Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

20/09/2012

Cuti Tanpa Gaji :-)

Semalam Big Boss kat office saya bagi kegembiraan kali kedua :)

Terima kasih ye Encik Ahmad Nazri :) Oh, tak lupa juga my immediate Boss Encik Zaini. Korang berdua bukan aje boss, tapi awesome daddy. Mungkin boss sekalian tak tahu macam mana rasanya saya berhempas pulas nak besarkan Lope tapi dengan apa yang boss dah buat ni, mungkin satu hari nanti, boss akan nampak budak lelaki muka mat salleh datang office berjalan sendiri dan bukannya duduk dalam stroller. 

Who knows, kan? ;)

Sebetulnya, sebelum ini saya mengambil cuti selama 2 minggu. Pejam celik pejam celik, dah habis cuti tu. So, saya sambung balik. Kali ni lebih lama. Mula-mula cuak jugak kot-kot Boss cakap tak boleh sebab Big Boss tak reply email saya :p Tapi, rupanya dia ok aje.

Yieha!

Sempat jugaklah 2 hari Lope jadi pekerja baru di office mama. Pekerja yang bila orang datang bilik mama orang akan tegur. Kiranya sebagai penyeri. Lope behave so well. Tak menangis walau mengantuk, nak susu or tak selesa. Sampaikan saya tidurkan dia kat atas sofa pun takpe. Well, sejuk kot office mama, so takde alasan sangat nak bising.


Saya sebenarnya bersyukur dengan sokongan dan keprihatinan rakan-rakan di pejabat. Selain saya selalu rasa bersalah sebab workload kat office makin menggila since saya bercuti dan boss sendiri tak menang tangan nak buat kerja, saya rasa sangat tak kena. Tapi, kerja dan keluarga, saya tetap memilih keluarga dahulu. Suami dan anak-anak is my priority in life. 


Sebenarnya, budak ni lah keutamaan saya :) Budak ni yang masih belum berjalan, belum bercakap ini memerlukan usaha gigih dan jitu sang ibu untuk membantu. Saya tahu Lope gigih berusaha, tetapi kegigihan Lope tidak cukup sekiranya saya tidak memaksa, menekan dan membantu. 


Orang dikiri dan kanan saya ini adalah cinta saya. Kebahagiaan saya. Madu saya. Racun saya. Semuanya dalam satu yang membentuk hidup saya. Untuk orang disebelah kanan saya, terima kasih kerana memberi peluang keemasan ini untuk saya menjaga Lope dan orang disebelah kiri saya, teruskan dengan aksi dan keletahmu yang menawan itu. Sesungguhnya Obiya adalah pelengkap segalanya kepada perkataan "manjadi ibu" dalam diari hidup saya.

Semga Allah permudahkan jalan kami sekeluarga. 


4 comments:

Zach's Momma said...

Bestnyaa.. Saya pun bercadang nk ambik unpaid leave. Proposal dah buat seminggu lebih dah, tapi masih takut2 nak jumpa boss huhuhu..

Semoga niat kita untuk memberi yg terbaik kepada anak2 istimewa kita dipermudahkan Allah.. Aminn..

mirah said...

Tahniah dear kerana membuat keputusan besar itu. Btw, berapa lama amik unpaid leave ni?

Syafinaz said...

Supermommy : )

♡ izzah ♡ said...

sungguh,Allah maha adil.walau dlm kekurangan,Lope memang hansem..(^__^).moga semuanya dipermudahkan.amin.