Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

19/10/2012

12 Oktober. Mimpi Aboh.

Hari ini 19 Oktober tau, bukan 12 Oktober. 
12 Oktober tu minggu lepas.
12 Oktober tu birthday Aboh.

:')

Malam Jumaat. Malamnya hujan renyai-renyai. Bumi Putrajaya disirami hujan. Sejuk. Malam itu juga, saya tidur lebih awal dari biasanya. Alhamdulillah. Malam itu juga adalah hari ulang tahun kelahiran Aboh. Andai Aboh masih ada, dah 71 usianya. 

Malam itu, saya bermimpi bertemu Aboh. Masya Allah, rindunya. Dalam mimpi itu, saya tidak tahu bagaimana rupa saya, namun Aboh kelihatan muda, berisi dan ceria. Rupanya persis sewaktu kami berada di Alor Star dahulu, lingkungan tahun 1985-1986. Waktu itu, usia saya 3-4 tahun. Begitulah saya nampak Aboh. Kami tidak berbicara. Umpamanya, berada dalam satu rumah. 

1985 - Alor Setar
Gambar di ambil sebelum Aboh berangkat ke London.
Cukup kami 8 beradik - 4 Megat & 4 Puteri :')

Sukar nak saya ingat kembali mimpi itu. Namun, saya tersedar dari tidur jam 3.20am. Malam jumaat, malam kelahiran Aboh. Masya Allah. Saya bangun dan mengambil wudhuk. Selepas solat hajat sunat 2 rakaat, saya buatkan tahlil ringkas untuk Aboh.

Mungkin Aboh "meminta" hadiah hari lahir istimewa dari saya. Lazimnya, 2-3 tahun sebelum Aboh pergi, begitulah saya treat Aboh. Saya akan pulang ke Bukit Marak pada hujung minggunya dan akan ajak Aboh makan dimana sahaja Aboh suka. Aboh suka makan. Makannya semua mewah belaka. Itu yang anak bongsu Aboh jadi macam ni :P 



Rindunya pada Aboh. Rindu serindu-rindunya. Saya harap, kiriman istimewa di hari lahir Aboh yang lalu mampu membuatkan Aboh tersenyum. Saya yakin, abang-abang/kakak-kakak saya yang lain pasti menghantar banyak kiriman doa untuk Aboh. 

Berehatlah kat sana Aboh. Sekali sekala, jangan lupa jenguk anak-anak Aboh yang selalu merindukan Aboh ni. Kami kat sini masih struggle mengimbangi kiri dan kanan dengan harapan kita dapat bertemu selepas ini.

Selamat hari lahir, Aboh sayang : 1941 - 2007
Alfatihah.

1 comment:

maiya said...

sedihnya..saya kalau crita pasal bapa ni mmg sensitif sikit because i seriously understand ur feelings.. :") al-fatihah