Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

09/11/2012

Recharge semangat.

Rindu nak pegi office. 

(Heh!)

Tapi bila pandang muka tulus mulus Lope. yang saban hari semakin aktif berjalan dengan menggunakan lutut dan petahnya mulut Obiya berceloteh mengenai seribu satu perkara melalui pemerhatiannya, terus rasa nak masuk pejabat tu lenyap.

Lenyap sama sekali tau =p

Sebenarnya ada sedikit rasa bersalah dengan Boss dan kawan-kawan di pejabat. Rasa bersalah sebab Boss sangat-sangat baik. Sangat-sangat memahami. Kawan-kawan kat pejabat tak payah cakap la. 3 serangkai di sayap kiri pejabat tu sangat kesian dengan workload yang bertambah dari sehari ke hari. Sorry korang. Antara kerja dan keluarga, saya terpaksa memilih keluarga.

Sebab tu ramai ibu yang ada anak istimewa memilih untuk berhenti kerja. Menjaga sendiri dengan tangan sendiri. Dengan kudrat sendiri. Saya sentiasa mengidam untuk melakukan perkara yang sama dan 3 bulan yang telah saya lalui kini cukup indah. Menjaga, membesar dan menguruskan keperluan keluarga terutamanya Lope sendiri.

Saya kenal ramai ibu yang berkorban apa sahaja untuk anak-anak istimewa mereka yang saya jadikan sumber inspirasi dan contoh. Wanita pertama yang membuatkan saya kagum adalah Jiey. Kalau ada sesiapa yang tidak mengenalinya, baca coretannya di Kerna Kasih Kita - perjalanan kisah Rayyan Arif yang istimewa.

Selepas berkenalan dengan Jiey, saya temui pula Ina. Juga saya kagum dengan semangat juang seorang ibu membesarkan anak dengan pelbagai terapi, kaedah dan usaha. Baca catatan ibu ini di Kasihku Buat Nabila - kagum okey. Sebab macam-macam dia buat untuk anaknya Nabila.

Ketiga, dengan Kak Afidah. Ibu kepada Aiman. Saya baru jumpa blog Kak Afidah ni semalam, sebelum ni banyak berbalas komen dan berbual di FB sahaja. Kagum. Sedih. Rasa mereka wanita besi. Baca sendiri catatan Kak Afidah di Timang Tinggi-Tinggi. Saya rasa jauuhhh lagi pengorbanan saya nak sampai ke tahap mereka bertiga.

Ini baru 3 orang ibu yang saya kenal. Masih ramai lagi ibu-ibu yang hebat disana. Saya berterima kasih dengan alam maya yang memperkenalkan kami semua. Di Facebook contohnya, saya  join beberapa support  group yang dianggotai oleh kebanyakkan ibubapa yang mempunyai anak-anak istimewa. 


Gangster Mama =P

Saya yakin semua wanita yang bergelar ibu akan melakukan apa sahaja untuk anak-anaknya. Itulah naluri istimewa seorang wanita yang Allah berikan untuk ibu. Ibu kepada anak tipikal akan mempersiapkan anaknya untuk menghadapi dunia, tetapi ibu kepada anak istimewa akan mempersiapkan dunia untuk anaknya. Itulah yang cuba saya lakukan. Saya rela bergolok bergadai, miskin harta tapi dapat memberikan perubatan, terapi dan segalanya yang terbaik untuk Lope. 

Saya rela bekerja tidak dinaikkan pangkat.
Saya rela bersusah siang malam untuk uruskan Lope.
Saya sanggup memandu sejauh manapun bagi urusan terapi Lope.
Saya yakin usaha saya yang berterusan dan istiqamah ini akan membuahkan hasil.

Sikit atau banyak. 
Susah atau perit.
Siang atau malam.
Berat atau ringan.

Semuanya untuk sebuah kasih sayang dalam hati ini untuk budak ini.


Pandang wajahnya.
Tatap matanya.
Peluk dan cium anak ini.
Rangkul sepuas mahu.

Saya yakin semangat saya akan re-charge kembali bila saya dalam keadaan susah. Saya yakin dialah semangat saya dan saya yakin dengan menulis entry sebegini juga ibarat meniupkan semangat ke dalam jiwa saya bahawa masih banyak yang perlu saya lakukan untuk Lope. Insya Allah. Semoga Allah mempermudahkan, memperluaskan dan membuka laluan yang terbaik untuk saya dan Lope.


No comments: