.
Awak nampak cool tapi saya tahu dalam hati awak berdebar :P
Alih-alih, jumpa board kedua pun dia kasi blessing juga.
Masa tu, saya rasa macam bertuahnya sebab awak yang saya suka direstui :')

Awak,
Those were yesteryears sangat, kan?
Saya ingat lagi, saya penah ada keraguan nak terima awak.
Saya tanya Aboh saya, sehari sebelum kita bertunang.
Betul ke, keputusan saya nak terima pinangan awak ni.
Bertunang bererti dah kena chop.
Aboh cakap bercinta bertahun pun, tak semestinya kawin.
Kadang-kadang, bila dah lama kenal, naik boring pastu break-off.
Ada juga, kenal sekejap lepas tu kawin sebab rasa sesuai.
Itu semua memang sudah Allah tulis.
Sebagai manusia, jodoh di tangan Allah.
Siapa dan bila hanya Allah menentukanNya.
Jodoh patut dicari. Bila dah jumpa rasa sesuai, keep on berdoa.
Minta Allah bukakan jalan. Minta dipermudahkan, minta dirapatkan.
Jika dia yang Allah tulis di Luh Mahfuz, maka dialah.

Awak,
Masa tu, saya rasa aman sangat dengar apa Aboh cakap.
Saya kenal awak sebulan lepas tu terus bertunang.
Saya bersyukur sebab kita datangnya dari susur galur yang sama.
Makanya keluarga saya tak payah tanya dari mana asal usul keturunan awak.
Sepanjang kita bertunang, barulah saya tahu macam mana rasa long distant relationship.
Awak kat UK dan saya di Terengganu. Saya menangis macam orang sewel tau :P
Nasib baik kita bertunang 4 bulan aje.
Bulan 2 tahun berikutnya, kita pun kawin. Yeay!

Awak,
Bulan 2 tahun berikutnya itu adalah hari Ahad lepas.
5 Februari 2012 genaplah kita jadi suami dan isteri untuk tempoh 8 tahun.
Dalam tempoh 8 tahun tu, macam-macam rasa dah kita rasa.
Suka, tak suka, menangis, tak menangis, ketawa, tak ketawa.
Kalau part menangis, saya sorang je nangis sebab awak kan macho.
Tapi, semua tulah yang matangkan saya. 
Tempoh 8 tahun tulah yang buat saya hidup bukan untuk diri sendiri saja.
Hidup saya hari ini adalah untuk awak dan untuk Lope & Obiya.

Awak,
Saya sengaja post entri ni lambat-lambat. 4 hari selepas the actual date.
Sebab awak awal-awal dah gelakkan saya.
Cakap saya akan tulis jiwang-jiwang dalam entri untuk 5 Februari 2012.
Jadi saya biar je saya tak tulis entri jiwang-jiwang hari tuh.
Geram dengan mulut awak tuh :P
Tapi, saya nak jugak tulis kat sini, sebab kat sini saya abadikan perasaan saya.
Saya tulis entri ni sebab saya sayang awak sama macam 8 tahun dulu.
Eh! Tak! Tipu sangat. Mana ada sama, tapi lebihlah!

Awak, 
Kita masih hijau, 8 tahun masih bertatih sama-sama.
Masih sama perasaan saya masa dengar dan tengok awak buat kali pertama dulu.
Mungkin bila dah 8 tahun ni, suara dan rupa awak pun dah memang lain.
Tapi, awak tetap orang yang sama saya kenal 8 tahun dulu.
Tak kiralah lepas ni awak pegi buat plastic surgery jadi muka macam Lee Min Ho pun.
Awak tetap orang yang saya kenal 8 tahun dulu.
8 tahun dah saya belajar mengenal awak.
8 tahun jugaklah saya rasa masih banyak pasal awak saya kena belajar.
Pfttt! Bilalah saya nak pandai ni? :P
Kena belajar lama-lama pun takpe. Saya rela. Demi awak.
Tapi kalau saya silap dan masih tak faham, ampunkan saya ye.

Awak,
Perasan tak kenapa saya tak mention siapa nama awak? Ngeee.
Tak yah lah susah-susah mention kan, sebab awak tetap awak. 
Happy belated 8th wedding anniversary, dear hubby.
Saya doakan Allah kukuhkan ikatan kasih sayang kita berdua.
Temankan  saya sampai tua, meniti perjalanan hidup kita yang adventure ni.
Mana tak adventurekan, 5 tahun jadi parents, anak kita takleh berjalan lagi. Ngee.
Okey, sila ketuk kepala saya :P


Awak,
Kalau saya tulis saya sayang awak pun, awak dah tahukan saya sayang awak.
So, saya tak tulislah saya sayang awak. :-)
8 tahun dan marilah kita bersama menunggu dan menempuh angka itu bertambah.
Sebelum saya habiskan entri terbuka untuk awak ni, inilah dunia saya ;-)


Masa saya kenal awak dulu, inilah orangnya.
We are all taken!
8 tahun dahulu ;-)
Masa first time upgrade status jadi parents xoxo



Masa tengah mengandungkan Obiya. 
Gambar ni diambil pada 4/2/2009 - sehari sebelum anniversary kami ke 5 ;)
cinta hati kami 

08/02/2012

1.2012 : Wordless Wednesday


Picture credit to: Sold.my

Riot Abang dan Adik - Berdua Lebih Baik!

Semalaman saya tak tidur sebab layankan dua beradik yang riot ni. Alkisahnya, diaorang berdua memang behave semua. By 9.00pm semalam dah masuk tidur. Kiranya rumah memang dah aman damai. Siap saya dan bibik boleh kemas-kemas rumah dan mop lantai bagai. Tapi, behave diaorang tu tak ke mana rupanya.

Bermula dengan si adik yang terjaga pada jam 1.15am kerana leaking dan nak susu, kemudian si adik merengek-rengek nak tengok Upin Ipin kemudiannya Boboi Boy dan diakhiri dengan Princess. Kerana bising dengan mulut adiknya yang tengok kartun sambil ikut gaya kartun, si abangnya pula terjaga.

Mula-mula jaga semuanya behave. Salin diaper, minum susu dan lepak-lepak kat tempat tidur. Tapi, keadaan sama berlanjutan dan diaorang mula buat perangai sebab mengantuk tapi tak nak tidur. Sangat menguji kesabaran bila mama dan abahnya pun mengantuk dan esok perlu kerja selepas bercuti panjangkan.




Alhamdulillah, drama riot abang dan adik berakhir pada jam 4.17am. Bila diaorang dah tido, masalahnya sayalah pula sebab dah terlepas waktu tido. Kalau tido, confirm tak bangun pegi keje. >.< Makanya, ke pejabat hari ini dengan bermata panda. Sleeping zombie!

Till then, take care.

07/02/2012

FAQ - Lope



Q : Lope umur berapa?
A : Insya-Allah, 5 tahun pada 12 April 2012.


Q : Nampak macam OK je, apa sakitnya?
A : Lope tak sakit (read: bukan sakit jantung berlubang, paru-paru berair or etc) tapi Lope mengalami 'kelainan' iaitu disahkan oleh doktor perubatan di usia 1 tahun 8 bulan sebagai Global Developmental Delay (GDD) dan Autism.

Q : Tak berjalan lagi?
A : Belum tapi insya Allah, lambat laun akan berjalan. Buat masa sekarang, perkara paling latest yang Lope boleh buat walau tak boleh berjalan, Lope dah boleh berdiri di atas lutut dan kemudian dia akan mengangkat kaki kanannya. Disitulah dia akan tersungkur kerana balancing dan keupayaan kaki kanannya masih belum kuat. Kalau Lope nak bergerak, Lope melompat. Alahai, lompat ala-ala katak. 

Q : Lope tak pegi sekolah?
A : Insya-Allah, pertengahan tahun ni Lope akan pegi sekolah selepas Bibik balik Indon. Sekolah mana, masih dalam pencarian mama dan abahnya. Bukan mudah nak cari sekolah yang sesuai untuk Lope. Selain jarak, keperluan dan kos, masih ada 'satu' perasaan dalam hati saya yang susah nak diterangkan.



Q : Lope boleh bercakap?
A : Tidak lagi buat masa sekarang kecuali babbling sahaja. Apabila sakit, susah hati atau tidak selesa, Lope akan menyebut "mam-ma", apabila sedang bermain dan senang hati, Lope akan menyebut "bah-bah" dan apabila adik kesayangannya buat perkara yang annoys him, dia akan sebut "obiya". Selainnya, dia mula kenal dengan orang-orang disekelilingnya. Pada Bibik dipanggilnya "bi" dan pada Wan Teh (mak saudara) dipanggilnya "Tey".

Q : Berapa berat Lope?
A : 16 Kg+

Q : Berapa tinggi Lope?
A : 103cm.





Q : Apa Lope suka?
A: Sebenarnya Lope akan suka apa jenis melodi seperti cartoon - Upin Ipin, Boboi Boy, Mickey Mouse and Friends, Barney. Kalau tak cartoon, bacaan-bacaan al-quran juga Lope suka & Uncle FT :P


Q : Susah tak nak uruskan Lope?
A : Tak. Mungkin itu jawapan sebab dah tahu macam mana nak uruskan Lope. Sesetengah orang takut bila tengok Lope tantrum.


Kalau ada soalan lagi nak tanya mengenai Lope, tanya aje. :-)



Till the, take care.

02/02/2012

Penting ke perlindungan insurans?

Jawabnya penting.

Waktu saya berumur di awal 20-an, adalah sorang hamba Allah ni datang kepada saya dan offer dan kempen nak jual insurance pada saya. Katanya amik insurance diwaktu awal-awal usia ni bagus. Waktu tu saya dah bekerja, single dan takde tanggungan. Tapi, saya tak beli pun polisi insurance masa tu sebab saya target nak bayar kereta. Kereta itu penting ye kawan-kawan :P Tanpa kereta, takleh bawa saya ke hulu dan ke hilir nak jimba ramba. Masa tu, apa yang ada dalam fikiran saya adalah saya masih muda, risiko nak sakit adalah rendah (kononnya) dan saya rasa sebagai kakitangan kerajaan, saya dicover sepenuhnya oleh kerajaan di hospital kerajaan. 


Itulah silapnya. 






Waktu berfikir macam tu, masa tak sakit lagi. Bercakap waktu sihat. Tak tahu macam mana bila sakit dan masalah sewaktu sakitnya. Saya bercakap melalui pengalaman. Sekitar tahun 2008, saya menghadapi masalah dengan mata. Menurut doktor, mata saya rosak - Retina Detachment yang mana memerlukan pembedahan serta merta. Pada mulanya, saya hanya pergi ke hospital kerajaan, tetapi disana saya perlu menunggu selama 6 bulan. Khuatir dengan terlalu lambat, maka saya cuba mendapatkan second opinion di hospital swasta.


Ironinya, selepas 2 hari kemudian, saya terus disorong ke bilik pembedahan. Cerita selanjutnya, mungkin korang boleh baca dalam entri yang ditulis di tahun 2008 dulu Kisah Pada 20/02/2008 . Pembedahan berkenaan berjaya dan saya okey selepas itu. Tahu tak berapa kos perubatan saya?


RM27,000!


Waktu itu, saya tidak mempunyai polisi perlindungan insurans. Mana saya mampu mencari wang sebanyak itu? Namun saya bernasib baik kerana ketika itu juga, bil perubatan saya ditanggung sepenuhnya oleh company tempat Bubu bekerja. Pergh! Tidak sahaja dengan itu, saya perlu mendapatkan 2 rawatan susulan selepas itu yang mana kosnya menelan sehingga RM1500 setiap sesi rawatan, selang 2 minggu sekali. Dimana harus mencari wang itu jika tidak punya polisi perlindungan insurans?


Saya bercakap melalui pengalaman. 


Sebelum saya sakit, saya tidak pernah terfikir perkara sekeliling atau berkait dengannya. Apabila saya dimasukkan ke wad, perbelanjaan juga meningkat. Kos ulang-alik ke hospital, makan minum penunggu sewaktu menjaga saya. Itulah salah satu perkara penting bila kita ada insurans, kerana ianya akan menampung perbelanjaan ini melalui ward benefit. 


Saya tidak salahkan diri saya kerana 'jahil' sebelum ini tidak mengambil perlindungan insurans. Masyarakat kita lebih cenderung menyimpan wang simpanan di dalam ASB dan sebagainya bentuk simpanan. Mungkin sebanyak RM200 sebulan. Pernah tak terfikir, pada suatu hari nanti kita sakit dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menampung pembedahan? Let say perbelanjaan mencecah RM100,000. Al-maklumlah, zaman sekarang ni macam-macam masalah ada dan mungkin kanser adalah salah satu daripadanya. Muda atau tua bukan jaminan sakit atau tidak.


Dimana nak ambil duit? ASB tak boleh dikeluarkan. Hanya perlindungan insurans yang mampu menolong diwaktu itu. Or to make it simple, bila kita beli kereta, kita juga belikan perlindungan untuk kereta kesayangan kita. Kenapa beli insurans untuk kereta? Sebab kot-kot accident, kena curi kita dapat pampasan dari insurans kan?


Bagaimana dengan diri kita?


Kita tak tahu apa akan terjadi pada diri kita. Belilah perlindungan insurans seawal usia yang boleh. Orang macam saya ni, bila dah masuk 3.0 series, insurans sendiri dah mahal. Belilah sewaktu muda, waktu sihat sebab kegunaan insurans adalah sewaktu kita sakit dan akan cover banyak penyakit kita nanti. 


Entri ini saya tulis selepas saya ditauhidkan oleh Encik Bubu yang juga seorang konsultan insurans sekarang. Saya memilih untuk menulis kepentingan insurans ini kerana kebanyakan dari teman-teman saya sendiri tidak memilikinya (sebab mereka semuanya muda-muda belaka) dan diaorang telah dicover oleh Kerajaan ataupun company masing-masing. Tapi, selepas mendengar cerita saya ini, ramai diantara teman-teman saya membeli polisi insurans untuk diri sendiri. Kalau kereta kita boleh beli polisi insurans RM1,000+ setahun, saya rasa nilai diri kita adalah lebih tinggi dari itu.


Kalau korang rasa tak clear apa itu polisi perlindungan insurans..


berapa perlu bayar?
mahal ke?
apa yang dicover?

Korang boleh shoot email aje kepada Encik Bubu di megat.xiv@gmail.com. Tanya apa sahaja, Encik Bubu akan menjawabnya. Jika korang rasa nak sign-up polisi dari Encik Bubu, jangan lupa cakap yang korang dapat dari blog ni sebab korang akan diberi cash rebate. Sebab cash-rebate jugaklah, kawan-kawan saya ramai sign-up dari Encik Bubu :') Okey, dah promote Encik Bubu disitu. LOLs.


Nanti saya akan tulis kepentingan perlindungan insurans kepada anak-anak pulak selepas ini. Saya tulis, juga berdasarkan pengalaman saya sendiri.


Okey, till then. Take care.


p/s: Like us on Facebook by clicking here ---> my.little.secret

01/02/2012

PETRONAS Chinese New Year Photography Contest : Reimagining Energy™ - Citrus Recticulata

Korang masih ingat tak saya post 1 entry mengenai PETRONAS Chinese New Year Photography Contest : Reimagining Energy™ tak? Incase ada yang belum tengok, boleh check kat sini.

FYI, saya dah submit tau nak join contest tu. Gigih okey walaupun tak seberapa. Memang saya bukanlah otai photografi yang teragung tapi cukuplah untuk mencuba nasib. Macam dalam entry yang lepas, saya dah cerita pasal syarat dan hadiah yang lumayan. Kali ni, saje nak share cerita pasal gambar yang saya hantar plak.

Memandangkan saya ni rakyat Malaysia, walaupun saya tak celebrate CNY tapi saya masih bercuti panjang sebab CNY itu hari. Satu perkara yang saya suka semasa CNY adalah cuti yang panjang, saya boleh tengok tarian naga dan limau mandarin yang manis dan segar! Saban tahun juga (kecuali tahun ni) deputy minister kat tempat saya bekerja akan agihkan banyak limau mandarin. Saya gemarkan bau limau mandarin yang segar yang dibungkus didalam plastik merah. Banyak ong!

Sebab tahun ni deputy minster kat office saya tak agihkan limau mandarin seperti tahun-tahun lepas, sempat saya membeli 3 kotak limau mandarin. Limau mandarin ini atau nama saintifiknya Citrus Recticulata menjadi objek saya menyertai PETRONAS Chinese New Year Photography Contest : Reimagining Energy™ Ini gambar yang saya shoot sendiri kat rumah aje sebab saya memang tiap tahun tertunggu-tunggu CNY sebab nak makan Citrus Recticulata a.k.a Limau Mandarin ni ;-)




So, itulah penyertaan saya untuk PETRONAS Chinese New Year Photography Contest : Reimagining Energy™ - Citrus Recticulata. Btw, korang sendiri tanak join ke PETRONAS Chinese New Year Photography Contest : Reimagining Energy™ ni? Jomlah. Snap pakai hp/tablet korang yang canggih pun takpe sebab ada kategori mobile. Jom lah, mana tahu kita menang. Tarikh tutup lambat lagi. 

Till then, take care.