Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

19/12/2012

Harga sebuah kesungguhan untuk "berdiri".


.... bagi Lope.

Selama ini, saya tidak pernah terfikir bagaimana saya belajar untuk berdiri dahulu. Masa saya kecik-kecik, dah-dah berjalan dan berlari dengan sendiri. Bila saya pandang Lope, baru saya terfikir. Sesuatu pelajaran yang diajar kepada Lope itu bukan senang untuk diterima, dipelajari dan diperaktikkan.

Untuk berdiri, sudah tidak terkiri berapa ratus kali Lope jatuh. Jatuh yang mengakibatkan kesakitan, bengkak kepala, menangis dan meraung. Hasilnya, setelah berusia 5 tahun, Lope 'baru' tahu macam mana nak berdiri. Itupun, masih ada perasaan gayat dan takut. Itupun dengan paksaan saya yang tak pernah putus. Itupun dengan pekikan saya "jaga diri", "kalau jatuh, sakit!" atau pun "mama takde kat sebelah Lope". Semuanya berbau ugutan dengan si anak.

Saya terpaksa.

Dalam mengajar Lope untuk berdiri, bukan dengan air liur sahaja, tak serupa sama sekali dengan Obiya. Saya sendiri terlupa, bagaimana Obiya memulakan aksi berdirinya kerana seawal usia 10 bulan, Obiya sudah mengatur langkah dan usianya genap 1 tahun, sudah berlari mengelilingi rumah kecil kami.

Kembali kepada cerita Lope untuk belajar berdiri. Sesungguhnya, anak seperti Lope mempunyai kesungguhan yang tinggi. Beratus kali jatuh itu mengajarnya untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi. Saya sering melihat Cik atau kakak-kakak saya ataupun sepupu-sepupu Lope yang 'kagum' dengan Lope kerana bila terjatuh sahaja, sikunya akan terus menongkat badan. Pantas. Itu semua kerana dia tidak mahu merasai kesakitan yang beratus kali dirasakan sebelum ini. 

Untuk membolehkan Lope berdiri, sudah beratus kali dia dihantar ke sesi fisioterapi, terapi cara kerja. Beribu kali juga badan kecilnya dipicit, diuli & ditekan untuk memberikan stimulasi kepadanya. Di tapak kaki, di betis, di peha. Di mana sahaja anggota badannya, you name it. Takde satu tempat pun tak pernah saya urut. Berapa ramai terapis yang sudah berjasa. Dari Hospital Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya, Rawatan Kak Raw, beberapa pusat fisioterapi sebelum saya tekad untuk menerima rawatan fisioterapi dan terapi cara kerja hanya di Great Life Rehab sahaja. 

Bab wang ringgit usah ditanya. Dalam rawatan anak seperti Lope, saya hanya mohon Allah murahkan rezeki Encik Bubu, rezeki saya sendiri untuk terus memberikan yang terbaik untuk Lope. Kalau mahu dibandingkan, ibubapa lain yang punya anak istimewa ada yang menjual rumah, mengambil loan dan berbagai lagi bagi menampung pembiayaan terbaik untuk anak-anak syurga mereka.

Hari ini, usia Lope 5 tahun dan 8 bulan. Masih belum mampu berdiri dengan sendiri. Namun, semakin baik dalam mengimbangi badan dengan sokongan yang sangat minima. Dalam position bersandar (belakangnya disandarkan ke dinding) Lope mampu bertahan selama 30 minit. Dalam position bersandar di hadapan (yang mana tangannya terpaksa menampung berat dan mengawal imbangan) Lope mampu bertahan selama 15 minit.

Mungkin ada yang tergelak kerana kebolehan ini menjadikan saya the proud mother :p 

Bila ada yang bertanya ...

"Eh, besar ni berdukung lagi?" atau pun 
"Bila nak berjalan?" 

Jawapan saya. "slowly but surely".

Usaha.
Istiqamah.
Berdoa.

Selebihnya, saya serahkan pada Allah. Sekiranya dia menentukan Lope tidak mampu berjalan sekalipun, tidak ada rasa kesal atau malu pun untuk mendukung dan mengkendong anak syurga ini sehingga ke akhir usia saya. Allah sayangkan saya dengan memberikan anugerah seistimewa Lope dan dengan itu, saya tidak akan sesekali hilang harapan terhadapnya. Mengapa harus menidakkan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu kerana dia tidak sempurna di dalam konteks kita.

Masih belum berjalan.
Masih belum bertutur.
Masih belum mampu berfikir.

Ia tidak menjadikan Lope cacat di mata saya, tetapi sangat istimewa.

Lebih istimewa kerana saya yakin, harga sebuah kesungguhan untuk berdiri itu terlalu mahal untuk Lope dan in sha Allah, saya akan membantunya sehabis daya mungkin.

 Dalam lautan bola. Lihat tangannya. Mungkin geli. Mungkin hilang imbangan badan. Sensori Lope dicabar. Taken on 29/01/2009. Sebelum Obiya dilahirkan.

 Bean ball. Di tarik, dilambung, diseret. Macam-macam lagi. Baik saya mahupun Encik Bubu, kami yakin, istiqamah akan memberikan hasil yang terbaik kelak.

 Swimming. atau lebih tepat bermain air. Ini antara aktiviti yang Lope suka cuma saya sangat-sangat takut Lope terjatuh dalam air. Maka, task ini sesuai diserahkan kepada Encik Bubu.

 Berdiri walaupun dengan bersandar. Waktu ini, Lope masih memerlukan pemantauan. Kiri kanan kena ada orang. Masa ni, Wan Yong dan Cik yang jaga :)

 Rawatan di Gedangsa dengan Mak Raw. Siap kena ada kain kuning. 

 Great Life Rehab - banyak kena torture :p

 Terbaru, hydrotherapy!

Dan, tiap kali pandang wajah ni, Saya yakin, hadirnya dia didalam rahim saya adalah dengan seribu satu kenikmatan menjadi ibu yang perlu kuat untuknya.

Sungguh rindu bau baby masa ni!

Panjangkan doa kalian untuk Lope agar dia terus kuat, bersungguh-sungguh dan tidak kenal erti jemu belajar sesuatu yang baru. Terima kasih kepada yang sudi mendoakan kami anak beranak.

:)

6 comments:

Eilla said...

InsyaAllah Lope boleh....

J.Syazwana said...

salam kak, saya google2 pasal tgif. nak makan kat sana. jumpe pulak blog akak. bace entry terbaru sedihnya. tapi lope sangat comel ! rasa nak picit je pipi die tu. hehehe. sabar k kak. kakak saya punya kazen (belah abg ipar) ade anak autism gak. seronok baca macam mana parent ajar anak2 istimewa camni. semoga lope sentiasa kuat ! much love :)

Hayati Sulaiman said...

InsyaAllah Put... Sedih pun ada baca coretan Put hari ni.. Rasa kerdil bila renung diri saya yg kadang2 mengeluh bila Eusoff terlalu hyper sampai tak berhenti berlari. You must have dreamt about seeing Lope running on his feet for so many times and yet I'm still complaining how am I too tired to have my sleepless boy bouncing on my couch and running all over the house every other night. Semoga Allah permudahkan buat Lope dan Put. Amin..

Deena Syahida said...

Lope Boleh!
slowly but surely, InsyaaAllah :)

Keep it up Put. Semoga Allah beri yang terbaik dan memudahkan segala urusan. Amiin..

Syahida said...

Lope BOLEH!
slowly but surely, insyaaAllah :)

Keep it up, Put.
Moga Allah memberikan yang terbaik dan memudahkan segala urusan. Amiin..

aSmiDar said...

Slow2..namun pasti...lope mesti boleh!!!