Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

14/09/2012

Great Life Physiotherapy & Rehab

Salah satu perancangan mengambil cuti menjaga Lope adalah buat home therapy. In order nak dapatkan ilmu buat terapi kat rumah, jadual wajib Lope adalah pegi terapi 2 kali seminggu di Great Life Physiotherapy di Cova Square, Kota Damansara. 

Sesi kami berjalan lancar dan Lope seperti sedia maklum akan menangis sebaik sahaja badannya disentuh dengan urutan dan warm-up oleh therapist. Selepas 2 kunjungan ke sini, nampak gayanya tangisan yang  keluar itu adalah tangisan drama semata-mata =p

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya membawa Lope ke sesi fisio selain dari Hospital Putrajaya. Sebelum ini, saya pernah membawa Lope ke satu pusat terapi di Bangi namun saya kecewa apabila tempat berkenaan yang tamak dan mengharapkan keuntungan semata-mata. 

Katanya, kes-kes kanak-kanak OKU ini "susah untuk dibuat" memandangkan mereka ini hyper dan perlu ambil ubat penenang dari hospital bagi mengawal ke-hyper-an mereka. Saya terang-terang pangkah. Ambil ubat penenang? Saya tahu Lope, dia bukanlah hyper sangat pun. Masih boleh "dirunding" tapi sebagai therapist dia haruslah mengenali Lope terlebih dahulu.

Di Great Life Physiotherapy, saya gembira kerana 2 orang therapist yang in-charge Lope memang friendly dan tak mengenal bosan dengan kerenah Lope. Lope pekik ke, nangis ke, meraung ke or even tendanglah mereka, Lope tetap tak boleh nak skip jugak sesi terapi.

Mama sukaaaaaaaaaa =)

Tapi, inilah Lope sepanjang sesi berterapi - ditemani air mata, jeritan dan drama =p



Dalam satu-satu masa, 4 orang yang in charge untuk terapi Lope. Mana lagi nak pegang orang yang meronta, berat badan yang membesar dan sesi drama-drama bagai. Sedih tengok dia menangis, tapi bukan senang nak senang, Lope.

Tak mampu berlari, aku berjalan.
Tak mampu berjalan, aku merangkak.
Tak mampu merangkak, aku mengensot.
Perlahan-lahan ku lakukan, sampai jua.

:)

Aja-aja fighting, Lope!

6 comments:

Noina said...

Dalam byk2 tempat nabila pegi,kat sinilah tempat dia tak nangis buat terapi put. Mmg puas hati dgn cara miza melayan nabila. So,lope jgn nangis2 k. Nanti boleh jln ngan phia. :)

Che Rosliza Che mat said...

Kena usha lope...

.::puterism::. said...

Ibu Nabila,

3 kali pegi, 3 kali meraung menangis =P Insya Allah, lepas ni akan banyak lagi sesi "drama' sebab nak make sure Lope dan Nabila sama-sama boleh berjalan dan berlari bersama nanti :D

.::puterism::. said...

Che Rosliza,

Gambate Lope! XD

Pink Lavender said...

mudah2an lope terus kuat yer sayang..
makneng follow sini
jemputla follow makneng...:)

Asz Miza said...

baru start bwk anak saya pergi kat sini last week..memang menangis je sepanjang2 therapy..hehehe..harapnya lepas ni kurang la menangis..