Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

08/11/2012

Katil & tidur sendiri.

Semenjak Lope di asingkan tidur sendirian, Obiya tak putus-putus complaint minta dibelikan katil untuknya. Bila isu katil disentuh, mulalah ayat ini yang keluar dari ulas kecilnya.

"Mama ade katil. Abah do (tido)  dengan Mama. Lope ade katil. Cian Phia. Phia tak de katil"

Kesian dengan orang yang takde katil, maka sebelum ini tidurnya berkongsi dengan Lope. Kesian tau, dah lah Lope tu panjang. Si adiknya pula lebar. Bila pagi je, saya tengok Lope dah berada dihujung kaki katil dan si adik dengan bahagianya conquer katil abang tanpa rasa bersalah.

Kesian dengan budak berdua, dan kami yang berpindah ke rumah baru ni. Maka, ruang bukan lagi masalah untuk mereka berdua. Abahnya pun tunaikan la janji untuk beli katil untuk si Obiya. 

Disebabkan bilik mereka yang memanjang, dan saya memang berkenan dengan katil Niadel anak-anak Alyani, maka saya pun beli juga katil single tapi kat bawahnya ada pull-out. 


Mengikut perjanjian, si adik tidur di bawah dan si abang di atas. Adik cakap OK. So, bermulalah siri tidur sendiri di bilik dan bukan di bilik Mama. Mula-mula, Mama yang tak lena tidur, Terjaga setiap 1 jam, kot-kot ada orang jatuh katil. Sayangnya, 2 jam pertama si adik tak lena tidur.

Macam-macam permintaan.

Nak susu.
Nak gosok perut (dia suka sebelum tidur)
Nak Mama baca quran.

Tak pun.

Phia lapar.
Phia takut.
Kat sini ada hantu.

Last sekali dia cakap, "tidur dengan Mama la senang"

o_O

Dah 2 minggu dan masih gagal nak tidur sendiri. Tengah malam je, kami jadi bertiga tidur kat atas katil. Dia datang la menyelinap. Kesiannya kat si Lope la. Tak boleh lari ke bilik Mama sebab tak boleh berjalan lagi :P

Ada masanya, saya yang tidur di bilik Lope.

Agak-agaknya, macam mana nak disiplinkan dia tidur di bilik sendiri eh?

Orang yang ditinggal sendiri. 
Si adik sedap menyelit tidur dengan Mama dan Abah. 
Tinggallah sensorang.


1 comment:

Roselin Rashid said...

try put tido ngan phia mula tue..sebelum dia tido put temankan..pastu phia dah tido put masukkan bilik put..nanti tido sampai ko pagilah put..Rayyan ore wat gitulah tp abah dia temankan..pastu dah tido lena abah dia masuk bilik kami..