Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

13/09/2012

Obiya HILANG!

Sumpah!

Obiya hilang untuk 15 minit.

15 minit yang buat saya panik.
15 minit yang buat saya rasa tercabut jantung.
15 minit yang buat saya menghargai Obiya berjuta kali ganda daripada hari ini.

Isnin lepas, semasa saya membawa Lope ke Great Life Therapy saya membawa sekali Obiya. Ini merupakan kali kedua kami bertiga ke sini. Kunjungan kali pertama, semuanya okey belaka. Kali ini, Obiya seperti biasa.

Sebelum datang, saya sudah banyak kali brainwash si Obiya. Berjalan kena sebelah mama, kena tolak stroller Lope etc. Bila ditanya, understand? Dia jawab understand. Nak dijadikan cerita, Isnin lepas memang satu pengalaman untuk saya dan Obiya.

Bukan Obiya tidak mendengar kata, cuma dia terlalu cepat. Kejadian berlaku tatkala saya, Lope dan Obiya menunggu lif untuk naik ke tingkat 3A. Waktu itu kami di tingkat 3. Nak dijadikan cerita, dia masuk terlebih dahulu daripada saya dan pintu lif terus tertutup. Untuk 2 saat pertama, saya panik. Tidak ada apa-apa tindakan yang saya buat.

Kemudian, barulah saya terpekik nama Sophia! 

Dalam keadaan panik tu, saya tak tahu mana nak fikir. Nak kejar Obiya dengan naik tangga tapi saya stuck sebab Lope dan stroller bersama saya. Mana mungkin saya meninggalkan Lope! Saya terlompat-lompat menunggu lif seterusnya. Mujurnya, bangunan Cova Square mempunyai ruang terbuka ditengah. Setiap kali pintu lif terbuka, saya terdengar Obiya menangis dan menjerit nama "Mama!!!"

Waktu kejadian, saya panik. Saya tak dapat tentukan, dari mana arah suara Obiya datang. Saya terpekik, terlolong memanggil nama Obiya macam orang gila yang mana menarik perhatian akak-akak yang menjual minuman disitu. Dia yang prihatin bertanyakan kepada saya kenapa.

Apabila diberitahu anak saya dalam lif dan tak tahu lif naik ke mana atau dia dimana, akak yang itupun naik panik juga dan terus membantu. Nasib saya baik, kerana ada juga student MAHSA College yang bertanya dan membantu serta mencarikan Obiya.

Waktu itu, saya terbayangkan kes Sharlini. Saya takut, sekiranya Obiya ditemui oleh orang-orang yang berniat jahat. Memimpinnya jauh membawa dia keluar dari bangunan itu. Sesekali apabila saya terdengar sayup-sayup suara Obiya menangis dan menjerit nama "Mama!" bermacam-macam gambaran yang terpapar di fikiran saya.

Kenapa suara Obiya sayup-sayup?
Ada orang tarik dia ke?
Ada orang tutup mulut dia ke?

Nauzubillah!

Dan, Obiya terus menangis dan menjerit. Kali ini, barulah bunyinya jelas dan tidak putus-putus membawa kepada penemuannya.

Dia berada di tingkat 5.
Di depan pintu lif.
Menangis dan meraung memanggil nama Mama.
Tangannya menggigil sambil memegang Barbie doll.

Apabila ternampak sahaja saya, terus dia berlari dan memeluk saya. Begitu juga dengan saya, memeluk dan mencium Obiya. Satu kelegaan hadir dalam hati. Satu kebahagiaan meresap, Satu kenikmatan dan kesyukuran yang tidak terhingga. Melihat Obiya yang menggigil, ketakutan dan menangis teresak-esak tidak sampai hati saya untuk berkata apa-apa kepadanya. Hanya pelukan erat sahaja yang saya berikan.

Setelah yakin dia sudah memperoleh sedikit kekuatan, barulah saya bertanya apa sebenarnya terjadi. Pada hemah saya, kenapa saya mendengar suara dia menjerit sayup-sayup pada sesuatu masa adalah kerana terbuka dan tertutupnya pintu lif. Nasib baik lif berkenaan tidak turun ke basement atau dia pulak dengan beraninya memilih untuk keluar. Saya rasa, kenapa Obiya keluar di tingkat 5 adalah kerana suasana dan dekorasi tingkat 5 adalah sama dengan tingkat 3 dimana kami sedang menunggu lif. Mungkin dia merasakan Mama ada disitu.

Selepas insiden itu, ada sedikit rasa trauma pada saya dan Obiya. Setiap kali kami ingin masuk lif, dia akan memegang tangan saya. Begitu juga saya. Setiap kali masuk lif, tangan kanan saya menolak stroller Lope dan tangan kiri memimpin Obiya. Malah, Obiya sendiri seperti tidak berani berjalan berjauhan dengan saya. 

Terbayang akan perasaan ibubapa lain yang kehilangan anak-anak mereka. Masya Allah. Dugaan besarnya. 15 minit kehilangan Obiya buat saya gundah gulana. 15 minit yang penuh dengan perasaan cemas, takut dan panik.

Saya ingin berterima kasih kepada akak yang berbaju oren di Cova Square, Kota Damansara pada 10 September 2012 sekitar jam 4.00 petang. Juga, sekumpulan pelajar MAHSA College yang terserempak dengan saya di lif yang turut membantu. Juga, pakcik cleaner di tingkat 3 yang membantu saya. Sesungguhnya, saya tidak mampu membalas jasa baik dan pertolongan kalian semua. Berhutang budi yang tidak mampu saya balas dengan wang ringgit. Terima kasih.

Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan anak ini.

7 comments:

azmina ibrahim said...

Kak Su, It must be the worst moment in your life, gg baca pn dah kecut perut, apa lg kalau mengalami..Jauhkanlah anak2 kita dari mangsa kezaliman manusia..

Mama Tun Nur Safiya said...

aduhhh suuu takutnya bacanya..hope jadi pengajaran buat shima jugakss

.::puterism::. said...

GG,
Nightmare. Macam-macam terbayang masa Obiya takde tu. Nauzubillah.

.::puterism::. said...

Shima,
Ambil iktibar. Sue takut sangat masa tu. Takut betul-betul hilang. Nauzubillah.

Zach's Momma said...

ya Allah.. saya baca pun berdebar2.. kalau saya di tempat awak, pasti macam2 jugak difikiran saya.. nauzubillah!!
btw, Alhamdulillah obiya selamat..

.::puterism::. said...

Zach's Momma,
Syukur pada Allah sebab dia kasi 15 minit aje. Macam-macam bayangan yang ada dalam otak ni. Trauma nak naik lif.

Nur Hayati @ nur.. said...

Allahuakhbar..knur baca pun rasa gundah sue..mujur takde yg buruk berlaku..pls be careful next time ye.. kat lif mmg bahaya..